CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Friday, 17 June 2011

Solat-dan-lima-jenis-manusia.


SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: "Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi'raj

Perkatan "ALLAH" : haramkan-buku-anas-zubedy???


Berikut MR petik posting dari blogger http://www.toksenawi.blogspot.com/ memperincikan hujah penulisan anak muda Anas Zubedy yang kalut dan menyimpang dari landasan yang sebenar.

MR mengenali blogger Tok Senawi yang memang mendalam kajian beliau tentang bible dan MR menyokong jika buku ini diharamkan..

Menakutkan! Begitulah kira-kiranya perasaan TS apabila selesai membaca buku yang bertajuk "Allah dalam Bible, boleh atau tidak? - Satu sudut Al-Quran" karya Anas Zubedy. Seorang anak muda Melayu yang cukup liberal fahamannya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menghalalkan penggunaan kalimah Suci Allah untuk orang Kristian didalam Bible.

Kejahilan beliau dalam menjemahkan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ketara. Al-Quran sumber rujukan utama umat Islam bukanlah boleh ditafsirkan sesuka hati mengikut logik akal. Pada masa yang sama juga memberikan terjemahan yang salah dari petikan-petikan Bible.

Sebagai contohnya petikan ayat suci Al-Quran dari Surah Ali Imran 3:113, menerangkan bahawa terdapatnya orang-orang Yahudi yang baik yakni yang mempercayai Allah dan Hari Kiamat dan mereka ini beriman dengan ayat-ayat Allah (mengerjakan yang makruf serta melarang kepada perkara yang mungkar). 

Apakah ayat-ayat Allah dalam konteks ini bermaksud "Bible"? Hanya kerana yang membacanya itu adalah orang Yahudi maka kita mengatakan Al-Quran membenarkan kalimah tersebut digunapakai dalam Bible. Ini merupakan kekeliruan yang terang dan nyata TETAPI itulah yang cuba diterangkan oleh penulis!

Begitu pula dengan petikan dari Bible yang diberikan oleh penulis, katanya, " Yesus menjawab, kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, ....." Matius 22:37-40. 

Sedangkan yang tercatit didalam Bible langsung tidak menyebut Allah, "Jesus said to him, You shall love the LORD your God with all your heart, with all your soul and with all your mind." (Matthew 22:37)

Penulis juga meminta agar penganut Kristian meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan hak bagi menggunakan kalimah Allah dan pada masa yang sama akan sedia menyokong mereka untuk sama-sama mendesak agar Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan.

Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kawalan atau sekatan terhadap apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama lain disebarkan kepada orang-orang Islam. Penulis mendesak agar penganut kristian di negara ini bersatu mendesak agar mereka juga boleh berdakwah kepada orang Islam atau orang Melayu!

Sikap penulis yang bertindak menyebarkan pluralisme agama melalui "perpaduan" adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Manakan sama Islam dengan mana-mana kepercayaan lain. 

Sedangkan Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama kepada seluruh umat manusia! Firman Allah SWT didalam Al-Quran, "Hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu bagimu dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atasmu, dan Aku reda agama ISLAM itu menjadi agamamu." Al-Maidah 5:3 

Perpaduan masyarakat tidak sama dengan agama. Agama berkait dengan akidah atau kepercayaan serta amalan. Perpaduan lebih kepada sikap toleransi dan kerjasama. Apakah dalam beragama kita boleh bertoleransi? Meninggalkan suruhan kerana sikap kurang senang orang bukan Islam terhadap amalan kita dan atas dasar prinsip "human-rights", contohnya memakai tudung! 

"Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku." Al-Kafirun 109:6

Beginilah keadaan sekiranya kita tidak mempunyai maklumat tentang Bible dan Kristian serta tidak mendalami agama sendiri (Islam)! Beginilah juga keadaannya apabila bertindak dan berfikir hanya dengan logik akal. Mengapakah hanya memetik segelintir sahaja petikan dari Bible untuk diberikan bidalan dan perumpamaan? Mengapa tidak dilihat Bible secara keseluruhannya yakni intipati kandungannya? 

Adalah lebih baik merujuk terlebih dahulu kepada orang yang lebih arif tentang hal-hal agama sebelum memberikan sebarang tafsiran agar tidak terjerumus dalam jurang kehancuran akidah.

 Sekadar membaca sahaja masih belum mencukupi. Sebab itu dalam bab agama kita disuruh berguru! Sebab itu juga ada majlis baca kitab di masjid dan surau tujuannya untuk memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang soal hukum hakam!

Oleh yang demikian juga TS berharap pihak berwajib seperti KDN, agar mengambil langkah sewajarnya bagi membendung buku-buku atau sebarang terbitan yang boleh mengelirukan akidah umat Islam.

"Ilmu tanpa amal itu sesat, amalan tanpa ilmu itu gila".

Perkataan "ALLAH" : jawapan-ulamak-tersohor.


Popout


Bila bercakap guna "kepala bawah" beginilah jadinya, Allah pun dipersendakan. Ketua Umum ini memang hebat otak sebelah bawahnya. Sememangnya dia extraordinair, orang lain kuat otak kanan atau kiri tapi dia kuat otak bawah. Tidak dinafikan dan semakin terserlah.

Lihat sahaja video di atas. Bagaimana hujah beliau mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbanding dengan ulamak tersohor, Dato Dr Harun Din Al-Hafiz.

Tetapi TS cukup pasti, kepada pendokong pejuang "Maharaja Liwat" ini, apa saja yang beliau katakan "is Gospel Truth", kerana jawatannya selaku Ketua Umum. Tetapi kepada yang berakal, pastinya apa yang dinyatakan oleh Dato Dr Harun Din itu " is Qur'anic Truth".


TS juga telah berkali-kali membicarakan isu Bible ini dengan memberikan beberapa bukti jelas yang tidak melayakkan dan tidak dibolekan kalimah Allah digunakan oleh kitab tersebut. Mungkin TS tidak dapat sebut semuanya disini tetapi TS sedia memberikan penjelasan lanjut jika diminta.

