CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Tuesday 21 March 2017

JAM Gergasi Di MEKAH.

SUMBER : http://akhzaman.blogspot.com/2011/06/binladin-dengan-menara-jam-gergasi-di_4866.html



by abatasa


Binaan bangunan besar, mewah dan moden bersebelahan Masjidil Haram menjadi buah mulut Umat Islam, dan dipersoalkan sejauh manakah keperluannya? Untuk siapa?

Sebahagian dari Umat Muhammad saw menyatakan: "Menara Jam Tertinggi di Mekah Petanda Kiamat" Sejauh mana benar berita ini sama-samalah kita renungkan.

Perbandingan

Tujuh buah menara yang rata-rata besar dan tinggi, namun menara utamanya yang menempatkani jam gergasi di puncaknya itulah yang menarik perhatian. Menara ini mempunyai 76 tingkat dan 1005 buah bilik hotel 7 bintang,



5 kali lebih besar dari Big Ben di London

Sebuah menara jam tertinggi telah siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bersebelahan Masjidil Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.

Makkah Moden

Sebagai seorang Muslim adakah anda turut merasa hebat, gembira, kagum dan bangga bila diberitahu mengenainya? Di satu sudut, ia memberi gambaran positif bahawa negara Islam telah maju dan telah mampu membina bangunan pencakar langit yang hebat dan mewah. 

Orang Islam mampu membina bangunan yang luar biasa besar melibatkan 16 juta kaki persegi dan berketinggian 577 meter menjadi yang kedua tertinggi di dunia pada masa ini. Setanding dengan negara yang dikatakan termaju di benua Eropah dan Amerika. Dubai yang telah membina Burj al Khalifa kini di rekodkan sebagai bangunan tertinggi juga sebuah negara Islam.



Menara jam dan perbandingan dengan bangunan sekitarnya

Adakah kerajaan Saudi sedang mempromosi Bandar (Bandaraya?) Suci Makkatul Mukarramah dan Masjidil Haram kepada para penduduk di USA dan Eropah? 

Memang diketahui umum masyarakat dunia terutamanya di rantau Eropah juga Amerika Utara tentunya USA amat tertarik dengan bangunan tinggi dan mewah lebih-lebih lagi yang berukuran gigantik umpama bangunan di Makkah ini. 

Secara kasar ia kelihatan sedemikian. Cubaan untuk berdakwah kepada masyarakat dunia moden.


Sesuatu hal yang cukup menakjubkan bagi mereka yang memihak kepada perlumbaan ini. Dunia keseluruhannya amat berminat mengetahui perkara ganjil dan gah dan menjadi kebiasaan bagi masyarakat moden Barat. 

Secara tidak langsung binaan ini menarik perhatian masyarakat dunia ketika USA, NATO dan Israel sedang melakukan kempen memburuk-burukkan Islam serta membelasah rakyat Pelestin, Afghanistan dan Libya.

Antara yang menarik mengenai kompleks menara jam gigantik ini ialah keseluruhan ruang legarnya amat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). 16.1 juta kaki persegi itu sememangnya cukup luas. 

Ketinggiannya pula melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang mana sebelum ini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia..

Bagaimanakah keadaan hotel bertaraf 7 bintang ini? Berapa pula kadar harga penginapan untuk satu hari? Mungkin ada diantara pembaca yang pernah menginap di hotel bertaraf ini.





Kadar Termurah RM633

Dari segi ketinggiannya, menara jam ini akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan 601 meter, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Jam yang berada pada setiap sisi menara adalah berukuran 43×43 meter menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. 

Muka jam yang berdiameter 5 kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. 

Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.

Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). 

Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). 

Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.



Terletak bersebelahan Masjidil Haram



Spesifikasi bangunan menara jam

Kompleks hotel tertinggi di dunia. Menara Jam tertinggi di dunia. Permukaan Jam terbesar di dunia. Keluasan lantai terbesar di dunia. Bangunan kedua tertinggi di dunia.

Dengan terbinanya menara itu, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. 

Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. 

Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. 

Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. 

Demikian pula apabila para pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” 

Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini. PerkenankanlahYa Allah..

credit salafus-sholih

Amaran

Di sisi lain jika ditinjau, kelihatan ada sesuatu yang sedang di tunjukkan oleh Allah swt kepada umat Islam. Semakin moden manusia, semakin jauh mereka meninggalkan yang hak dan mementingkan kekuasaan, pengaruh dan kemegahan.

