CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Saturday, 26 March 2011

KITAB HIDAYATUS SALIKIN.


Kitab Hidayatus Salikin karangan Shiekh 'Abdul Samad Falambani (Palembang)..sangat bermanfaat kepada muslimin..bagi meningkatkan diri dari..muslimin kepada mukminin...seterusnya kepada MUKHSININ. Selaras dengan HADIS Nabi Muhammad SAW yang masyhor..berkaitan IMAN, ISLAM dan IKHSAN.


Saya akan cuba MERUMIKAN..dari mukasurat satu hingga akhir, InsyAllah SWT..iaitu hingga muka surat 310...Kitab ini mengandungi kira kira 80 tajuk. TULISAN JAWI mempunyai KELEBIHAN tersendiri..dari segi penjimatan RUANG KERTAS..dari segi SEBUTAN 'ARAB yang betul ..EJAAN yang standard : EJAAN Muhammad tetap hanya 4 huruf..mim ha mim dal..tiadk seperti RUMI..macam macam EJAAN untuk nama Muhammad yang sangat MENYUSAH dan mengelirukan...

 Cuma jika nak tulis nama orang Inggeris atau nama saintifik...gunakan tulisan rumi dalam kurungan / bracket..kemudian sambung balik dengan tulisan JAWI.


40 HADIS AKHIR ZAMAN 

Sumber : http://dilemaduniaislam.blogspot.com/2011/03/40-hadis-akhir-zaman.html
Hadis Pertama:

JANGAN MUDAH MENYALAHKAN ORANG LAIN


Dari Abu Hurairah Ra., bahawasanya Rasullullah SAW bersabda: “Jika ada seseorang berkata, “orang banyak (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” (HR. Muslim)

Keterangan

Imam Nawawi ketika menulis Hadis ini dalam kitab Riyadus-Solihin, beliau memberikan penjelasan seperti berikut: “Larangan seperti di atas tadi (larangan mengatakan orang banyak telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian rupa dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri, sebab dirinya tidak rosak, dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. 

Maka yang demikian ini adalah haram. Adapun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang banyak terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul dari perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.

Hadis ini sengaja diletakkan di permulaan buku ini supaya menjadi suatu peringatan kepada Umat Islam apabila menerangkan Hadis-hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan di sini yang banyak menyingkap tentang kemunduran umat Islam dan kerosakan moral mereka. 

Oleh kerana itu, kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ‘ujub dengan diri sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan senang menuding jari ke arah orang lain. 

Walaupun kerosakan moral umat Islam dewasa ini perlu dibicarakan untuk tujuan memulihkan, namun penyingkapannya itu perlu dalam bentuk yang sihat dan dengan perasaan yang penuh kasih sayang serta dengan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan limpah karuniaNya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah.

Petikan Daripada Buku Abu Ali Al-Banjari An-Nadawi.