Ketuanya sudah pasti Umum sudah tahu. Begitulah signifikannya jawatan tersebut sehingga membolehkan seseorang itu berkata apa-sahaja-sesuka-hati-dan-sedap-mulutnya-tanpa-perlu-fikir-dan-semua-orang-kena-terima. Hebat!!! 

Kepada TS mudah sahaja. Kalau semua orang Kristian nak guna nama Allah boleh dengan syarat, ucaplah dulu kalimah ini;


selesai ucap, maka pakailah kalimah tersebut.


Dalam posting TS baru-baru ini, juga telah didedahkan tentang sebuah tulisan oleh Anas Zubedy berkenaan isu yang sama. Kini terang lagi jelas pluralisme agama semakin menular menyelusuri dalam setiap inci kehidupan kita, umat Islam.


Tidak hairan juga apabila penulis tersebut dengan confident mengatakan kalimah Allah boleh dipakai kerana bapa pluralisme pun macam tu jugak! Yalah! Bapa borek anak rintik, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.


Oleh itu marilah sama-sama kita pertahan perkara ASAS dan POKOK kepada keimanan kita dan anak-anak kita. Janganlah kita menjadi dayus dalam mempertahankan urusan Allah. Percayalah Allah akan membantu kita sekiranya kita ikhlas memperjuangkan hak Allah.


Monday, 13 June 2011

Kitab Kasyful Ghoibiyah : Neraka Dan Ahlinya.


Kitab Kasyful Ghoibiyah...muka surat 111.
Mohon maaf..fotokopi asal dah hilang..


Bermula bab yang ke 9, pada menyatakan sifat NERAKA dan sifat ahlinya. (tersebut di dalam khabar) bahawa Jibroil Alaihisalam, datang ia akan Nabi Muhammad Saw. Maka sabda Nabi Muhammad Saw. " Ya, Jibroil, sifatkan olehmu bagiku neraka itu." Maka berkata ia, "Bahawasanya Allah Swt. menjadikan akan neraka, maka nyala ia akan dia 1000 tahun hingga merah ia.


Kemudian dipernyala ia akan dia 1000 tahun hingga putih ia. Kemudian dinyala ia akan dia 1000 tahun hingga hitam ia seperti malam yang mat kelam, tiada dipadam nyalanya dan tiada dipadam baranya.

(kata Mujahid), bahawasanya bagi neraka JAHANAM itu, ularnya seperti tengkok unta dan kala seperti besar baghal. Maka lari isi neraka kepada neraka daripada demikian ular dan kala itu, mengambil ia dengan mulut mereka itu, maka mengkupas ia akan kulit barang yang antara rambut hingga sampai kepada kuku. Maka tiada lepas mereka itu daripadanya melainkan lari kepada neraka. Dan di riwayat, daripada 'Abdullah bin 'Abaas daripada Nabi Muhammad Saw. bahawa di dalam neraka itu, ular seumpamatengkok unta. Maka disengat ia akan salah seorang daripada mereka itu, akan sekali sengat mendapat ia kan BISAnya 40 tahun.

Dan di riwayat, daripada Zaid Bin Wahab daripada Ibnu Mas'ud RA, bahawa api dunia kamu ini satu juzuk daripada 70 juzuk daripada demikian api neraka. Jikalau tiada bahawasanya diselam akan dia di dalam laut 2 kali, nescaya tiada boleh kamu mengambil menafaat daripadanya sesuatu.

(telah berkata Mujahid), bahawasa api kamu ini minta berlindung ia daripada api neraka. (diriwayat pada khabar), bahawa Allah Swt. menyuruh ia akan JIBROIL 'Alaihisalam kepada Malik neraka dengan bahawa mengambil ia daripada neraka. Maka datang ia dengan api itu kepada Adam Alaihisalam hingga boleh buat permasak dengan dia akan makanan. 

Telah berkata Malik, "Ya, Jibroil, berapa banyak yang engkau kehendak daripada api neraka?" Kata Jibroil, "Aku kehendak daripadanya kadar besar tamar / kurma." 

Kata Malik, " Ya, Jibroil, jika aku beri akan dikau kadar besar tamar, nescaya hancur 7 petala langit dan bumi daripada panasnya." Telah berkata Jibroil, " Kadar bijinya tamar." Telah berkata Malik,"Jika aku beri akan dikau, akan barang yang engkau kehendak, nescaya tiada turun dari langit satu titik hujan dan tiada tumbuh di dalam bumi oleh tumbuh tumbuhan."

Kemudian mnyeru oleh Jibroil, " Hai, Tuhan ku berapa aku ambil daripada api neraka.?" Firman Allah Swt. ambil olehmu kadar hama / debu terbang daripadanya....sambung InsyAllah m/ s 112.

Sunday, 12 June 2011

Kitab Hidayatus Salikin : Hasad Dengki; Kasihkan Dunia.


Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 217 hingga 220...



Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 217


Ertinya : Kataku, demi bapaku dan ibuku, engkau ya Rosullah, siapa yang kuasa akan segala perkara ini dan siapa yang lepas daripadanya. Maka sabdanya : Hai, MU'AZ bahawasanya, mudah ia atas seseorang yang dimudahkan akan dia oleh Allah 'Azawajalla atasnya. Maka kata Kholid bin Mi'dan itu, maka tiada aku lihat akan seseorang yang terlebih banyak membaca QURAN yang 'Azim daripada Mu'az kerana ia mendengar Hadis ini. Dan kata Imam Al Ghozali Rohimullahu Ta'ala :..................ertinya, maka fikirkan dan bicarakan oleh mu hai orang yang gemar pada MENUNTUT ILMU, bagi segala perkara ini yakni segala sifat yang KECELAAN ini, dan ketahui olehmu, bahawa yang sebesar besar sebab yang membawa kepada tiap tiap segala sifat yang KEJAHATAN ini, di dalam HATI itu, iaitu orang yang menuntut ilmu kerana berkemuka-mukaan / berbantah bantah / berbahas bahas dan kerana MUNAKOSYAH yakni kerana...m/s 218.




Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 218

hendak mencela akan perkataan orang dan kerana hendak berbantah bantah dengan orang. Maka orang yang 'Auwah yakni orang yang tiada menuntut ilmu kerana yang demikian itu, jauh daripada kebanyakan perkara sifat yang KECELAAN ini. Dan orang yang baru menuntut ILMU FEQAH itu, iaitu yang dilontarkan akan dia bagi segala sifat yang kecelaan ini, yakni orang yang baharu menuntut ilmu feqah itu, kebanyakan ia bersifat dengan kecelaan yang tersebut di dalam bab yang ke-empat ini, dan iaitulah mendatangkan bagi binasa dengan sebab segala sifat ini. Maka tilik olehmu apa yang terlebih baik
yang engkau cita cita akan segala perbuatanmu, bahawa engkau menuntut kaifiyah / cara memeliharakan daripada yang membinasakan ini dan bimbang engkau dengan membaikkan akan HATImu dan membaikkan akan akhiratmu atau yang terlebih baik, engkau cita cita bahawa engkau masuk serta / bersama orang yang masuk di dalam membinasakan akan mereka itu, dan engkau tuntut daripada ilmu yang ia itu sebab bagi menambah akan KIBIR, RIYAK dan HASAD dan 'UJUB hingga binasalah engkau serta / bersama orang yang binasa. Dan lagi kata Imam Al Ghozali Rohimullohu Ta'ala....m/s 219


Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 219


ertinya dan ketahui olehmu, bahawa segala perkara yang TIGA ini yakni RIYAK, 'UJUB dan HASAD, itu iaitu daripada IBU segala sifat yang KEJAHATAN di dalam HATI dan adalah baginya satu tempat tambah dan iaitu sangat kasih akan dunia dan dari kerana inilah, sabda Nabi SAW : Bermula sangat kasih akan dunia iaitu KEPALA segala kesalahan dan segala KEJAHATAN dan segala DOSA dan segala MAKSIAT dan serta ini, maka dunia itu tempat BENDANG bagi akhirat 
yakni tempat mengambil bekal di dalam akhirat. Maka barang siapa mengambil daripada dunia dengan sekadar doruroh, yakni sekira kira hajat supaya menolongi ia dengan dia atas jalan akhirat, maka dunia itu MAZRO'AH yakni tempat mengambil bekal yang menfaat di dalam akhirat. Dan barang siapa menghendak akan dunia kerana bersedap sedap dan kerana bersuka suka dan bersenang senang, maka dunia itu, tempat membinasakan akan dia. Kata Imam Al Ghozali Rohimullohu Ta'ala....m/s 220


Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 220


ertinya, ketahui olehmu bahawasanya, dunia itu seteru bagi Allah Swt. dan seteru bagi Aulia nya dan seteru segala seteru bagi Allah Swt. Maka makna seteru ia bagi Allah Swt. itu bahawasanya, memutuskan ia akan jalan kepadanya (Allah) atas Aulia nya (wali walinya) dan dari kerana demikian itu, tiada MENILIK Allah Swt kepadanya selama menjadikan ia akan dia. Ada pun makna seteru bagi Auliaa Allah Swt, maka bahawasanya ia perhiasan bagi mereka itu dengan 

perhiasannya dan hendak menyatakan, ia akan mereka itu, dengan keelokannya dan dengan kebaikannya hingga MEMUALan mereka itu akan PAHIT sabar yakni kesusahan sabar pada memutuskan akan dia dan menjauh akan dia. Dan makna seteru bagi seteru Allah Swt. maka kerana ia memasukkan ia bagi mereka itu di dalam segala KEJAHATAN dengan tipunya dan pedaya nya dan memegang ia bagi mereka itu dengan jaringan hingga percaya ia dengan dia, dan berpegang mereka itu atasnya. Maka menjagakan akan mereka itu oleh sangat berkehendak yang ada mereka itu kepadanya, yakni sangat kasih akan mereka itu kepadanya/ dunia membawa ia kepada CELAKA mereka itu dan memasukkan akan dia ke dalam api NERAKA...na'uzubillahu minha...

Saturday, 11 June 2011

Rusia-Akan-Menjadi-Negara-Muslim.



RASAkkb..KERUINGku VOICE..Benarlah Hadis Nabi : Dunia akan kembali ISLAM...sebelum QIAMAT...anak anak orang Islam menjadi KAFIR...anak anak orang kafir...menjadi MUKMIN...sehinggalah orang ARAB...benar benar menjadi MUKMIN...majoriti negara ARAB sekarang dipimpin oleh para MUNAFIK bersekongkol dengan kafirin Barat Laknatullah..RASAkkb..KERUINGku VOICE..

Bayangkan Rusia pada tahun 2050! Menurut Paul Goble, seorang spesialis yang secara khusus melakukan kajian terhadap minoritas etnis di Federasi Rusia, nampaknya ia memperkirakan dalam beberapa dekade mendatang, Rusia akan menjadi sebuah negara mayoritas Muslim. Sekarang jumlah Muslim di seluruh Rusia mencapai 16 juta jiwa.

