Mohon maaf banyak banyak...tajuk ini...hanya untuk mereka yang telah berGURU kerohanian...telah biasa BERSULUK dan BERTAWAJJUH bersama GURU masing masing...insyAllah dapat memahami dan MERASAI/zauq...kerana orang belum kahwin takkan tahu MERASAI nikmat kahwin itu...walaupun diceritakan tujuh hari tujuh malam..
Orang MELAYU memanglah..majoritinya beragama ISLAM...tetapi TAK SEMESTInya..automatis tahu( boleh ) membaca AL Quran..TAK SEMESTInya...tahu ( faham ) betul betul..ILMU TAUHID...dan TAK SEMESTInya..berAMAL dengan ilmu FEQAHnya dengan BETUL lagi BENAR...kalau TAK BELAJAR agama ISLAM..seWAJARnya...
CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.
Thursday, 5 May 2011
Salikin Menuju Allah Rabbul 'Alamin.
Sebuah Ringkasan:
Pada Menjelaskan Peringkat-peringkat Salikin
Menuju Allah Rabbul 'Alamin
2) Murid li liLlah
1.2: Abid
1.3: Faqir
1.4: Zahid
2.2. Mutasawwifah
1) Mursyid Kamil/ Sheikh/ Waris Muhammadi/Murobbi/ Sufi/ Wali
Ciri-ciri seorang mursyid yang kamil adalah:
Seseorang yang ingin mempelajari ilmu tasawwuf, atau melalui jalan para sufi, hendaklah memahami bahawasanya, ilmu tasawwuf itu bukan suatu ilmu yang dapat dipelajari semata-mata melalui buku-buku tasawwuf dan sebagainya, tetapi ianya perlu dipelajari secara talaqqi daripada seorang mursyid yang kamil, yang mewarisi tasawwuf secara riwayah dan diroyah.
2) Diroyah
1) Riwayah
2) Diroyah
Sebuah Ringkasan
Pada Menjelaskan Peringkat-peringkat Salikin
Menuju Allah Rabbul 'Alamin
2) Murid li liLlah
1.2: Abid
1.3: Faqir
1.4: Zahid
2.2. Mutasawwifah
1) Mursyid Kamil/ Sheikh/ Waris Muhammadi/Murobbi/ Sufi/ Wali
Ciri-ciri Seorang Mursyid Yang Kamil.
Mencari guru Feqah..guru zohir..mengisi otak, 'Aqal fikiran..mudah dan RAMAI....namun mencari guru Mursyid..mengisi dada JIWA QOLBU...sukar dan perit...selagi hidup perlu dicari...kerana Nabi Muhammad SAW itu guru zohir dan batin...Rosul dan Nabi memang sudah tiada lagi...namun WALI dan guru / alim ulamak...warisatul anbia' tetap ada himgga akhir zaman...usaha / cari dan berdoalah untuk menemuinya...sempurna BATIN, sempurna ZOHIR..insyAllah...
Ciri-ciri seorang mursyid yang kamil adalah:
Pertama: Mengetahui ilmu-ilmu fardu 'ain atau ilmu-ilmu agama (alim dalam ilmu syariat).
Kedua: Mengenal Allah s.w.t., sifat-sifatNya dan nama-namaNya bersesuaian dengan aqidah mazhab ahlus-sunnah wal jamaah.
Ketiga: Berpengalaman dalam tarbiah (pernah mengambil tarbiah dari seorang mursyid yang kamil), mengetahui seluk-beluk nafsu, tipu dayanya serta cara-cara untuk mentarbiahnya.
Keempat: Mendapat izin irsyad (membimbing dalam bab kerohanian) untuk mentarbiah daripada mursyid beliau yang sebelumnya, di mana mursyid tersebut juga mempunyai izin irsyad yang bersambung silsilah izin irsyad tersebut kepada Rasulullah s.a.w..
2) Wali Mastur/ Majzub
Mereka juga adalah orang-orang yang sudah mengenal Allah s.w.t. dengan sebenar-benar kenal, tenggelam dalam lautan tauhid dan musyahadah Allah s.w.t. dengan mata hatinya. Cuma, mereka tidak diberi izin untuk memberi tarbiah dan irsyad oleh mursyid mereka yang terdahulu, kerana mereka ini adalah suatu kelompok yang dikhususkan oleh Allah s.w.t. untuk menumpukan kehidupan mereka hanya kepada Allah s.w.t. (ahli tajrid) di samping turut memberi nasihat-nasihat umum kepada sesama muslim.
Mereka adalah wali-wali Allah s.w.t. yang tersembunyi di sebalik pakaian orang-orang awam, sehingga tidak mampu dikenali oleh orang lain kecuali orang tersebut juga merupakan wali yang sepertinya.
Ada juga dalam kalangan mereka yang tenggelam dan terus fana' (lebur) dalam lautan tauhid (bahru at-tauhid), sehingga mereka tidak lagi menyedari kewujudan diri mereka di samping musyahadah mereka kepada Allah s.w.t.. Mereka adalah golongan yang mutalawwin (berubah-ubah), bukan mutamakkin (mantap atau kukuh) hatinya dalam musyahadah dengan baqo' biLlah (kekal musyahadah dengan bantuan Allah s.w.t.).
Ilmu Tasawwuf: Riwayah dan Diroyah
Seseorang yang ingin mempelajari ilmu tasawwuf, atau melalui jalan para sufi, hendaklah memahami bahawasanya, ilmu tasawwuf itu bukan suatu ilmu yang dapat dipelajari semata-mata melalui buku-buku tasawwuf dan sebagainya, tetapi ianya perlu dipelajari secara talaqqi daripada seorang mursyid yang kamil, yang mewarisi tasawwuf secara riwayah dan diroyah.
Ini kerana, ilmu tasawwuf pada hakikatnya, bukan untuk dipelajari sekadar untuk mendapatkan makumat, tetapi ilmu tasawwuf itu dipelajari untuk direalisasikan ke dalam diri melalui proses tarbiah di bawah bimbingan seorang mursyid yang kamil.
Sheikhuna (guru kami) Sheikh Yusuf Al-Hasani berkata: "Sesiapa yang mahukan maklumat (tentang tasawwuf) semata-mata, maka silakanlah carinya dalam buku-buku tasawwuf. Tetapi, sesiapa yang mahukan Allah s.w.t., maka kami mengalu-alukan kedatangannya."