Umat Islam majoritinya sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan malah ada yang sedang dizalimi dan menjadi mangsa kebiadaban musuh, di masa yang sama ada pihak yang lain sanggup membelanjakan berbillion dollar untuk menaja kemasyhuran dan kemegahan. 

Jika tidak berlaku di Makkatul Mukarramah, ia tidak begitu ketara tetapi kini apabiila ia dibina benar-benar besebelahan Masjid al Haram yang terletaknya Kaabah, mengundang perhatian masyarakat Islam.

"Kompleks Hotel 7 Bintang" itu untuk siapa sebenarnya jika bukan untuk golongan atasan yang hidup mewah atau para pemimpin negara atau ahli keluarga di raja. 

Mampukah orang awan yang biasanya membawa wang hanya secukup hidup ketika mengunjungi Tabah Suci semasa menunaikan Fardhu Haji menginap di sana? Tentu sekali tidak. Mereka tidak layak.

Bagaimana pula perasaan mereka (orang awam) yang majoritinya miskin melihat golongan yang bermewah-mewah ini? Tanpa di sedari cabaran keimanan yang cukup hebat telah mulai melanda umat ini. 

Itu belum diambil kira tahap keimanan yang tergugat dengan adanya bangunan raksasa tersergam di sebelah Kaabah. Sekali gus meronta iman semasa menunaikan ibadat. Apakah dengan ini cahaya Kaabah akan turut merosot dan pudar di hati kaum Muslimin?

Mungkin juga kerajaan Arab Saudi yang kaya raya ini akan bermurah hati memberikan subsidi kepada jemaah yang miskin untuk sama-sama menikmati nikmat Allah ini. 

Sepatutnya ia berlaku begitu, sebagai Umara yang diberi amanah menjaga kepentingan jemaah di Tanah Suci Makkah ini. Jika ini terjadi, pembinaan tersebut merupakan satu anugerah Allah kepada umat Islam, tetapi jika sebaliknya, ia adalah satu bencana, mengambarkan kemurkaan Allah kepada kita kerana mementingkan dunia berbanding akhirat

Persoalan seterusnya ialah siapa penguasaha projek ini selain kerajaan Arab Saudi? Apakah wujud matlamat yang terselindung di sebalik nada merdu yang dialunkan "menaikkan imej kaum Muslimin dan memberi keselesaan kepada jemaah"?

Sesiapa yang pernah ke Mekah akan dapat mengesahkan bahawa bandar suci ini sudah semakin segar menuju ke arah sebuah pusat perniagaan dan pusat pelancungan berbanding menjadi tumpuan melaksanakan amal ibadah. Pelabur luar juga mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari projek mega seperti ini.

Ibadah Haji bakal bertukar menjadi aktiviti pelancongan? Satu suara yang amat menggerunkan kerana ia merupakan sesuatu yang terkeluar dari norma kemurnian Tanah Suci..

Seterusnya kita lihat situasi semasa, siapa yang akan menguruskan hotel mewah ini? Hotel, Pusat Belibelah dan Pangsapuri Mewah. dikendalikan oleh berbagai syarikat tempatan dan luar negeri termasuk syarikat besar seperti Fairmont, Raffles dan Movenpick.

Kata seorang bloger

Super-skyscraper yang dibangunkan di Makkah ini hanya tiga minit dari Masjidil Haram. Ada hotel glam seperti Sofitel dan Movenpick. Akan ada Raffles Makkah. Boleh makan coklat mewah, makan ice-cream dalam restoran dengan pandangan atas Kaabah.

Raffles Makkah ini akan dibina selepas Raffles Singapore (original) dan Raffles Dubai.

Sebenarnya, kumpulan hotel Raffles ini bukan lagi milik Singapura, tetapi kumpulan Fairmont dari Amerika. Dan kumpulan Fairmont Raffles International dicontrol oleh orang kaya Saudi (juga orang Muslim terkaya di dunia), Prince Alwaleed bin Talal.

Yang saya khuatir ialah budaya menunjuk-nunjuk terbawa-bawa ke Tanah Suci. Lepas Raffles nanti Four Seasons dan St Regis dsbnya nak masuk ke Makkah dan Madinah. 

Nanti bila kita kongsi pengalaman di Makkah begini: 'Aku ke Makkah dulu tinggal di Ritz Carlton selama 10 malam. Alamak!?! Kau menetap di Kaskas Makkah Apartments saja!' 

'Kau makan lontong yang disiapkan tukang masak Tabung Haji?!?! Kesian. Kami makan kat restaurant Terraces On The Clouds terus nampak orang sembahyang di Kaabah'.

Budaya apa yang mereka bawa?