Disisi lain, ada berita buruk dengan penurunan yang cepat jumlah populasi negeri Beruang Merah ini. Melihat kecenderungan populasi penduduk Rusia yang terus cenderung menurun itu telah menjadi "pusing" bagi para politisi Rusia dan para pembuat kebijakan.
Presiden Vladimir Putin telah menyerukan kepada perempuan Rusia untuk memiliki anak lagi. Karena ahli demografi memprediksi bahwa populasi Rusia akan turun secara drastis dari 143 juta jiwa menjadi 100 juta jiwa pada tahun 2050.
Perkembangan dan situasi ini mengejutkan bagi para pemimpin Rusia dan Barat, karena bersamaan menurunnya populasi penduduk Rusia, para analis memperkirakan jumlah umat Islam akan menjadi kelompok mayoritas di Russia. Hanya kurang dari lima dekade Rusia akan menjadi negeri Muslim, yang mayoritas peduduknya beragama Islam.
Laju pertumbuhan populasi Muslim sejak tahun 1989, dieprkirakan mencapai antara 40 dan 50 persen, dan ini kecenderungan semua kelompok etnis. Saat ini Rusia memiliki sekitar 8.000 masjid sementara 15 tahun yang lalu, hanya terdapat 300 masjid di seluruh Rusia.
Menurut data statistik, pada akhir 2015, jumlah masjid di Rusia akan meningkat drastis menjadi 25.000 masjid di seluruh Rusia. Statistik ini menakutkan banyak etnis Rusia lainnya, yang sangat phobi dengan Islam, yang selalu mengaitkan Islam dengan perang dan terorisme. Seperti, sering terjadinya konflik bersenjata antara aparat keamanan Rusia dengan kelompok Chechnya, dan wilayah Kaukasus yang mayoritas Muslim. Namun, kekawatiran itu meluai menyurut, bersamaan dengan perubahan-perubahan yang ada, khususnya dikalangan penduduk Muslim dan para pemimpinnya yang semakin akomdatif.
Menghadapi penurunan populasi atau jumlah penduduk etnis Rusia itu, yang terus menurun, Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin telah menawarkan insentif kepada wanita yang akan memiliki anak lagi.
Dia mengatakan bahwa pemerintah akan menawarkan 1.500 rubel untuk anak pertama, dan 3.000 rubel untuk anak kedua. Dia lebih lanjut mengatakan bahwa pemerintah akan menawarkan insentif keuangan bagi pasangan yang akan mengadopsi anak yatim Rusia. Tapi, tanggapan terhadap seruan Vladimir Putin hampir nol. Alasan utama di balik penurunan cepat dalam populasi non-Muslim di Rusia, terutama sebagian besar perempuan muda di negara ini tidak tertarik dan mendukung memiliki anak lagi.
Jika seseorang terbatas hanya memilik anak satu-satunya, dan kemudian generasi berikutnya sama sekali tidak ingin memiliki anak, maka pertumbuhan penduduk Rusia menjadi nol. Di sisi lain, hampir semua pasangan muslim sedikitnya memiliki tiga anak. Jumlah keluarga muslim umumnya mereka mempunyai anak antara 3-5 orang anak.
Berbicara dengan Blitz, seorang pemimpin Moscow, daerah yang paling padat penduduknya, mengatakan jika pertumbuhan penduduk Muslim terus meningkat, dan dengan penurunan yang serius pada populasi komunitas agama lain, Rusia pada akhirnya akan menjadi sebuah negara Muslim pada dua dekade mendatang.
Dia menyarankan propaganda besar-besaran demi memiliki anak lagi di Rusia dengan menggunakan media massa serta peningkatan jumlah insentif. Ia juga menunjuk fakta bahwa, dalam banyak kasus, insentif tersebut jatuh lagi ke ibu muslim, yang umumnya memiliki lebih dari satu anak.
Ini bukan masalah tentang insentif, yang lebih penting realisasinya bagi penduduk seluruh Rusia yang non-Muslim. Mereka harus memahami bahwa dengan jumlah anak Muslim yang banyak, mereka secara bertahap ikut mendorong nasib negara Rusia menuju federasi Islam.
Mengomentari masalah ini, mantan seorang diplomat mengatakan, setelah jatuhnya Uni Soviet, sayangnya, seluruh bangsa Rusia telah kehilangan semangat nasionalisme mereka, karena kemiskinan dan kondisi yang sangat malang yang mereka hadapi, baik di bidang ekonomi, politik, dan sosial.
Sekarang mereka takut memiliki lebih dari satu anak dalam keluarga, karena akibat biaya hidup yang sangat mahal. Sementara dalam banyak kasus, keluarga perempuan Rusia dipaksa untuk bekerja di berbagai sektor bidang untuk mendapatkan uang ekstra bagi k keluarga mereka.
Ia mengatakan, tidak hanya jumlah populasi Muslim di Rusia,yang mengalami pertumbuhan cepat, karena memang perempuan Muslim memiliki lebih satu anak, tapi dalam beberapa tahun terakhir, sejumlah besar LSM Islam aktif bekerja di dalam negeri Rusia, yang memainkan peran penting, terutama bagi penduduk Rusia yang putus asa, dan sebagian besar mereka memilih jalan hidup yang baru, dan mereka bertobat kemudian masuk Islam. Mereka umumnya meninggalkan agama sebelumnya yang mereka anut. Dia lebih lanjut mengatakan, terutama kelompok atheis secara bertahap semakin cenderung ke arah Islam, karena propaganda luas dan kegiatan LSM Islam.
Mereka yang berpendidikan sarjana terlibat aktif dalam memberikan khotbah di masjid-masjid dan tempat-tempat umum lainnya secara teratur, yang mempunyai dampak luar biasa pada pikiran orang-orang Rusia, terutama generasi mudanya. Para ulama Islam dengan jas dan wajah dicukur bersih, mereka berbicara dengan bahasa yang berbeda serta lancar, yang merupakan titik yang sangat kuat bagi mereka untuk menarik perhatian orang Rusia yang berpendidikan, yang berada dalam kesulitan ekonomi dan sosial yang serius.
Dia mengatakan, kegiatan LSM Islam mempunyai pengaruh yang luas, dibandingkan hampir tidak ada atau sangat sedikit kegiatan misionaris dari agama agama lain di Rusia. Meskipun ulama Islam dan mereka memiliki misi yang sering disebut "tersembunyi" , tetapi dari wajah mereka, saat menyampaikan khotbah, sangat sulit untuk mengidentifikasi apa pun yang negatif terhadap kegiatan mereka.
Mereka awalnya menyebarkan pesan perdamaian, tetapi mereka juga menyampaikan nilai-nilai agama dan jihad. LSM-LSM Islam secara bertahap menggunakan media Rusia, melalui investasi negara-negara Barat, yang sebenarnya menggunakan dana dari negara-negara Arab. Mereka juga ikut terlibat dalam aktivitas politik, seperti pemilihan, dan memberikan suara dan kekuatan untuk para calon pemimpin Muslim, tentu dengan tujuan nantinya akan memiliki akses kekuasaan di Kremlin.
Membandingkan Muslim Rusia dengan Muslim di negara-negara lain, katanya, mereka memiliki komitmen yang lebih kuat, dan keyakinan mereka yang mendalam berakar dalam pikiran mereka yang bernar-benar dari ajaran Islam. Mereka secara terbuka menyatakan bahwa, alasan utama di balik menerima Islam adalah menyelamatkan hari depan mereka. Mereka menghadapi situasi yang sulit berkaitan dengan konflik yang masih terjadi di wilayah Chechnya dan Kaukasus. Tetapi, mereka tetap optimis terhadap kehidupan mereka.
Seorang wartawan senior kantor berita Rusia Interfax, Blitz mengatakan, berdasarkan dari sumber Afro-Arab, sejumlah negara Arab melakukan investasi jutaan dolar kepada sejumlah LSM Islam di Rusia. Dalam waktu dekat, cukup banyak kursi penting di parlemen Rusia juga akan jatuh ke tangan para pemimpin Muslim.
Dia mengatakan, di klub pers Rusia, sejumlah wartawan Muslim terus meningkat. Dia mengatakan, jutaan dolar yang dihabiskan untuk membangun masjid dan lembaga-lembaga Islam di berbagai belahan Moskow dan bagian lain di Rusia.
LSM Islam bahkan membangun panti asuhan, tempat anak-anak dari berbagai agama yang diadopsi, dan mereka mendapatkan pendidikan Islam, dan menjadi Muslim yang taat. Masa depan Islam di Rusia sangat menggembirakan. (mh)/eramuslim