Tasawwuf itu dipelajari agar seterusnya dapat diterjemahkan dalam kehidupan kerana ianya merupakan ilmu perjalanan menuju Allah s.w.t.. Tiada manfaat bagi orang yang belajar seluk-beluk perjalanan menuju Allah s.w.t tetapi tidak mahu melaluinya. Tiada manfaat bagi orang yang cuba memahami sifat-sifat Allah s.w.t. tanpa berusaha untuk mengenaliNya dengan jalan tarbiah tersebut.
Oleh yang demikian, secara ilmiahnya, ilmu tasawwuf itu ada dua bahagian iaitu:
1) Riwayah
2) Diroyah
1) Riwayah
Riwayah adalah berkaitan dengan talqin zikir (La ilaha illaLah) dari seorang mursyid kepada muridnya, dengan silsilah talqin yang bersambung kepada Saidina Ali r.a. yang mengambil talqin tersebut dari Rasulullah s.a.w.. Begitu juga dengan zikir-zikir yang mathur daripada Rasulullah s.a.w., yang diwarisi melalui rantaian silsilah zikir tersebut.
Ia selalunya berkaitan mengambil riwayat zikir secara bersanad sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w., dan juga sampai kepada para sahabat r.a., tabi'in, para penghulu tarikat (seperti Hizbul Bahr oleh Imam Abu Al-Hasan As-Syazuli) dan sebagainya. Dalam silsilah tersebut mengandungi keberkatan para masyaikh yang terkandung dalam rantai silsilah tersebut bahkan keberkatan Saidina Rasulullah s.a.w. yang menjadi penghulu bagi silsilah zikir tersebut. Dalam rantai tersebut juga memberi pahala kepada para masyaikh yang terkandung dalam rantai silsilah tersebut seperti yang dimaksudkan dalam hadith: "Sesiapa yang mengadakan sesuatu amalan yang baik, maka baginya pahala terhadap amalannya, dan baginya juga pahala mereka yang mengikutinya sehingga hari Kiamat" (Hadith riwayat Muslim).
Ada orang yang meriwayatkan zikir ini secara umum (seperti meriwayatkan selawat-selawat dan zikir-ziki mathur (dari Rasulullah s.a.w.), hizb an-nawawi, ratib al-haddad, hizbul bahr, dalail khairat dan sebagainya) sedangkan talqin zikir pula diambil secara khusus daripada seorang mursyid yang bersambung silsilah talqin tersebut daripada Saidina Hasan Al-Basri r.a. yang mengambilnya daripada Saidina Ali r.a. yang mengambilnya daripada Saidina Wa Maulana Rasulullah s.a.w..
2) Diroyah
Dalam ilmu tasawwuf, diroyah daripada ilmu tasawwuf adalah berkenaan dengan perasaan hati (zauq), akhlak-akhlak terpuji melalui contoh-contoh teladan, yang mana ianya diwarisi dari seseorang guru yang mewarisinya daripada gurunya terdahulu, sehingga bersambung silsilah warisan tersebut kepada para sahabat r.a. yang mewarisinya daripada Rasulullah s.a.w..
Diroyah dalam erti kata lain, dalam ilmu tasawwuf adalah, tarbiah daripada seorang guru mursyid kepada muridnya, yang mana silsilah tarbiah tersebut bersambung kepada Rasulullah s.a.w. yang mentarbiah para sahabat Baginda r.a..
Rasulullah s.a.w. bukan sekadar menyampaikan pesanan dan nasihat serta mengajarkan zikir-zikir kepada para sahabat r.a. semata-mata, bahkan Baginda s.a.w. juga mentarbiah para sahabat dengan memperbaiki akhlak mereka secara individu, menunjukkan contoh akhlak yang terpuji sebagai qudwah kepada mereka, dan memindahkan kefahaman-kefahaman zauqi kepada para sahabat r.a. dengan proses mujahadah tersebut.
Rasulullah s.a.w. adalah suatu simbol akhlak yang terpuji buat para sahabat bagi merealisasikan akhlak tersebut dalam hidup mereka. Rasulullah s.a.w. adalah doktor yang sentiasa tidak jemu memperhatikan penyakit-penyakit hati mereka lalu memberi penawarnya dengan izin Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. adalah simbol kemanisan iman yang menghayati segenap makna iman lalu diterjemahkan dalam kehidupan dengan akhlak-akhlak hati yang tinggi, seperti redha kepada Allah s.w.t.dan sebagainya.
Seterusnya, para sahabat r.a. yang agung mewarisi manhaj tarbiah Nabawi tersebut lalu menyebarkannya dengan mentarbiah para tabi'in sehingga warisan manhaj tarbiah itu terus diwarisi sehingga hari ini, oleh mursyid-mursyid yang kamil, dalam sebuah madrasah yang dikenali setelah itu sebagai, madrasah sufiyah.
Mereka ini mewarisi silsilah zikir-zikir daripada Rasulullah s.a.w., mewarisi tarbiah yang pernah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat, melalui silsilah tarbiah yang meraka ambil daripada guru-guru mursyid mereka terdahulu.
Mereka bukan sekadar mewarisi hadith-hadith Nabi s.a.w. secara riwayat, tetapi juga mewarisi kefahaman-kefahaman yang tinggi daripada hadith-hadith tersebut melalui jalan tarbiah, mujahadah dan bimbingan daripada para mursyid mereka yang juga turut melalui jalan yang sama, sepertimana jalan yang pernah dilalui oleh para sahabat r.a., yang mendapat bimbingan daripada Rasulullah s.a.w..
Ahli riwayat semata-mata, yang meriwayatkan kisah-kisah para sufi khususnya, yang meriwayatkan ungkapan-ungkapan mereka semata-mata, namun tidak mewarisi kefahaman dan zauq (perasaan) kerohanian mereka, melalui proses mujahadah melawan hawa nafsu dan proses tarbiah, akan menyebabkan samada mereka menghukum ke atas para sufi melalui kefahaman salah mereka terhadap ungkapan para sufi, atau ada yang akan salah faham lalu mengikut kesesatan kefahamannya yang salah terhadap ungkapan para sufi tersebut.
Ilmu tasawwuf adalah ilmu praktikal, bukan ilmu berbahas. Para ulama' sufi menyusun ilmu tersebut daripada sejumlah hadith-hadith Nabi s.a.w. berkenaan dengan akhlak dan tarbiah Nabi s.a.w., untuk seterusnya diamalkan oleh para murid yang ingin sampai kepada Allah s.w.t. dan inginkan keredhaanNya.