Makkah Clock Royal Tower - A Fairmont Hotel has 858 guestrooms. Guestrooms have city or courtyard views. Guestrooms have LCD televisions with satellite channels and free movie channels. 

Complimentary wireless and wired high-speed Internet access is provided. All accommodations provide desks, in-room safes (accommodate laptops), and speakerphones. 

Beds have Select Comfort mattresses, signature bedding, and Egyptian cotton linens. Each unit is individually decorated and furnished. All units feature coffee/tea makers. 

Bathrooms offershower/tub combinations with handheld showerheads, and rainfall showerheads. Bathrooms also include phones, bathrobes, and designer toiletries. Additional amenities include washers/dryers, sofa beds, and separate sitting areas. 

In addition, a turndown service is offered nightly,housekeeping is available daily, and amenities available on request include irons/ironing boards. Cribs (infant beds) and rollaway beds are available. All guestrooms at Makkah Clock Royal Tower - A Fairmont Hotel are non-smoking.

American Express
Diners Club
JCB International
MasterCard
Visa

Bin Laden

Fenomena Bin Laden ini juga agak ganjil. Ketika dunia memprovok kejahatan dan keganasan melalui seorang yang juga bernama Bin Ladin (sebagai "pengganas terganas" di dunia) terpacul pula Bin Ladin Group yang mempunyai keunggulan serta mampu membina sebuah bangunan hebat di dunia. 

Adakah ia berlaku secara kebetulan? Penonjolan nama Bin Laden ini seolah satu permainan yang saling bertentangan. Siapa Bin Laden sebenarnya? Jika diambilkira Osama Bin Laden yang terkenal itu, ia adalah seorang boneka ciptaan CIA yahudi-amerika bagi membolehkan Islam diperangi dan pada waktu yang sama wujud pula Binladen Group yang kaya raya besekutu dengan para pereka bentuk bangunan dan kontrektor Barat. 

Menjadi sahabat baik kerajaan Saudi serta sering sahaja mendapat ruang dalam bidang hartanah di sana. Perkara yang merisaukan ialah sejauh manakah sentuhan masons dalam usaha menggugat keimanan orang Islam? Persoalan ini semakin kuat menerjah minda kita semua.

Benladin Group dikesan sebagai salah sebuah syarikat yang berpengaruh di rantau Arab terutama Arab Saudi dan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan dan beberapa syarikat besar di USA.Arkitek: Dar Al-Handasah Consultants (Shair & Partners) (U.K.) Limited beroperasi di UK (London)

Cuba perhatikan bentuk bangunan Abraj al Bait ini. Ia mengambil bentuk sebuah bangunan yang terkenal di New York,USA iaitu Empire State Building. Kemiripan reka bentuknya amat ketara. Sementara jamnya pula meniru teknologi Big Ben, London.




Empire State Building



Big Ben, London

Rungutan

Luahan rasa marah seorang muslim apabila mengetahui perkara ini. Adakah kerajaan Saudi mahu mendengar keluhan seperti ini?

"What the hell Saud Family is thinking turning this holiest place into New York City? Mashaallah! Agreed turn Jeddah into New York but not Makkah. Never heard or read from scholars that a place like New York would strengthen your faith".

Pandangan seorang bloger, "Manusia memang makhluk angkuh! Mungkin anda bersependapat dengan saya. Pembangunan menara-menara tinggi ini seolah ‘mengejek’ kemanusiaan. 

Meninggalkan seribu masalah yang menjadi tanggungjawab manusia itu sendiri, seperti kemiskinan, bencana alam, jurang sosial, peperangan, penjajahan, dan sebagainya. Dari satu sudut, manusia memang makhluk bijak yang dianugerahkan Allah dengan akal dan ilmu. 

Ternyata cara pembangunan Piramid Mesir masih menjadi misteri yang bahkan saintis sendiri belum mampu memecahkannya, kepintaran manusia di bidang arkitek, kelak tidak akan menyeret kita ke dalam arus pembinasaan ala Kaum ‘Aad atau Fir’aun".

"Bahkan di Tanah Suci pun manusia sudah berani membuat bangunan tinggi yang berdiri melangit iaitu pembangunan mall terbesar di Arab Saudi, tepatnya di kota suci Makkah, Abraj al-Bait, yang berdiri megah dengan menara jam tertinggi di dunia seolah-olah hendak menerkam menara-menara tua Masjidil Haram dan memperlihatkan betapa ‘rendah’nya Kaabah, bangunan yang paling dianggap suci oleh umat Muslim sedunia."



Rancangan Saudi membangun Makkah menjelang tahun 2020 . Mengapa 2020?

Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! 

Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. 

Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. 

Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” H.R. Abu Daud dan Tirmizi


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. 

Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). 

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. 

Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?“. 

Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. Termizi

“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)

Ada satu riwayat yang panjang iaitu sebuah hadis percakapan antara Nabi Muhammad SAW dengan Malaikat Jibril AS tentang Islam, Iman, Ihsan, dan tanda-tanda Hari Kiamat: Kita petil hanya sebahagian kecil dari hadis tersebut yang menyentuh persoalan ini.

".... Beritahulah aku sebahagian dari tanda-tanda Kiamat itu”.

Beliau menjawab, “Apabila ada hamba sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang-orang tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna lagi melarat , pengembala kambing saling membangga-banggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi‘. (Hadith Riwayat Muslim)

Mungkin ada dari pembaca yang dapat memberikan huraian yang lebih jelas terhadap maksud ayat ini.

1. Orang-orang tak beralas kaki


2. Orang-orang tak berpakaian


3. Orang-orang yang melarat


4. Pengembala kambing.

Bagaimana ia dapat dikaitkan dengan perkataan "membanggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi"? Terutama dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Sebelum ini sukar bagi kita menemui sesaorang yang mampu mengemukakan hujah mengenainya dan jika pun ada, masih belum dapat memberikan kupasan yang memuaskan. 

Di manakah logiknya bangunan yang tinggi menjulang langit dibina oleh manusia kerdil tersebut terutama di negara Barat, contoh terdekat ialah Menara Petronas. Apabila munculnya Abraj al Bait ini terpancar satu pandangan yang lebih kukuh.

Pertama Baginda saw merupakan orang Arab dan berbicara di Tanah Arab kepada orang Arab. Lebih jujur kita katakan ia melibatkan secara terus dengan masyarakat Islam di Tanah Arab. 

Kedua. siapa gembala kambing, orang tak berkasut dan orang tak berbaju di Tanah Arab? Siapa mereka ini berdasarkan masa Baginda hidup? Kemunasabahannya, ia menjurus kepada masyarakat yang tinggal di pendalaman, hidup melarat dan pekerjaan mereka hanya menternak kambing. Mereka ialah masyarakat yang digelar Badwi.



putra alwaleed bin talal



Raja Abdullah

Apa pula kaitan antara orang Badwi dengan menara Abraj al Bait ini? Untuk itu kita kena menoleh kembali sejarah lampau dari mana asal datangnya kerabat diraja Saudi Arabia sekarang.

Gambar Abraj al Bait dari Flicr.com



Monday 20 March 2017

WASPADA..virus LGBT mengancam-keluarga-kita



 