AbdurRahman-Al-Ghafiqi-Panglima-Perang ISLAM.


Seorang sastrawan Inggris, Southy, menuliskan tentang pasukan Islam yang menyerbu daratan Eropah setelah menguasai Andalusia, dia berkata:

“Banyaknya pasukan tidak terhitung jumlahnya, ada yang dari suku Arab Barbar, Romawi, Persia, Qibti, Tartar,…semua berkumpul di bawah satu panji, disatukan oleh panglima yang agung. Kekuatannya tangguh, semangatnya bergelora seperti api dan rasa persaudaraannya begitu mengagumkan, tak membeda-bedakan sesama manusia.

Dalam jiwa pemimpin dan yang dipimpin tertanam tekad yang bulat untuk berjuang. Mereka optimis akan kekuatannya yang tak terkalahkan, dan yakin bahwa pasukannya tak akan menemukan kesulitan. Optimis bahwa setiap langkah akan diikuti oleh kemenangan. Mereka terus maju dan maju hingga dunia Barat takluk pada dunia Timur, tertunduk menghormati nama Muhammad saw.

Orang-orang dari kutub yang penuh dengan pegunungan es yang dingin membeku datang jauh-jauh untuk melaksanakan haji. Melintasi sahara dengan kaki talanjang dengan penuh iman, berjalan di gurun pasir yang panas di Arab, berdiri di atas terjalnya bebatuan di Makkah.”

Memang, apa yang Anda katakan tidak jauh dari kenyataan. Khayalannya pun tidak meleset. Prajurit yang dipimpin oleh para mujahidin itu memang ingin membebaskan nenek moyang Anda dari kegelapan jahiliyah, seperti yang Anda sebutkan.

Ikut serta dalam pasukan tersebut orang-orang Arab yang perkasa. Allah telah membangkitkan mereka dan membimbing mereka untuk mendatangi kalian dari Syam, Hijaz, Najd, Yaman dan pelosok-pelosok jazirah Arab, menggulung segala sesuatu laksana badai. Mereka disertai pula oleh orang-orang Barbar yang bangga akan keislamannya, yang turun dari pegunungan Atlas, menyapu bagaikan air bah. Juga orang-orang Persia, yang telah terlepas dari belenggu paganisme kaisar-kaisarnya dan masuk ke dalam agama tauhid, jalan yang lurus. Tak ketinggalan pula orang-orang Romawi, pembelot menurutmu, memang mereka membelot dari kezhaliman dan kegelapan menuju cahaya terangnya langit dan bumi dan menerima hidayah menuju agama yang suci. Kemudian orang-orang Qibti, yang bebas dari perbudakan dan belenggu yang mencekik leher, beralih kepada kehidupan yang bebas merderka di bawah panji Islam, kembali suci seperti saat dilahirkan ibunya.

Tepat sekali, memang pasukan pimpinan Abdurrahman Al-Ghafiqi maupun para penghulunnya datang untuk melepaskan nenek moyang kalian dari belenggu jahiliyah. Di antara mereka ada yang berkulit putih, hitam, Arab, dan Ajam (non-Arab). Tapi mereka bersatu dalam Islam. Nikmat Allah menjadikan mereka bersaudara. Semangat mereka seperti yang engkau sebutkan adalah untuk memasukkan orang-orang Eropa ke dalam agama Allah sebagaimana orang-orang di belahan bumi bagian Timur dan Afrika. Sehingga umat manusia seluruhnya tunduk kepada Allah, pencipta alam semesta.