Jalan untuk menterjemahkan ilmu tasawwuf ke dalam kehidupan adalah dengan melalui proses tarbiah dan bimbingan seseorang mursyid yang kamil, agar segala teori berkenaan akhlak-akhlak mulia dapat direalisasikan dalam dirinya. Nabi s.a.w. adalah murobbi teragung yang turut mentarbiah para sahabat r.a. dan seterusnya para tabi'in pula mengambil tarbiah daripada para sahabat r.a. dan begitulah kesinambungan silsilah tarbiah sehingga hari ini, terutamanya melalui madrasah sufiyah.
Tarbiah, suhbah (bersahabat dengan seseorang guru mursyid), mulazamah (sentiasa bersama-sama dengan mursyid), khidmat (berkhidmat kepada para guru dan para ikhwan) dalam ilmu tasawwuf adalah diroyah sedangkan riwayat-riwayat zikir, bai'ah tabarruk, talqin zikir tabarruk (sekadar mengambil berkat), menghadiri majlis-majlis zikir secara umum dan sebagainya hanyalah sekadar riwayah dalam ilmu tasawwuf.
Orang yang ingin sampai (wushul) kepada Allah s.w.t. perlu mengambil ilmu tasawwuf (akhlak, tarbiah atau tazkiyah an-nufus) secara riwayah dan diroyah sekaligus, dengan mengambil seorang mursyid yang kamil sebagai pembimbing khusus baginya dalam perjalanan menuju Allah s.w.t., kerana pada suhbah (bersahabat dengan mursyid) dan khidmah (berkhidmat kepada para guru dan ahbab) inilah rahsia kejayaan pembentukan jiwa mulia para sahabat r.a. yang dahulunya suram dengan noda jahiliyyah.
Di sinilah letaknya kepentingan mendapat bimbingan daripada seseorang mursyid yang kamil, iaitu dalam rangka ingin mempermudahkan jalan untuk sampai kepada Allah s.w.t.. Semoga Allah s.w.t. menjadikan kita dalam kalangan orang-orang yang menujuNya dengan menyampaikan kita kepada orang-orang yang boleh membawa kita kepadaNya dengan bantuanNya.
Apa yang baik itu dari Allah s.w.t. dan apa yang buruk itu dari kelemahan diri penulis itu sendiri. Semoga Allah s.w.t. mengampuni segala dosa dan kesalahan penulis yang serba jahil lagi hina ini.
Wallahu a'lam…
Mohon maaf banyak banyak...tajuk ini...hanya untuk mereka yang telah berGURU kerohanian...telah biasa BERSULUK dan BERTAWAJJUH bersama GURU masing masing...insyAllah dapat memahami dan MERASAI/zauq...kerana orang belum kahwin takkan tahu MERASAI nikmat kahwin itu...walaupun diceritakan tujuh hari tujuh malam..
Sebuah Ringkasan
Pada Menjelaskan Peringkat-peringkat Salikin
Menuju Allah Rabbul 'Alamin
Murid:
Seseorang yang ingin berjalan di atas perjalanan menuju Allah s.w.t. dengan mengambil seorang mursyid yang kamil (sempurna) untuk membimbingnya menuju Allah s.w.t.. Golongan ini juga dikenali sebagai salik iaitu: orang yang berjalan menuju Allah s.w.t..
Ada dua peringkat murid iaitu:
1) Murid li ajli Al-Jannah
2) Murid li liLlah
1) Murid li ajli al-jannah
Adapun murid li ajli Al-Jannah bermaksud, seseorang murid yang memulakan perjalanannya menuju Allah s.w.t. di bawah tarbiah seorang mursyid yang kamil, dengan niat kerana ingin mendapat syurga Allah s.w.t. dan terselamat daripada nereka.
Ini merupakan peringkat permulaan bagi seorang salik (orang yang berjalan menuju Allah s.w.t.). Ada empat jenis murid li ajli al-jannah ini iaitu:
1.1: Khodim
1.2: Abid
1.3: Faqir
1.4: Zahid
1.1: Khodim (orang yang berkhidmat)
Murid pada jenis ini akan diberi tarbiah oleh seorang mursyid yang kamil untuk berkhidmat kepada ikhwan (sesama murid yang lain) dan mursyid tersebut. Ini suatu peringkat terawal dan terpenting bagi seorang salik, dalam membentuk persediaan seseorang untuk seterusnya berkhidmat kepada umat Islam seluruhnya, dan menjadikan seluruh kehidupannya untuk berkhidmat di jalan Allah s.w.t., kerana Allah s.w.t..
Khidmat ini juga membentuk sifat tawadhuk dalam diri seseorang murid, yang mana, sifat tersebut amat penting bagi seseorang murid, untuk terus mengambil manfaat daripada sesebuah tarbiah.
Telah tersebut dalam banyak hadith-hadith dan dalam lembaran sirah para sahabat r.a., di mana, mereka sentiasa berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. dan kepada sesama mereka.
1.2: 'Abid (Orang yang Banyak Beribadah)
Ada juga dalam kalangan murid yang seterusnya mencapai tahap abid', di mana dia sentiasa memperbanyakkan amal ibadah kerana sudah merasai kelazatan ibadah itu sendiri. Pada tahap ini, seseorang murid akan terhibur dalam melaksanakan ibadah-ibadah sunat setelah ibadah-ibadah fardhu, sentiasa memperbanyakkan zikir-zikir, sentiasa mengikuti majlis-majlis zikir dan majlis-majlis selawat, gemar melazimi bacaan-bacaan qasidah dan sebagainya.
Pada peringkat ini, mursyid yang kamil yang membimbing murid tersebut akan membantu murid tersebut dalam memotivasikannya sekiranya murid tersebut dihinggapi hal-hal seperti malal (kebosanan), futur (putus asa) dan sebagainya.
Pada ketika ini juga, mursyid akan sentiasa memberi galakan kepada murid tersebut untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunat agar murid tersebut dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan nawafil (ibadah-ibadah yang sunat) setelah ibadah-ibadah fardhu (seperti yang disarankan dalam hadith riwayat Imam Al-Bukhari).