Disney baru saja mengeluarkan film terbarunya, Beauty and the Beast. Versi live action Beauty and the Beast tengah jadi perbincangan panas. Sutradara Bill Condon mengonfirmasi bahwa film yang tayang 17 Maret 2017 itu bakal memunculkan karakter gay. Dia adalah LeFou yang diperankan Josh Gad. Pernyataan tersebut langsung memunculkan kontroversi. Bahkan, di negara sedemokratis AS yang beberapa negara bagiannya sudah melegalkan pernikahan sejenis, timbul reaksi keras.
Di Alabama, Henagar Drive-In Theater mengumumkan,pihaknya tidak akan menayangkan film yang dibintangi Dan Stevens dan Emma Watson itu. “Dengan sangat menyesal, kami memohon maaf kepada para pelanggan. Kami tidak akan menayangkan Beauty and the Beast,” tulis pemilik bioskop di Amerika Utara, khususnya yang dimiliki organisasi berbasis agama, menyatakan juga mengambil tindakan serupa.
Rusia menyatakan, rating film tersebut berubah dari PG 13 menjadi 16+ alias khusus penonton dewasa.”Kami tidak bakal menyensor pasangan LeFou Gaston. Namun, pasaran penonton kami batasi.” Ujar perwakilan pemerintahan Rusia dikutip Variety.
Selain itu, muncul berbagai seruan bahwa Beauty and the Beast ingin menjadikan karakter gay sebagai sesuatu yang wajar.”Disney sedang mencoba memasukkan agenda LGBT ke dalam hati dan pikiran anak-anak kalian. Waspadai itu,” tulis penginjil dan misionaris AS, Franklin Graham, di akun facebook-nya. (Jawa Post,Kamis 9 Maret 2017).
Sementara itu, Malaysia tetap teguh dengan keputusannya melarang pemutaran film Beauty and the Beast di biskop-bioskop, jika adegan homoseksual tidak disensor saat film Walt Disney itu diluncurkan Kamis (16/3) di seluruh dunia. Dibintangi Emma Watson sebagai Belle muda yang jatuh cinta pada Beast, film ini untuk pertama kalinya dalam sejarah Disney menampilkan karakter homoseksual.
Perusahaan itu menolak untuk menyensor adegan tersebut dan memilih menarik film itu dari bioskop di seluruh negara mayoritas Muslim itu. Homoseksual tidak disetujui para pemimpin agama di Malaysia.
Sementara itu di Indonesia, yang memiliki penduduk Muslim terbesar di dunia, film tersebut akan tetap tayang pada Jum’at dengan klasifikasi usia 13 tahun keatas dan tanpa sensor. Beberapa kelompok umat Islam di Indonesia telah meluncurkan protes pada pertunjukan hiburan Barat di masa lalu, yang mengarah pada pembatalan misalnya konser bintang pop Lady Gaga pada 2012. (m.republika.co.id/berita/duniaislam/mozaik/17/03/16/omwyjh313-alasan-malaysia-tetap-tolak-film-beauty-and-the-beast)
Pandangan Islam terhadap LGBT
Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) merupakan penyimpangan orientasi seksual yang bertentangan dengan fitrah manusia, agama dan adat masyarakat Indonesia. Menurut wikipedia, lesbian adalah istilah bagi perempuan yang mengarahkan orientasi seksualnya kepada sesama perempuan. Istilah ini juga merujuk kepada perempuan yang mencintai perempuan baik secara fisik, seksual, emosional, atau secara spiritual. Sedangkan Gay adalah sebuah istilah yang umumnya digunakan untuk merujuk orang homoseksual atau sifat-sifat homoseksual. Sedikit berbeda dengan bisexual, biseksual (bisexual) adalah individu yang dapat menikmati hubungan emosional dan seksual dengan orang dari kedua jenis kelamin baik pria ataupun wanita (kamuskesehatan.com). Lalu bagaimana dengan Transgender? Masih menurut wikipedia, transgender merupakan ketidaksamaan identitas gender seseorang terhadap jenis kelamin yang ditunjuk kepada dirinya. Seseorang yang transgender dapat mengidentifikasi dirinya sebagai seorang heteroseksual, homoseksual, biseksual maupun aseksual. Dari semua definisi diatas walaupun berbeda dari sisi pemenuhan seksualnya, akan tetapi kesamaanya adalah mereka memiliki kesenangan baik secara psikis ataupun biologis dan orientasi seksual bukan saja dengan lawan jenis akan tetapi bisa juga dengan sesama jenis.
Walaupun kelompok LGBT mengklaim keberadaannya karena faktor genetis dengan teori “Gay Gene” yang diusung oleh Dean Hamer pada tahun 1993. Akan tetapi, Dean sebagai seorang gay kemudian meruntuhkan sendiri hasil risetnya. Dean mengakui risetnya itu tak mendukung bahwa gen adalah faktor utama/yang menentukan yang melahirkan homoseksualitas. Perbuatan LGBT sendiri ditolak oleh semua agama bahkan dianggap sebagai perbuatan yang menjijikan, tindakan bejat, dan keji. (republika.co.id, 26/01/2016).
Dalam Islam LGBT dikenal dengan dua istilah, yaitu Liwath (gay) dan Sihaaq (lesbian). Liwath (gay) adalah perbuatan yang dilakukan oleh laki-laki dengan cara memasukan dzakar (penis)nya kedalam dubur laki-laki lain. Liwath adalah suatu kata (penamaan) yang dinisbatkan kepada kaumnya Luth ‘Alaihis salam, karena kaum Nabi Luth ‘Alaihis salam adalah kaum yang pertama kali melakukan perbuatan ini (Hukmu al-liwath wa al-Sihaaq, hal. 1). Allah SWT menamakan perbuatan ini dengan perbuatan yang keji (fahisy) dan melampui batas (musrifun). Sebagaimana Allah terangkan dalam al Quran:
Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (TQS. Al ‘Araf: 80 – 81)