Dengannya cahaya Islam akan menyinari dataran dan lembah kalian, mataharinya memancar di setiap rumah kalian dan keadilan tegak di antara rakyat dan penguasa kalian. Mereka bertekad mengorbankan nyawa mereka yang berharga untuk membimbing kalian ke jalan Allah dan menyelamatkan kalian dari api neraka.

Sekarang marilah kita ikuti akhir perjalanan pasukan Islam dan panglimanya yang agung, Abdurrahman Al-Ghafiqi.

Kabar tewasnya Utsman bin Abi Nus’ah dan nasib putrinya yang jelita, Minin, mengejutkan Duke Octania. Dia sadar bahwa genderang perang telah ditabuh. Cepat atau lambat singa Islam, Abdurrahman Al-Ghafiqi akan menyerbu kapan saja, tak peduli siang atau malam.

Kaisar Duke Octania segera mempersiapkan diri untuk mempertahankan setiap jengkal wilayahnya. Hanya saja bayang-bayang buruk selalu menghantuinya. Dia khawatir akan menjadi tawanan kaum muslimin seperti putrinya yang kini dikirim ke Syam. Dia takut kepalanya akan dipenggal kemudian ditaruh di atas talam dan diarak keliling kota seperti Loderik, raja Andalusia dahulu.

Dugaan Duke Octania tepat, tiba-tiba Abdurrahman Al-Ghafiqi benar-benar datang bersama pasukan yang luar biasa besarnya, menyerbu dari Spanyol utara bagai gelombang pasang dan turun ke wilayah Prancis selatan dari pegunungan Pyerenees laksana air bah. Prajuritnya mencapai 100 ribu orang dan setiap batalyonnya didampingi oleh prajurit-prajurit pilihan yang bertubuh tinggi besar.

Prajurit Islam masuk melalui kota Arles yang terletak di tepi sungai Rhone. Pertimbangannya adalah karena kota ini terikat perjanjian damai dengan muslimin dan telah menyetujui kewajiban membayar jizyah. Namun ternyata, setelah gubernur As-Samah bin Malik Al-Khaulani gugur di Toulouse dan kekuatan muslimin melemah, mereka melanggar perjanjian dan menolak membayar jizyah.

Kedatangan Abdurrahman Al-Ghafiqi dan pasukannya di perbatasan Azil, disambut oleh pasukan besar yang disiapkan oleh Duke Octania untuk menghambat gerak maju pasukan Islam. Dua kekuatan berhadapan. Perang besar tak terelakkan lagi.

Pasukan pertama yang dikerahkan Abdurrahman Al-Ghafiqi adalah pasukan khusus yang lebih mencintai mati daripada kecintaan musuh terhadap kehidupan. Mereka berhasil menggoyahkan dan memporak-porankan barisan musuh. Pertempuran terus merambat ke dalam kota. Pedang-pedang berkelebat membabat kiri-kanan. Pasukan Islam mendapatkan hasil ghanimah di luar perhitungan.

Namun sayang, Duke Octania berhasil meloloskan diri dari medan beserta sisa-sisa pasukannya. Sehingga dia masih menyimpang potensi bersiap-siap menyongsong pertempuran selanjutnya, sebab dia sadar bahwa pertempuran di Arles baru awal dari suatu perang yang panjang.

Bersama pasukannya, Abdurrahman Al-Ghafiqi menyeberangi sungai Garonne. Kemenangan demi kemenangan mereka raih. Satu demi satu kota-kota Octania dapat direbut melalui pasukan kavelerinya, seperti daun-daun yang berguguran diterpa angin. Ghanimah makin menumpuk hingga mencapai jumlah yang belum pernah dijumpai sebelumnya.

Duke Octania berusaha membendung pasukan Islam untuk kedua kalinya dengan mempersiapkan suatu pertempuran besar. Namun kali ini pun pasukan Islam mampu mengatasinya. Mereka menghajar dan meluluh lantakkan pasukannya. Duke Octania kembali lolos meninggalkan pasukannya yang kocar-kacir. Banyak yang gugur, tidak sedikit yang tertawan dan ada pula yang lari dari medan perang.

Target serangan berikutnya adalah Bordeaux, kota terbesar di Prancis pada waktu itu sekaligus merupakan ibukota Octania. Perang untuk memperebutkan Bordeaux tak kalah serunya dengan peperangan yang telah lalu. Sistem pertahanannya tentu lebih kokoh. Tapi dengan perjuangan yang tak kenal lelah, kota besar ini dapat direbut oleh pasukan Islam seperti kota-kota lainnya. Para panglima musuh gugur sebagaimana teman-teman yang telah mandahului mereka.

Banyak sekali harta ghanimah yang diperoleh dalam perang ini. Tapi yang lebih penting adalah jatuhnya Bordoeaux merupakan kunci pembuka kota-kota penting di Prancis lainnya, seperti Lyon, Besancon dan Sens sehingga posisi pasukan Islam saat itu tinggal seratus mil saja dari Prancis.

Dunia Eropa tersentak mendapati bahwa Prancis Selatan telah takluk di tangan Abdurrahman Al-Ghafiqi dalam waktu beberapa bulan saja. Maka dunia Barat terbuka akan bahaya besar yang menghadang mereka.

Anjuran partisipasi menggaung di seluruh penjuru Eropa. Setiap orang, mampu atau tidak, diharapkan partisipasinya untuk membendung arus timur yang deras itu. Bila tak mampu membendung dengan pedang, hendaknya menahan dengan dadanya. Bila senjata habis hendaknya jalanan ditutup dengan tubuh mereka. Eropa bangkit menyambut seruan itu. Orang-orang berdatangan dari dari segala penjuru dengan membawa apa saja yang bisa digunakan, batu-batu, kayu, duri dan pedang. Mereka bersatu padu di bawah komanda Karel Martel.