1.3: Faqir (Tidak Memiliki Harta)
Ada juga dalam kalangan murid yang memilih untuk menjalani hidup dalam kefaqiran, sesuai dengan jalan hidup Saidina Rasulullah s.a.w. yang memilih untuk menjalani kehidupan dalam bentuk yang tersebut.
Mereka hidup ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Dalam tarbiah, seseorang murid selalunya menjalani kehidupan sebegini dalam usaha untuk membasmi perasaan cinta dunia daripada dirinya. Tetapi, manhaj tarbiah kebanyakkan para sufi zaman ini tidak lagi melalui peringkat ini, kerana kemaslahatan murid-murid zaman ini juga.
Tetapi, murid-murid yang sememangnya membesar dalam kefaqiran, maka mereka inilah yang akan terus dibimbing oleh mursyid agar lebih menghayati makna sebuah kehidupan secara lebih luas. Ini kerana, kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa, seperti sabda Nabi s.a.w..
1.4: Zahid (Orang yang Zuhud)
Peringkat tertinggi dalam jenis murid li ajli al-jannah ini adalah golongan zuhhad (orang-orang zuhud), yang mana, mereka mengosongkan hati mereka daripada kecintaan kepada dunia samada mereka memiliki dunia di tangan mereka ataupun tidak.
Zuhud itu sendiri dalam pandangan kaum sufi adalah, suatu sifat membuang kecintaan terhadap dunia daripada hati, bukan membuang dunia daripada tangan (iaitu: bukan menolak usaha untuk mencari harta keduniaan secara mutlak). Boleh jadi sahaja, seseorang itu miskin, tetapi hatinya penuh kecintaan kepada dunia, maka dia juga bukan seorang yang zuhud seperti yang dimaksudkan oleh kaum sufi.
Pada peringkat ini, seseorang mursyid atau murobbi akan membimbing murid tersebut dalam usaha untuk melepaskan hatinya daripada kecintaan kepada dunia. Faktor membawa kepada zuhud ini adalah, di mana murid tersebut lebih menutamakan nikmat dan kesenangan yang dijanjikan di syurga berbanding di dunia yang sementara ini.
Murid liLlah
Murid jenis kedua adalah murid yang berjalan menuju Allah s.w.t. di bawah bimbingan seorang mursyid yang kamil, hanya semata-mata mengharapkan Allah s.w.t., keredhaan dan kasih sayangNya. Murid jenis kedua ini lebih tinggi martabatnya daripada murid jenis pertama yang hanya sekadar mengharapkan syurga Allah s.w.t..
Murid peringkat kedua ini ada dua jenis iaitu:
2.1: Malamatiyyah
2.2. Mutasawwifah
2.1: Malamatiyyah
Malamatiyyah adalah orang yang sentiasa menyembunyikan kebaikan dan ketaatannya kerana ingin menjaga niat dan keikhlasannya dalam beramal, kerana yang dia harapkan hanyalah Allah s.w.t.. Dia tidak akan melakukan sesuatu kecuali dia dapati ada ikhlas dalam dirinya terhadap ketaatan tersebut. Jadi, dia sentiasa berusaha untuk menutup pintu-pintu riyak dengan menyembunyikan amalan-amalannya sebaik mungkin, demi menjaga keikhlasannya kepada Allah s.w.t.. Menjadi kemuncak kegembiraannya adalah apabila sesuatu amalan tersebut berjaya dilakukan secara bersembunyi tanpa di ketahui oleh makhluk yang lain.
Ini adalah peringkat pertengahan dalam perjalanan seseorang salik menuju Allah s.w.t., kerana sudah sampai tahap permulaan ikhlas kepada Allah s.w.t.. Dia sudah merasai kelazatan iman, menghayati cinta dan keredhaan Allah s.w.t. dalam dirinya serta tidak lagi tergantung hatinya kepada selain Allah s.w.t..
2.2: Mutasawwifah
Mutasawwifah adalah orang yang sudah menguasai lapangan ilmu tasawwuf, sudah mewarisi zauq-zauq (perasaan) daripada mursyidnya yang kamil, sudah mulai mengenal Allah s.w.t. melalui af'al-af'alNya, ataupun sifat-sifatNya, dan sudahpun memiliki pengalaman yang luas dalam pentarbiahan. Yang dia mahukan dalam segenap hidup mahupun matinya hanyalah ALLAH s.w.t.. Mereka sudah diberi futuhat oleh Allah s.w.t. untuk memahami pelbagai hakikat-hakikatNya.
Mutasawwifah adalah murid mutaqoddim (murid yang hampir dengan sheikh) yang mana, para khalifah seseorang mursyid selalunya adalah dari kalangan mereka. Hanya mereka yang sudah sampai kepada peringkat ini yang selalunya akan mengganti tempat seseorang mursyid dalam memberi tarbiah kepada para ahbab, ketika ketiadaan sheikh tersebut. Dia sudah mempunyai keserasian kehendak dengan mursyidnya khususnya dalam melibatkan urusan dakwahnya. Inilah peringkat terakhir murid dan peringkat awal bagi seseorang yang sampai kepada Allah s.w.t..
Washil (Orang yang Sampai kepada Allah s.w.t. dengan AnugerahNya)
Washil ialah seseorang yang telah sampai kepada Allah s.w.t. dengan bantuan dan kemurahanNya. Makna sampai kepada Allah s.w.t. adalah, seseorang mengenal Allah s.w.t. dengan sebenar-benar kenal, yang mana, makrifat tersebut tidak ada penghujungnya kerana tiada penghujung bagi hakikatNya. Setiap orang mengenal Allah s.w.t. sekadar yang diizinkan oleh Allah s.w.t., dan tiada siapa yang dapat menjangkaui keseluruhan hakikat Allah s.w.t..
Adapun maksud mengenal Allah s.w.t. dengan sebenar-benar kenal adalah, seseorang itu mengenal Allah s.w.t. dengan tahaqquq (perealisasian) terhadap apa yang difahami tentang Allah s.w.t. dalam bentuk penghayatan, iaitu dengan kehadiran hati yang berpanjangan kepada Allah s.w.t., dan menyaksikan (musyahadah) Allah s.w.t. dengan mata hatinya (bashirah). Adapun wahsil ini ada dua jenis iaitu:
1) Mursyid Kamil/ Sheikh/ Waris Muhammadi/Murobbi/ Sufi/ Wali
Mursyid atau Sheikh adalah seseorang yang sudah melepasi perjalanan menuju Allah s.w.t. (sair ila Allah) dan sudah berada di kemuncak perjalanan pada Allah s.w.t. (as sair fi Llah) di mana, dia sudah fana' makhluk dan basyariah, dan sudah baqo' denganNya (kekal dalam musyahadah Allah s.w.t.).