Sedangkan Sihaaq (lesbian) adalah hubungan cinta birahi antara sesama wanita dengan image dua orang wanita saling menggesek-gesekkan anggota tubuh (farji’)nya antara satu dengan yang lainnya, hingga keduanya merasakan kelezatan dalam berhubungan tersebut (Sayyid Sabiq, Fiqhu as-Sunnah, Juz 4/hal. 51).
Hukum Sihaaq (lesbian) sebagaimana dijelaskan oleh Abul Ahmad Muhammad Al-Khidir bin Nursalim Al-Limboriy Al-Mulky (Hukmu al liwath wa al Sihaaq, hal. 13) adalah haram berdasarkan dalil hadits Abu Said Al-Khudriy yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim (no. 338), At-Tirmidzi (no. 2793) dan Abu Dawud (no. 4018) bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata:
Janganlah seorang laki-laki melihat aurat laki-laki lain, dan jangan pula seorang wanita melihat aurat wanita lain. Dan janganlah seorang laki-laki memakai satu selimut dengan laki-laki lain, dan jangan pula seorang wanita memakai satu selimut dengan wanita lain”
Terhadap pelaku homoseks, Allah swt dan Rasulullah saw benar-benar melaknat perbuatan tersebut. Al-Imam Abu Abdillah Adz-Dzahabiy -Rahimahullah- dalam Kitabnya “Al-Kabair” [hal.40] telah memasukan homoseks sebagai dosa yang besar dan beliau berkata: “Sungguh Allah telah menyebutkan kepada kita kisah kaum Luth dalam beberapa tempat dalam Al-Qur’an Al-Aziz, Allah telah membinasakan mereka akibat perbuatan keji mereka. Kaum muslimin dan selain mereka dari kalangan pemeluk agama yang ada, bersepakat bahwa homoseks termasuk dosa besar”.
Hal ini ditunjukkan bagaimana Allah swt menghukum kaum Nabi Luth yang melakukan penyimpangan dengan azab yang sangat besar dan dahsyat, membalikan tanah tempat tinggal mereka, dan diakhiri hujanan batu yang membumihanguskan mereka, sebagaimana dijelaskan dalam surat Al-Hijr ayat 74:
Maka kami jadikan bagian atas kota itu terbalik ke bawah dan kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras”
Sebenarnya secara fitrah, manusia diciptakan oleh Allah swt berikut dengan dorongan jasmani dan nalurinya. Salah satu dorongan naluri adalah naluri melestarikan keturunan (gharizatu al na’u) yang diantara manifestasinya adalah rasa cinta dan dorongan seksual antara lawan jenis (pria dan wanita). Pandangan pria terhadap wanita begitupun wanita terhadap pria adalah pandangan untuk melestarikan keturunan bukan pandangan seksual semata. Tujuan diciptakan naluri ini adalah untuk melestarikan keturunan dan hanya bisa dilakukan diantara pasangan suami istri. Bagaimana jadinya jika naluri melestarikan keturunan ini akan terwujud dengan hubungan sesama jenis? Dari sini jelas sekali bahwa homoseks bertentangan dengan fitrah manusia.
Oleh karena itu, sudah dipastikan akar masalah munculnya penyimpangan kaum LGBT saat ini adalah karena ideologi sekularisme yang dianut kebanyakan masyarakat Indonesia. Sekularisme adalah ideologi yang memisahkan agama dari kehidupan (fash al ddin ‘an al hayah).
Masyarakat sekular memandang pria ataupun wanita hanya sebatas hubungan seksual semata. Oleh karena itu, mereka dengan sengaja menciptakan fakta-fakta yang terindera dan pikiran-pikiran yang mengundang hasrat seksual di hadapan pria dan wanita dalam rangka membangkitkan naluri seksual, semata-mata mencari pemuasan. Mereka menganggap tiadanya pemuasan naluri ini akan mengakibatkan bahaya pada manusia, baik secara fisik, psikis, maupun akalnya. Tindakan tersebut merupakan suatu keharusan karena sudah menjadi bagian dari sistem dan gaya hidup mereka (al Nizham al Ijtima’i fi al Islam, hal. 22). Tidak puas dengan lawan jenis, akhirnya pikiran liarnya berusaha mencari pemuasan melalui sesama jenis bahkan dengan hewan sekalipun, dan hal ini merupakan kebebasan bagi mereka. Benarlah Allah swt berfirman:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (TQS Al ‘Araf : 179)
Kesimpulan
Perlu menjadi kesadaran bagi umat Islam di Indonesia, bahwa LGBT merupakan penyimpangan orientasi seksual yang dilarang oleh semua agama terlebih lagi Islam. Selain karena perbuatan keji ini akan merusak kelestarian manusia, yang lebih penting Allah swt dan Rasulullah melaknat perbuatan kaum Nabi Luth ini. Oleh karena itu, sudah menjadi kewajiban bagi umat Islam untuk melawan segala jenis opini yang seolah atas nama HAM membela kaum LGBT akan tetapi sesungguhnya mereka membawa manusia menuju kerusakan yang lebih parah.
Disinilah urgensitas penerapan syariah Islam dalam bingkai Khilafah Islam dengan seperangkat aturan dan konsep dalam mengatur hubungan diantara pria dan wanita. Aturan Islam akan senantiasa membentuk ketaqwaan individu, memberi dorongan kepada masyarakat untuk saling menasihati dan menciptakan lingkungan Islami serta negara yang menindak tegas para pelaku LGBT sebagai fungsi pencegah dan penebus dosa. (http://hizbut-tahrir.or.id/2016/02/13/pandangan-islam-terhadap-lgbt/)
Catatan Kaki :
  • Jawa Post,Kamis 9 Maret 2017.
  • republika.co.id/berita/duniaislam/mozaik/17/03/16/omwyjh313-alasan-malaysia-tetap-tolak-film-beauty-and-the-beast.
  • co.id, 26/01/2016.
  • http://hizbut-tahrir.or.id/2016/02/13/pandangan-islam-terhadap-lgbt/.
Topik:

