CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday, 25 December 2012

TEORI DARWIN: Pembohongan Evolusi Manusia


Piltdown Man: Pembohongan Evolusi Manusia


Umat Islam diperbodohkan Part 1


Pada tahun 1912, Charles Dawson, seorang doktor terkenal yang juga merupakan ahli paleontologi amatur, mendakwa telah menemui satu tulang rahang dan serpihan tengkorak dalam sebuah lubang batu berhampiran desa Piltdown di England. 

Walaupun tulang rahang menyerupai beruk, tetapi gigi dan tengkoraknya menyerupai manusia. Spesimen ini diberi nama Manusia Piltdown (Piltdown Man), dianggarkan berumur 500,000 tahun, dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai bukti evolusi yang paling kukuh. 

Selama kira-kira 40 tahun, ia menjadi subjek kepada banyak kertas kerja saintifik, analisis dan pembinaan semula. Kira-kira 500 ahli akademik dari pelbagai universiti di seluruh dunia menyediakan tesis kedoktoran berdasarkan subjek Piltdown Man ini.1

Umat Islam diperbodohkan Part 2


Dalam satu lawatan ke Muzium British pada tahun 1935, seorang ahli paleontologi tersohor Amerika bernama H.F. Osborn mengisytiharkan bahawa manusia Piltdown adalah "satu penemuan yang amat luar biasa tentang pra-sejarah manusia, dan menambah "Kita perlu selalu diingatkan bahawa alam penuh dengan paradoks... "2

Pada tahun 1949, Kenneth Oakley dari Jabatan Paleontologi Muzium British memohon kebenaran untuk melaksanakan teknik pentarikhan baru menggunakan ujian fluorida pada beberapa fosil lama. 

Ujian ke atas Manusia Piltdown telah mendedahkan bahawa tulang rahangnya tidak mengandungi fluorida. Ini menunjukkan bahawa ia berada di bawah tanah tidak lebih daripada beberapa tahun. Bahagian tengkorak juga mengandungi tahap fluorida yang rendah, menjadikannya berusia sekadar beberapa ribu tahun sahaja.

Kronologi siasatan selanjutnya yang dilakukan berdasarkan kaedah fluorida mengesahkan bahawa tengkorak berkenaan hanya berusia beberapa ribu tahun. Turut dibongkar ialah giginya telah digosok, serta artifak kuno yang ditemui bersama fosil tersebut hanyalah bikinan semula yang dibuat dengan perkakasan keluli moden.3

Dengan analisis terperinci yang dilakukan oleh Weiner, penipuan ini terbongkar sepenuhnya pada tahun 1953. Tengkorak itu berusia 500 tahun dan milik manusia, manakala tulang rahangnya adalah kepunyaan orang utan yang baru mati! Gigi tersebut sebenarnya telah ditambah dan sambungannya digosok untuk memberi gambaran yang ianya gigi manusia. Kemudian, semua bahagian telah dilumuri kalium dikromat untuk menjadikannya kelihatan usang. Apabila tulang tersebut diletakkan di dalam asid, lumuran itu pun hilang.

Le Gros Clark, seorang daripada pasukan yang membongkar penipuan tersebut, tidak mampu menyembunyikan rasa hairannya: "bukti lelasan tiruan segera muncul di depan mata. Hakikatnya, ia terlalu ketara sehinggakan dapat dipersoalkan – kenapa mereka gagal mengesannya sebelum ini?"4

Piltdown Man yang telah dipamerkan selama lebih kurang 40 tahun sebelum ini kemudian pantas dikeluarkan dari Muzium British.

1 Malcolm Muggeridge, The End of Christendom, Grand Rapids: Eerdmans, 1980, hal. 59.
2 Stephen Jay Gould, "Piltdown Revisited," Natural History, March 1979, hal. 98.
3 Kenneth Oakley, William Le Gros Clark & J. S, "Piltdown," Meydan Larousse, Vol. 10, hal. 133.
4 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly," New Scientist, hal. 444.

Sajak..MELAYU DAN QURAN..by Mokhtar Petah



SAJAK


MELAYU DAN QURAN

 
Quran dan Melayu,
Melayu dan Quran,
Quran ajar Melayu,
Melayu nyanyikan Quran,
Ramai Melayu buta Quran.

 
Dr Siddiq Fadhil Islam & Melayu

Quran lengkap segala,
Dari ibdah dan undang - undang,
Melayu nyanyi Quran,
Beriman pada Quran,
Melayu tolak banyak hukum Quran.

 

Melayu dan Quran,
Ramai yang baca, menyanyi,
Minta brkat dan azimat,
Laksana baca buku kelasik,
Sebab itu ramai Melayu fasik.

 

Melayu dan Quran,
Quran dan Melayu,
Bangsa darat dan laut,
Tidak akan berpadu,
Selagi Quran dibiar di kepala tiang.

 

Ada Melayu Islam,
Islamnya, hanya pusaka,
Islamnya, jadi dua muka,
Ismlamnya, jadi dia derhaka,
Islam bentuk Melayu bertakwa.

 

Bukit Genting, Pahang ......... Mokhtar Petah

Sunday, 23 December 2012

Janji Tuhan Pasti Berlaku


Sebuah lagu dendangan Soutul Amal. Iramanya mendamaikan hati. Liriknya membangkitkan jiwa.
Views: 60
    
ratings
Time: 04:46More in People & Blogs





Alamak jika pembangkang ambil alih negara.....Insitusi Islam yang dibina lama oleh Umno/BN selama 54 tahun lebih akan merudum.....adeeesss...dengar tu wahai sekelian pak cik-mak cik, adik/kakak seantero Malaysia.

Yang sebenarnya kata-kata orang nombor 2 Umno itu semuanya 'benar' mengikut tanda aras kepala hotak Umno.....tiada yang tiada benar...semuanya benar belaka...

Dua keping gambar dibawah adalah diantara contoh bagaimana Insitusi Islam yang dibina oleh Umno/BN.

Tok Guru..PEMUDA UMNO..mengajar TAJUWID..

Ikon remaja Umno sedang mempamerkan skillnya.....ayoh anak muda...ka ka ka...Umno dan hiburan berpisah tiada ibarat judi dengan rasuah...ibarat kentut dengan taik sembelit...busuk...membarah bang woi....


......'Tanjung Katong, airnya biru....tempat mandi nak dara jelita, sama sekampong hai sedang dirindu, inikan lagi hai jauh di mata...itulah sebahagian dari senikata lagu......realitinya dalam gambar tu memang sepintas lalu macam orang nak pergi mandi zaman dulu-dulu....usah ditanya siapa penyanyi di atas...jika masih samar-samar bertanyalah pada orang yang takut akan Istitusi Islam yang dibina oleh Umno/BN akan musnah tu.

al-brangionline:

Siapa yang membina dan menegakkan dan siapa pulak yang akan merudumnya?

Takkan tu pun anda tak tahu lagi......alahai...

Friday, 21 December 2012

TANDA-TANDA KIAMAT


HARI KIAMAT 21.12.2012?

TANDA-TANDA KIAMAT
Popout

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan). 
pix gal0 21/12/2012   Hari kiamat ? Tanda tanda Kiamat Tanda Hari Kiamat menurut islam 21/12/2012   Hari kiamat ? tanda besar hari kiamat Info Am Ilmiah 21/12/2012   Hari kiamat ?
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
 
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Monday, 10 December 2012