Para mursyid adalah golongan yang telah tenggelam (istighroq) dalam lautan tauhid, sehingga menyaksikan wujud Allah s.w.t. tanpa kaifiat dan tanpa tamsil, tasybih dan tanpa bentuk, kerana penyaksian (musyahadah) ini adalah pada mata hati (bashiroh). Mereka telah sampai pada hal tamkin (mantap) dalam merai dua thorof (sudut) iaitu sudut musyahadahnya (yang melihat tiada wujud hakiki kecuali Allah s.w.t.) dan sudut kewujudannya da seluruh makhluk denganNya (dalam kekuasaanNya). Dengan merai sudut musyahadahnya, maka dia sentiasa tahaquq (merealisasikan) dan menjaga hak-hak ketuhanan Allah s.w.t. dan beradab di hadrahNya. Adapun dengan meraikan sudut menyaksikan seluruh makhluk denganNya, maka dia terus melakukan kehambaan dan ketaatan kepadaNya.
Mereka diberi izin oleh mursyid-mursyid mereka yang kamil, akan izin-izin untuk memberi tarbiah, irsyad (bimbingan kerohanian), menyebarkan aurad (zikir-zikir sesuatu madarasah tarbiah) dan memberi bai'ah kepada para murid yang baru ingin memulakan perjalan menuju Allah s.w.t..
Tugas mereka adalah untuk memimpin ahbab sheikhnya terdahulu atau mencari ahbab-ahbab baru dalam memperkembangkan lagi manhaj tarbiah dan dakwah madrasah tarbiah mereka demi berkhidmat kepada umat Islam.
Mereka juga terkenal dengan waris muhammadi kerana mereka adalah pewaris-pewaris Rasulullah s.a.w. secara zahir mahupun batin (ilmu zauqi), sesuai dengan hadith Nabi s.a.w. yang berbunyi: "Ulama' pewaris nabi". Mereka mewarisi tugas Rasulullah s.a.w. dalam memberi tarbiah kepada umat Islam dan menyucikan jiwa mereka (tazkiyah an-nafs) daripada belenggu syahwat dan hasutan syaitan serta kecintaan kepada dunia.
Wednesday, 4 May 2011
Baik Zhohir Kerana Baik Batin.
| |
| |
Maka zhohir itu cermin batin dan barang(sesuatu WARID) yang ditaruh di dalam batin daripada makrifat Allah Taala nyata ia dalam pemandangan segala yang zhohir dengan kasih(Mahabbah) kepada Allah Taala. Dan barang yang ditaruh dalam batin daripada Jahil pada Allah nescaya nyata ia dalam pemandangan segala zhohir dengan bersandar kepada lain daripada Allah Taala.
Kelakuan atau fiil seseorang itu membayangkan atau menunjukkan keperibadian atau hal jiwanya. Jika jiwanya dipenuhi dengan suluhan makrifat seperti ikhlas, tawaduk, kenal Tuhannya dan lain-lain dari sifat keruhanian; maka jiwa atau batin itu akan berhiasan dengan hal atau peribadi seorang yang manusia yang baik tingkah laku amal ibadatnya yang menunjukkan kasih pada hukum Allah itu melebihi kasih yang lain. Sebaliknya jika batin atau jiwa itu dengan JAHIL pada Allah maka jelaslah pada watak dan peribadi seseorang itu dengan semata-mata bergantung dan mengabdikan diri kepada nafsunya atau rakus pada keinginan dunia semata-mata, hatta dalam ibadatnya masih menuntut dunia seperti kemegahan, pangkat, wang ringgit dan sebagainya.
Dan segala zhohir pekerjaan(seperti syukur, lemah lembut dsb)itu menunjukkan ia atas yang tersembunyi dalam hati dan keruh-keruh itu menunjukkan ia yang di dalam hati yang tersembunyi. Maka pada wajahnya(air muka seseorang) akan nyata terpancar bekas hati itu.(sama ada baik atau jahat).
Maka barang yang ditaruhkan dalam Allah Taala akan dia dalam hati dan Asror daripada Makrifat dan Anwar dengan Amal yang Sholeh dan kalam yang Malih(manis) tidak dapat tidak bahawa zhohir bekas demikian itu atas segala anggota yang zhohir denngan kata yang baik dan amal yang baik.
Perlu dijelaskan di sini bahawa sesuatu yang ditaruhkan atau dicampakkan ke dalam hati itu adalah dinamakan sebagai Warid Ilahiyah. Warid ini adalah hasil dari Wirid(amalan/ibadat dari Ilmu yang benar). Bila Warid Ilahiyah ini melimpahi qalbu ini, maka dapatlah disaksikan dengan penyaksian mata hati atau ruh akan makna-makna di Alam Malakut yang menjelaskan/memaparkan setiap hikmah/rahsia (ibadat Syariat) apa yang tercetus di Alam Syahadah(Dunia Yang Nyata ini). Maka Warid ini menghasilkan AINUL YAKIN di mana dengan Warid inilah seseorang dapat melihat dengan YAKIN akan rahsia ibadatnya yang sebelum itu diyakini dengan Ilmu Yakin. Mereka ini mendapat didikan oleh Allah dengan Nur Hidayah, Nur Taufik dan Nur Ihsan dengan hati yang Tahqiq dengan Makrifatullah.
Lihat perbincangan lanjut mengenai hal ini pada tajuk Makrifatullah.
Kalam yang Malih ialah pengucapan atau kata-kata yang manis dan sedap didengar. Kata-kata ini adalah kata-kata yang berhikmah terbit dari hati yang menerima Ilham atau Ilmu Laduni dari Allah. Pengucapan ilham ini akan menyentuh jiwa-jiwa yang mendengarnya seakan jiwa diulit dan dibelai dengan halus dan lembut.
Ikutilah keterangan lanjut ilham ini pada tajuk Ilmu Laduni.
Dan zhohir itu tanda batin. Jikalau khusyuk hati nescaya khusyuk anggotanya. Dan hati itu suatu bekas apabila penuh ia daripada yang Haq, maka limpahlah dengan bertambahnya Anwar-AnwarNya atas segala anggotanya atau daripada yanng batil maka limpahlah dengan bertambah-tambah kelamnya atasnya.