Thursday 16 March 2017

Menyampaikan Mesej..Demokrasi Gagal..Merupakan Suatu Jenayah?



Kenyataan Media
Menyampaikan Mesej Kebenaran “Demokrasi Sistem Gagal, Khilafah Solusi Tunggal” Merupakan Suatu Jenayah?

 SUMBER...demokrasi-dalam-al-quran-hadis.
Sembilan orang anggota Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah ditahan oleh pihak polis semasa melakukan konvoi berkereta di sekitar Muar, Johor semalam (11/03/2017). Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar bersama dengan enam buah kereta yang mereka naiki yang ditampal dengan pelekat yang tertulis “Demokrasi Sistem Gagal, Khilafah Solusi Tunggal”. 

Konvoi tersebut dilakukan oleh Hizbut Tahrir sempena memperingati 93 tahun kejatuhan Khilafah iaitu pada 3 Mac 1924 dan bertujuan menjelaskan kepada umat Islam bahawa sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia khususnya dan di dunia Islam umumnya, sejak kejatuhan Khilafah, telah gagal dan satu-satunya solusi kepada permasalahan umat Islam ialah dengan kembali menegakkan Negara Khilafah, yang mana Al-Quran dan Al-Sunnah akan diterapkan sebagai cara hidup kita dalam semua aspek.


Kesembilan orang yang ditangkap itu telah ditahan lokap semalaman sebelum dibawa ke mahkamah Majistret Muar hari ini untuk direman. Mahkamah memberikan perintah reman selama empat hari ke atas mereka bermula hari ini (12/03/2017). 

Cubaan peguam untuk berjumpa dengan mereka tidak dibenarkan oleh pihak polis. Difahamkan yang mereka ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 

Penahanan ini terjadi setelah baru-baru ini empat orang anggota HTM didakwa di Mahkamah Syariah Hulu Langat atas kesalahan menghina pihak berkuasa agama di Selangor kerana bertindak bertentangan dengan fatwa yang mengharamkan Hizbut Tahrir. Sebelum itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertindak mengenakan sekatan undang-undang ke atas laman sesawang HTM dan semua laman sesawang Hizbut Tahrir di seluruh dunia.
Inilah “kebebasan bersuara” yang diamalkan dan diagung-agungkan di bawah sistem demokrasi di Malaysia! Suara-suara untuk mengembalikan semula sistem Islam di bawah Khilafah disekat habis-habisan, manakala suara-suara yang menyeru kepada sekularisme, liberalisme, pluralisme, LGBT, termasuk suara-suara yang menghina hukum-hukum Islam oleh golongan-golongan tertentu, dibiarkan! 

 Aktiviti-aktiviti keIslaman yang dijalankan oleh Hizbut Tahrir ditekan dan disekat dengan pelbagai cara, manakala aktiviti-aktiviti jenayah dan kemaksiatan seperti rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pimpinan negara, kewujudan pusat-pusat perjudian, kilang-kilang arak, konsert-konsert nyanyian yang meruntuhkan akhlak, aktiviti khurafat para bomoh yang dilakukan secara terbuka, pertandingan ratu cantik, gengstarisme, jenayah ragut, rogol, penculikan dan lain-lain, masih terbiar dan ada yang sengaja dibiarkan!
Nampaknya sekarang ini mengatakan “sistem demokrasi gagal” telah menjadi satu jenayah di Malaysia! Dan lebih buruk, menyatakan Khilafah sebagai satu-satunya solusi bagi umat Islam, juga merupakan satu jenayah! 