Dalam waktu yang bersamaan, pasukan muslim telah tiba di Tours, kota Prancis padat penduduknya dan menyimpan bangunan-bangunan tua yang indah. Kota ini bangga dengan gereja-gereja besarnya yang terindah di seluruh Eropa dan berisi penuh kekayaan yang tak ternilai harganya. Prajurit Islam mengepung melingkar layaknya kekang kuda yang melingkari leher kuda. Mereka siap berkorban nyawa untuk merebut kota ini. Dan benar, Tours jatuh di depan mata dan pendengaran Karel Martel.

Akhir bulan Sya’ban 104 H Abdurrahman Al-Ghafiqi bersama pasukannya yang gagah perkasa memasuki kota Poiters. Mereka disambut oleh pasukan besar Eropa yang dipimpin oleh Karel Martel. Perang dahsyat antara kedua pasukan itu tidak hanya tercatat dalam sejarah Islam dan Barat saja, melainkan juga dalam sejarah umat manusia. Pertempuran itu dikenal dengan nama Balath syuhada, karena banyaknya prajurit Islam yang syahid.

Ketika pasukan Islam benar-benar dalam puncak kejayaan yang gemilang. Namun sayang, punggung-punggung mereka terlalu berat memikul hasil ghanimah yang melimpah ruah. Abdurrahman Al-Ghafiqi menyaksikan itu dengan sedih dan khawatir. Beliau mengkhawatirkan kondisi pasukan. Bagaimana bisa tenang sementara hati dan pikiran para prajuritnya mulai beralih kepada harta benda itu? Di saat-saat menentukan justru jiwa mereka terbagi, sebelah mata memandang musuh dan sebelah lagi melirik harta-harta ghanimah.

Ingin sekali Abdurrahman Al-Ghafiqi menganjurkan pasukannya untuk melepaskan diri dari ghanimah yang bertumpuk-tumpuk itu. Tapi mereka sangsi apakah mereka bisa menerima keputusan itu dengan senang hati. Maka tak ada jalan lain kecuali beliau harus mengumpulkan seluruh ghanimah di dalam tenda-tenda yang difungsikan sebagai gudang. Lalu diletakkan di belakang markas sebelum perang berkorbar.

Dua pasukan yang sama besarnya mengambil posisi berhadapan. Beberapa hari suasana terasa tegang. Diam dan penuh selidik, seperti dua gunung besar. Masing-masing mengukur kekuatan lawan dan berpikir seribu kali untuk memilih saat yang tepat untuk menyerang.

Waktu demi waktu berlalu, Abdurrahman Al-Ghafiqi melihat semangat pasukannya mulai menyala. Sepertinya kemampuan mereka dapat diandalkan dan optimis untuk menang. Maka beliau memutuskan agar pasukan Islam lebih dahulu menyerang.

Abdurrahman Al-Ghafiqi mulai menerobos pertahanan Barat dengan pasukannya laksana singa yang menerjang dengan ganas. Pihak Barat bertahan seperti benteng yang kokoh. Pertempuran berkecamuk sehari penuh dan belum terlihat tanda-tanda kemenangan pada salah satu pihak. Seandainya tak terhalang oleh gelapnya malam, niscaya mereka tak akan berhenti bertempur.

Memasuki hari kedua, pertempuran kembali berkobar. Pasukan Islam menyerang dengan gagah berani dan tekad yang kuat, namun pertahanan Barat belum pula tergoyahkan.

Perang berlangsung hingga tujuh hari berturut-turut dengan dahsyat. Pada hari kedelapan, sedikit demi sedikit barisan musuh mulai terkoyak. Harapan menangpun mulai terbayang. Laksana semburat cahaya fajar di pagi hari.
Namun dalam waktu yang sama, sekelompok prajurit Barat menyerang tempat penyimpanan harta ghanimah dan menguasai hampir seluruhnya dengan mudah. Melihat hal itu, pasukan Islam mulai goyah. Sebagian besar dari mereka mundur ke belakang untuk menyelamatkan harta ghanimah tersebut hingga merusak pertahanan barisan depan.

Dengan gigih panglima besar Abdurrahman Al-Ghafiqi berusaha mencegah para prajuritnya surut ke belakang, sambil terus menahan arus serangan dari depan dan menutupi celah-celah yang lemah. Dia bergerak cepat kesana kemari dengan kudanya yang perkasa. Di saat itulah sebatang panah mengenai tubuhnya sehingga dia terjatuh dari kuda seperti seekor elang yang terjatuh dari puncak gunung. Maka terwujudlah syahid di medan perang yang didambakannya.

Akan halnya dengan pasukan Islam, melihat panglimanya gugur, mereka semakin berantakan, sedangkan musuh kian bersemangat merangsak ke depan. Tak ada yang mampu menghentikan keganasan mereka selain malam yang mulai merayap.

Pagi harinya Karel Martel mendapati pasukan Islam sudah mundur dari medan perang Poiters. Namun dia tidak berani mengejar. Padahal seandainya dia mengejarnya pastilah dia akan berhasil menghancurkan pasukan muslimin. Dia mengira bahwa gerakan mundur pasukan Islam disengaja untuk memancing mereka ke luar medan terbuka. Ia mengira itu merupakan strategi baru muslimin yang direncanakan malam sebelumnya. Maka Karel Martel memilih untuk tetap di tempat dan merasa cukup dengan membendung kekuatan yang membahayakan itu, lalu menikmati kemenangan yang diraihnya.

Balath Syuhada menjadi peristiwa monumental dalam sejarah. Di hari itu kaum muslimin telah menyia-nyiakan kesempatan emas yang terbuka lebar, bahkan kehilangan seorang pemimpin besar dan pahlawan yang tangguh bernama Abdurrahman Al-Ghafiqi. Peristiwa itu laksana ulangan tragedi Uhud yang memilukan.

Begitulah, semuanya telah menjadi sunnatullah terhadap hamba-hamba-Nya, tak ada yang kuasa merubah atau menggantinya.