Jelas sudah dari keterangan-keterangan di atas bahawa perihal zhohir itu menunjukkan apa yang ada di dalam hati sama ada makrifat atau jahil. Hati itu diumpamakan sebagai satu bekas atau wadah yang bersedia untuk menerima sesuatu. Jika bekas itu(hati) penuh berisi dengan sesuatu daripada Yang Haq seperti Warid Ilahiyah yang terdiri daripada Nur Makrifat, Nut Tauhid atau Nur Ihsan atau lain-lainnya; maka dengan bertambahnya Warid ini akan melimpahlah keluar hingga ke seluruh anggota seseorang itu dengan suatu sifat atau hal yang mencerminkan limpahan hatinya. Ibadatnya baik dan ikhlas, bersifat dengan peribadi yang mulia dan terpuji, disenangi oleh sesiapa sahaja yang mendekatinya.
Sebaliknya jikalau bekas hati itu penuh berisi dengan perkara-perkara yang batil seperti nafsu syahwat atau syirik atau keduniaan; maka lahirlah sifat atau peribadi seseorang itu dengan kelakuannya yang jahat adabnya dan jahil tindakannya dengan banyak melakukan dosa dan maksiat serta rakus dengan dunia ini.
Maka barangsiapa berdiri ia bagi Allah(bergantung dengan Allah) dalam segala pekerjaannya, maka sanya telah beroleh untung ia dan barangsiapa berdiri ia dengan(mengikut) nafsu dalam segala pekerjaannya, maka sanya beroleh rugi ia.
Dan hasilnya bahawa baik adab yang zhohir itu menjadi tanda barang yang tersembunyi dalam batin(hati).
Telah diceritakan orang bahawasanya telah berdapat(berjumpa dan berbincang) Sheikh Junaid dengan sahabat Abi Hafsin dalam kesudahan adab baginya. Maka kata Sheikh Junaid telah beradab sahabatmu(Abu Hafsin) dengan adab segala raja-raja(Aulia Allah). Maka katanya (sahabat Abu Hafsin);
"Tidak..bahkan baik adab pada zhohir itu tanda adab dalam hati".
Maka adalah dikenal seorang itu daripada tiga perkara iaitu;
- Kalamnya (Perkataan);
- Tasarrufnya (Pekerjaan);
- dan Tabiatnya.
Maka diketahui sekelian itu daripada amarahnya(tanda atau alamat seseorang). Maka jikalau lazim Sidiq (kalamnya, tasarrufnya dann tabiatnya) dan dipilihnya yang Haq dan dimaafkan kesalahan orang lain, maka itu tanda baik batinnya. Maka jikalau tidak sidiq seperti di atas, maka tiadalah baik batinnya itu.
Suatu ketika berkata seorang lelaki bagi Sheikh Ibni Yazid Al-Busthomi RA.
"Ku lihat engkau pada suatu malam dengan rupa babi". Maka kata Sheikh:
"Telah benarlah engkau kerana bahawasanya aku cermin wujudmu. Maka engkau lihat rupa dirimu dalam diriku. Maka engkau sangka bahawasanya engkau itu aku".
Sedang yang sebenarnya lelaki itulah yang mempunyai sifat dan kelakuan babi seperti yang dilihat olehnya.
Dewasa ini, dalam zaman materialisme ini, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai peningkatan status diri dan keluarganya. Dengan kuatnya desakan-desakan persekitarannya, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan tujuan mereka tercapai. Akhirnya lahirlah manusia yang ego dan hipokrit. Malah ada antara mereka yang berkata bahawa ego dan hipokrit memang diperlukan untuk berjaya. Maka mereka sanggup menipu pandangan orang lain dengan rupa dan wajah peribadi mereka yang bersesuian dengan usaha mereka. Mereka hidup dengan berlagak baik dan peramah tapi semuanya adalah muslihat dunia mereka. Mereka boleh menipu manusia yang sama sepertinya tapi mereka tidak dapat menipu orang-orang yang ahli makrifat kerana Ahli Makrifat itu memiliki pandangan Ketuhanan yang mampu menembusi segala sesuatu.
| Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya |
| Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar |
Tuesday, 3 May 2011
Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi..Ulamak LUBUK MERBAU, Kedah.
by Lanh Sr.
***

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya." (Al-Baqarah 278)
***
SEORANG ustaz dalam kuliah mingguannya (kuliah subuh) di sebuah masjid berhampiran rumah penulis, pada permulaan pengajian selalu menyebut-menyebut dan memuji-muji akan Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi yang katanya satu-satunya ulama Melayu dari Nusantara yang kitabnya disyarahkan di Masjidilharam.
Katanya, kitab-kitab ulama bukan Arab seperti dari Pakistan dan India biasalah disyarahkan di Makkah tetapi tidak demikian dengan kitab ulama Melayu. Hanya kitab Sheikh Idris Al-Marbawi dari Alam Melayu disyarahkan di sana, katanya.
Oleh kerana setiap kali pengajian dia menyebut akan ilmuan dari Lubuk Merbau, Perak ini, saya pun mengambil inisiatif untuk mengenali beliau. Maklumlah saya yang berpendikan sekular amat jahil dalam mengenal ulama-ulama tanah air, apatah lagi yang mengarang kitab dalam bahasa Arab. Sepuluh tahun terakhir ini barulah saya kenal kitab Hikam yang disusun Sheikh Ibni Atho’illah As-Kandari.
Untuk mengenal kitab Sheikh Idris Al-Marbawi adalah lagi jauh, tetapi syukurlah kini saya sudah memiliki dua juzuk daripada kitab Bahru Al-Madzi (tulisan rumi). Sheikh Idris adalah satu-satunya anak Melayu yang mensyarahkan hadis-hadis yang dikumpul At-Tirmidzi yang kitabnya ada di perpustakaan terkemuka di dunia Islam termasuk di Makkah Al-Mukarramah, kata ustaz berkenaan.
Siapa Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi?
Ulama yang mengambil nama sempena kampungnya, Lubuk Merbau ini, dilahirkan di Makkah pada 1893 Masihi. Dalam usia 10 tahun beliau sudah hafal 16 juzuk al-Quran. Sekembalinya beliau dan keluarganya ke Lubuk Merbau, beliau menyambung pengajian di pelbagai pondok termasuklah Pondok Syeikh Wan Ahmad di Bukit Candan, Kuala Kangsar: Pondok Tuan Hussein di Pokok Sena, Kedah; Pondok Syeikh Ahmad Pattani, Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.
Dua buah judul karangannya meletakkan beliau tersangat dekat di hati anak-anak murid (menurut ustaz yang mengajar di masjid kampung saya, Syeikh Idris menggunakan ayat menggambarkan kedekatan itu seperti “ketahuilah ya saudaraku”) iaitu Kamus Idris Al-Marbawi (Kamus Arab-Melayu) dan Bahru Al-Madzi (Bahru Mazi Li Syarah Mutkhtashar Shahih At-Tirmizi). Bahru Madzi adalah terjemahan dan syarah kitab hadis Sahih Tirmizi. Ia menghurai 2,775 hadis yang yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. Ini adalah kitab syarahan hadis Nabi s.a.w. yang pertama sekali dalam bahasa Melayu yang yang terbesar (22 jilid, lebih 5,000 halaman). – Rujukan majalah Anis, Mei 2010, Sheikh Idris Al-Marbawi Menghurai 2,775 Hadis.
Tidak dinyatakan tarikh mula ditulis, melainkan pada tiga jilid terakhir disertakan fakta berkenaan. Kata Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi dalam jilid 20, “Telah selesai hamba daripada menulis dan mengarangkan juzuk yang ke-20 ini dengan kurnia Allah SWT kemudian daripada tergendala mengarangnya 16 tahun. Iaitu mula perang Inggeris dengan Jerman dan Jerman dan Jepun dan Itali pada tahun 1949, dan sudah juzuk ini pada malam Rabu 25 Ramadan 1373 bersamaan 18 Mei 1955.”
Manakala dua jilid lagi – jilid 21 mulai dikarang pada 26 Syaaban 1374 (255 halamam) dan jilid 22 mula dikarang pada 25 Rabiulawal 1376 (242 halaman) dan selesai pada Jamadilakhir 1377. Semua karangan Sheikh Idris dihasilkan semasa berada di Mesir, berselang-seli dengan kesibukannya menuntut ilmu dan mengajar.
Kenapa dikatakan gaya kupasan Sheikh Idris dekat di hati anak-anak murid atau mereka yang mentelaah kitabnya. Mari kita rujuk salah satu bab dalam kitabnya yang menyatakan Islam melarang keras umatnya termasuk imam (pemimpin) daripada mungkir janji. Dalam Bahru Al-Madzi, Juzuk 11, muka surat 225-226, ada ditulis: “Daripada Ibnu Umar, katanya: ‘Telah aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam, bersabda ia: Bahawasanya yang menyalahi janji, dirikan baginya bendera pada hari kiamat.” (Hasan Shahih)
“Ketahuilah kiranya, YA SAUDARAKU! Telah dikeluarkan oleh Abu Isa At-Tirmidzi satu hadis yang menunjukkan ada bagi tiap-tiap orang yang menyalahi janji di dunia, iaitulah begini bunyi hadisnya, yang bermaksud: “Diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi Shallallahu alaihi wassalam, namanya Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, katanya: Telah aku dengar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam, bersabda ia: Bahawasanya orang yang menyalahi janji itu didirikan baginya bendera pada hari kiamat di punggungnya.”
Maka bendera itu diangkat tinggi atas kadar menyalahi janjinya kerana memasyhur kepada alim akan tabiatnya di dunia. Maka yang lebih besar bendera ialah bendera raja yang menyalahi janji dan diberitahu pada sekalian bendera itu dengan kata: “Inilah penyalahi janji si anu.” Kata Abu Isa hadis ini hasan shahih.
Menyalahi janji itu haram, istimewa pula daripada orang yang mempunyai pemerintahan kerana menyalahi janjinya membawa kepada mudarat melampau kepada makhluk yang banyak.
Dan kata ‘qil’: Sebab haram berlebih-lebih orang yang mempunyai pemerintahan itu kerana ketiadaan yang memaksakan dia kepada menyalahi janji oleh kekuasaannya atau menyempurnakannya, sebagaimana yang datang ia pada hadis yang shahih pada membesarkan dosa bohong raja besar.”
Penggunaan ungkapan YA SAUDARAKU mendekatkan Syeikh Idris dengan pembaca tetapi agak sukar juga bagi orang umum seperti saya memahami kupasan Sheikh Idris. Oleh itu seseorang itu perlu berguru bagi memahami kitab beliau. Sheikh Idris Al-Marbawi telah meninggalkan khazanah tidak ternilai dalam perkembangan dan pengamalan Islam di Alam Melayu.
Beliau beliau meninggal dunia dalam usia tua pada 1989. Syeikh Idris dimakamkan di kampung tercintanya Lubuk Merbau, dan sehingga kini nama Al-Marbawi masih disebut-sebut oleh tok guru, ustaz, ustazah dan mereka yang dekat dengan lubuk ilmu Islam.
Kitab Hidayatus Salikin..mukasurat 4.
Kitab Hidayatus Salikin..mukasurat 4.
Mohon maaf..fotokopi ms 4..telah hilang..
Dan aku pohonkan Allah Ta'ala bahawa IA ( Allah ) memberi manfaat dengan dia seperti manfaat dengan asalnya Amin..
Dan tiada daya pada menjauh daripada maksiat dan tiada upaya pada berbuat kebaktian melainkan dengan Qudrat Allah Ta'ala yang maha tinggi lagi maha besar.
Dan aku aturkan KITAB atas satu mukoddimah dan TUJUH BAB dan satu KHOTIMAH/penutup.
Bermula Mukoddimah ini pada menyatakan ILMU yang memberi manfaat dan menyatakan kelebihannya. Kata IMAM Al Ghozali Rahimahullahu Ta'ala di dalam Kitab BIDAYATUL HIDAYAH bermula ilmu yang member manfaat itu iaitu barang yang menambah TAKUTMU akan Allah Ta'ala..
Dan menambah pula di dalam pengenalanmu akan ibadat kepada TUHANmu yang maha mulia dan yang maha tinggi dan MENGURANGKAN akan gemarmu kepada sambung mukasurat 5..DUNIA..
Dan menambah gemarmu kepada AKHIRAT dan membukakan ia akan MATA HATImu dengan yang membinasakan kan ILMU hingga engkau peliharakan daripadanya dan melihatkan ia akan dikau atsnya TIPU SYAITON dan perdayanya.