Kabar kekalahan di Balath Syuhada menjadi tamparan yang menggoncangkan kaum muslimin di segenap pelosok. Duka dan pilu melanda setiap desa dan kota, memasuki setiap rumah Islam. Luka itu hingga kini masih terasa pedihnya, dan akan tetap diingat selagi masih ada seorang muslim yang ada di permukaan bumi ini. Tapi jangan Anda sangka tragedi itu hanya menyedihkan kaum muslimin saja. Orang-orang Barat yang berakal sehat pun merasakan demikian. Bagi mereka, kemenangan nenek moyang mereka atas kaum musimin di Poitiers merupakan musibah besar bagi umat manusia, khususnya merugikan Eropa dalam mencapai kemajuan.

Sebagai bukti dari pencapaian golongan ini, marilah kita simak komentar tentang kekalahan kaum muslimin di Balath Syuhada, oleh pemimpin redaksi majalah “Review Parlementer” yaitu Henry de Syambon, “Kalau saja bukan karena kemenangan pasukan Karel Martel atas pasukan Islam di Prancis, tentu negara kita tidak perlu tenggelam dalam kegelapan kebodohan pada abad pertengahan. Tidak akan seburuk itu. Dan kita juga tidak perlu mengalami pembantaian besar-besaran yang didasari oleh fanatisme sekte-sekte agama. Benar. Seandainya tidak karena kemenangan Barat pada waktu itu, Spanyol akan bisa hidup dalam kearifan Islam yang murni, selamat dari kekejaman badan-badan intelijen dan tidak terlambat menerima arus kemajuan sampai delapan abad. Meski ada perbedaan rasa dan pandangan tentang kemenangan itu, yang jelas kita benar-benar berhutang budi pada kaum muslimin akan kemajuan ilmu, seni dan budaya luhur yang mereka bawa. Kita harus mengakui bahwa kaum muslimin adalah teladan tentang kemanusiaan yang sempurna di saat kita dahulu masih menjadi manusia Barbar yang ganas.”
Diadaptasi dari Dr. Abdurrahman Ra’fat Basya, Shuwaru min Hayati at-Tabi’in, atau Mereka Adalah Para Tabi’in,terj. Abu Umar Abdillah (Pustaka At-Tibyan, 2009), hlm. 338-348.

Di Bukit UHUD..medan perang Islam Kedua..selepas Badar.

Di bukit yang tinggi..sebelah kiri ..itulah..Nabi Muhammad Saw.. dibawa berlindung oleh para sahabat..setelah baginda mengalami luka luka..

Bukit UHUD sangat tinggi dan curam..bertanda P itu..adalah BUKIT PEMANAH dan bertanda X ..itu..adalah MEDAN PERANG..
Nabi Muhammad Saw..memutuskan setelah berunding dengan para sahabat..untuk berperang di LUAR dari bandar Madinah..Baginda membawa 1000 orang sahabat..tetapi dipertengahan jalan..Nabi memeriksa PASUKAN dan mengusir 300 orang kaum MUNAFIK..tinggallah..700 orang..untuk menghadapi 3000 orang tentera KAFIRIN Arab Mekah..di ketuai oleh Khalid Al-Walid yang masih belum memeluk ISLAM.

Nabi Muhammad Saw...memilih Bukit Uhud..kerana sangat strategik..tak perlu fikir serangan dari belakang..jalan masuk ke X..akan di kawal oleh 70 orang PASUKAN PEMANAH..yang dipesan oleh Baginda..JANGAN TURUN..walau menang atau kalah..sehingga mendapat arahan selanjutnya dari Baginda.

Bagaimana pun..Taqdir Allah Swt...mengatasi segala-galanya..pusingan pertama pertempuran..tentera Islam menang BESAR..ramai tentera KAFIR Arab Mekah terkorban..oleh pasukan pemanah..maka tertinggallah..mayat mayat bersama harta benda mereka di bawah bukit..

Tentera yang berada di bawah bukit..terus berebut mengambil harta di medan perang..yang ketika itu..peraturannya perang Arab..siapa cepat..dia dapat dan dia punya..maka TENTERA PEMANAH pun ..turun ke kaki bukit..tinggal hanya 10 orang di atas bukit..

Pusingan pertempuran pertama..kekalahan itu..Khalid Al Walid mengundurkan ..tenteranya..namun beliau MENGINTIP dari jauh..apa keadaan yang berlaku pada tentera Arab ISLAM..melihat Bukit Pemanah telah hampir kosong..Khalid mengerahkan TENTERA BERKUDAnya menyerbu ke BUKIT PEMANAH..sementara tentera lain ..serbu medan bawah bukit..

Maka gugurlah 70 orang tentera Arab Islam..ramai yang HAFIZ QURAN..Nabi Muhammad Saw sendiri mengalami luka luka di muka..namun para sahabat mengorbankan diri melindungi Baginda..dan membawa Baginda berlindung ke atas bukit Uhud..

Walaupun dalam keadaan genting itu..Nabi terus perintahkan beberapa ratus tentera Islam..mengejar dan mengusir tentera Arab Kafir Mekah..kerana mereka percaya Nabi telah WAFAT. Maka tentera Arab Kafir Mekah tidak datang menyerang lagi. Setelah berehat, pada keesokan harinya..Nabi menguruskan pengkebumian jenazah para sahabat sahabatya yang gugur..baru lah Nabi dibawa pulang ke Madinah.

Bukit kecil yang rata..jauh seperti meja itu..adalah arah DATANGnya tentera Kafir Mekah..


Pagar Makam Syuhada' Perang Uhud.


Isteriku, Hjh Shabariah...berdiri di atas BUKIT PEMANAH..tapi tak bawak panah pun..


Bahagian dalam Makam Syuhada'..tiada BATU NESAN..perkuburan 70 orang sahabat ..yang gugur syahid di medan perang BUKIT UHUD ini.