Monday, 2 May 2011
Kitab Hikam 40: HIJAB MENUTUP DIRI DAN ALAM GHAIB
| 40: HIJAB MENUTUP DIRI DAN ALAM GHAIB |
| USAHA KAMU UNTUK MENYINGKAP KEAIBAN YANG TERSEMBUNYI DALAM DIRI KAMU ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA USAHA KAMU UNTUK TERBUKA BAGI KAMU TIRAI GHAIB. Sekiranya kita mengamati Kalam-kalam Hikmat yang telah dihuraikan terlebih dahulu, kita akan mendapati bahawa suasana yang terbaik dan kurang baik sering digandingkan. Kita akan lebih tercenderung untuk melihat kepada suasana yang terbaik, dengan itu mengarahkan usaha kita menuju ke arahnya. Tetapi, kita tidak terlepas daripada sifat jahil dan tergopoh gapah. Kita mudah terkeliru dalam memilih jalan serta tidak sabar menanti hasil yang baik. Sebelum kita melencung lebih jauh, Hikmat 40 ini memberi teguran dan petunjuk jalan yang betul. Kita tidak seharusnya hanya asyik memandang kepada mereka yang dipilih untuk sampai kepada Allah s.w.t dan dibukakan kepada mereka ini tabir yang menutup segala keghaiban. Walaupun kita terpesona dengan pencapaian yang telah mereka perolehi, kita tidak sepatutnya mengarahkan semangat dan usaha gigih untuk mencapai keadaan yang serupa. Sudah menjadi kebiasaan untuk sebahagian ahli tarekat mengarahkan amal ibadat dan zikir bagi tujuan menyingkap tabir ghaib. Beberapa jenis zikir diamalkan untuk memecahkan hijab-hijab tertentu. Zikir-zikir secara demikian tidak menyampaikan seseorang hamba kepada Tuhannya. Setelah mereka banyak berzikir namun, hati mereka masih berasa jauh daripada Tuhan, maka mereka mula berasa berputus-asa dan timbullah keraguan di dalam hatinya. Keadaan yang demikian terjadi kepada orang yang menjadikan zikir sebagai alat untuk memperolehi kedudukan. Ada pula orang yang menjadikan zikir sebagai alat untuk memperolehi kekeramatan. Di tengah jalan mereka mendapat jazbah khadam lalu dibawa ke alam khadam. Terpesonalah mereka dengan berbagai-bagai makhluk halus yang mempamerkan berbagai-bagai keanehan sehingga lupalah mereka kepada Allah s.w.t yang menjadi maksud dan tujuan. Mereka tidak lagi meminta kepada Allah s.w.t tetapi meminta kepada khadam. Bertambah teballah dinding antara mereka dengan tauhid yang hakiki. Kalam Hikmat di atas menarik orang yang baharu dalam perjalanan supaya menetapkan kaki atas landasan yang betul iaitu dengan memerhatikan kepada diri sendiri, memeriksa segala keaiban diri dan memperbetulkannya, sesuai dengan firman Allah s.w.t: Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? ( Ayat 21 : Surah adz-Dzaariyaat ) Ungkapan yang popular di kalangan ahli tasauf adalah: Siapa yang kenal dirinya kenallah Tuhannya. Siapa yang kenal Tuhannya binasalah jasadnya. Usaha menyingkap keghaiban yang menyelimuti diri sendiri adalah sebaik-baik pekerjaan untuk mencapai tujuan. Kenalilah keaslian diri sendiri yang suci murni. Ia tidak dapat mengeluarkan cahayanya kerana ditutup oleh keaiban dan kekotoran yang melekat di hati. Arahkan usaha dan perhatian untuk mencari keaiban dan kekotoran tersebut, agar dapat dihapuskan dan dibersihkan. Apabila kulit yang membalut keaslian itu sudah terbuang baharulah diri kita dapat memancarkan sinarnya. Allah s.w.t adalah nur bagi langit dan bumi. Apabila Nurullah memancar dari Hadrat Ilahi dan bertemu dengan Nurullah yang memancar dari lubuk hati nurani hamba, maka terjadilah pertemuan Nurullah dari atas dengan Nurullah dari bawah: Cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) kepada nur hidayah-Nya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Ayat 35 : Surah an-Nur ) Hamba menyaksikan ketuhanan Allah s.w.t dan Allah s.w.t menyaksikan pengabdian hamba. Inilah makam musyahadah. Sekiranya kita mahu mencapai makam ini berusahalah menyucikan diri sendiri kemudian berserah terus kepada Allah s.w.t. Kuncinya ialah firman Allah: Katakanlah (kepada mereka): “Allah jualah (yang menurunkannya)”, kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya. ( Ayat 91 : Surah al-An’aam ) Hanya orang yang benar-benar berserah diri kepada Allah s.w.t boleh berkata: “Allah yang berkuasa! Allah yang mengetahui! Allah itu dan Allah ini. Allah segala-galanya”. Kemudian mereka berpegang teguh dengan pengakuan itu dan tidak memperdulikan lagi apa yang terjadi. Allah s.w.t menyambut para hamba yang demikian dengan firman-Nya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata, “Tuhan kami ialah Allah!”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya perkara yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu”. ( Ayat 30 : Surah Fussilat ) Jalan untuk mencapai keteguhan hati adalah dengan berserah diri kepada Allah s.w.t. Keteguhan hati membawa seseorang kepada syurga semasa hidupnya. Syurga ini dinamakan makrifat dan ia lebih indah daripada syurga akhirat kerana syurga akhirat adalah makhluk sedangkan syurga makrifat adalah Empunya syurga akhirat itu. Jika syurga akhirat itu sangat indah dan sangat sejahtera maka Empunya syurga itu Maha Indah dan Maha Sejahtera. Apalah nilai keindahan di sisi Pemilik yang melahirkan keindahan, semua keindahan adalah pancaran Keindahan-Nya. Inilah nikmat yang Allah s.w.t sediakan kepada hamba-hamba-Nya yang sanggup terjun ke dalam dirinya sendiri dan melupakan yang lain-lainnya, tidak mengejar kemuliaan duniawi dan ukhrawi, tidak mencari kasyaf dan kekeramatan, tidak menuntut sesuatu apa pun kecuali menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t dan reda dengan semua keputusan-Nya. |
Subscribe to:
Posts (Atom)