Walhal lisan mulia Rasulullah (saw) telah menjelaskan bahawa pemimpin bagi umat Islam ialah Khalifah dan negara bagi umat Islam ialah Khilafah, yang dengan izin Allah (swt) akan kembali menaungi dunia tidak lama lagi, setelah berakhirnya zaman kediktatoran sekarang. Menyampaikan apa yang telah disampaikan melalui lisan mulia Rasulullah (saw) kini telah dijadikan oleh PDRM dan kerajaan Malaysia sebagai satu jenayah!
Wahai mereka yang memiliki kekuasaan! Ketahuilah bahawa Hizbut Tahrir tidak akan berhenti daripada menyatakan bahawa sistem demokrasi merupakan sebuah sistem kufur lagi gagal, yang datangnya dari Barat dan haram untuk umat Islam mengambilnya, menerapkannya dan menyebarluaskannya. 

Ketahuilah bahawa Hizbut Tahrir tidak akan berhenti daripada menyampaikan Islam dan menyerukan serta berusaha menegakkan Khilafah kerana Khilafah merupakan satu-satunya solusi untuk umat Islam bagi menggantikan sistem kufur demokrasi yang rosak lagi merosakkan yang berasal dari Barat ini.
Wahai mereka yang memiliki kekuasaan! Anda boleh menangkap berapa ramai anggota Hizbut Tahrir sekalipun, tetapi anda sekali-kali tidak akan dapat menghentikan usaha dakwah ini, apatah lagi untuk menyekat kembalinya Khilafah ala minhaj nubuwwah yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir, yang telah dijanjikan oleh Rasulullah (saw). 

Ingatlah bahawa anda boleh memilih untuk menghalang usaha dakwah Hizbut Tahrir dan terus hidup menderita dan terhina di bawah sistem demokrasi yang kufur lagi gagal ini, atau memilih untuk memberi sokongan kepada Hizbut Tahrir dan hidup mulia di bawah Negara Khilafah yang dengan izin Allah (swt) akan berdiri tidak lama lagi. 

Kami mengingatkan anda kerana ketika ini (di dunia), anda masih boleh membuat pilihan, namun di akhirat kelak, yang ada hanyalah penyesalan yang tidak terhingga bagi orang yang lalai daripada peringatan.
﴿ وَتَرَى الظَّالِمِينَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ يَقُولُونَ هَلْ إِلَىٰ مَرَدٍّ مِنْ سَبِيلٍ
 Dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim ketika mereka melihat azab berkata, ‘Adakah kiranya jalan untuk kembali (ke dunia)? [Al-Shura (42):44]
﴿ وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ
 Dan mereka berkata ‘Sekiranya kami (dahulu) mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu), nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala [Al-Mulk (67):10]
Akhir kalam, bebaskanlah segera kesemua anggota kami yang anda tahan, semoga di akhirat kelak Allah akan membebaskan anda daripada azabNya yang tidak terperi.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Ahad, 13 Jamadil Akhir 1438 H
12/03/2017 M
Ruj: HTM/PR/05/1438

Press Release
Is Delivering the Truthful Message that “Democracy is a Failed System, Khilafah is the only Solution” a Crime?


Nine members of Hizb ut Tahrir / Malaysia (HTM) have been detained by the police during a car convoy around Muar, Johor yesterday (11/03/2017). They were detained at the Muar Police Headquarters along with their six cars plastered with stickers that read “Democracy is a Failed System, Khilafah is the only Solution”. The convoy was organized by Hizb ut Tahrir in an effort to remind the Muslims of the destruction of the Khilafah (Caliphate) 93 years ago, that took place on 3rd of March 1924. 

The convoy was also meant to express the fact that the democratic system practiced in Malaysia in specific and in the Muslim world in general, ever since the destruction of Khilafah, has failed and the only solution to all the Ummah’s problems is the re-establishment of Khilafah, by which Al-Quran and As-Sunnah will be implemented as our way of life in all aspects.
The arrested nine have been locked up overnight before taken to the Magistrate court today for a remand order. The court gave a four-day remand on them starting from today (12/03/2017). 

The lawyer’s attempt to see them was denied by the police. It is learnt that they were detained under Section 4 (1) of the Sedition Act 1948, Section 505 of the Penal Code, Section 50 (3) of the Societies Act 1966 and also under the Printing Presses and Publications Act 1984. 

The arrest came after four members of HTM were charged at the Hulu Langat Shariah Court recently under the offence of insulting the religious authorities in Selangor for acting contrary to the fatwa that had banned Hizb ut Tahrir. Earlier, the Malaysian Communications and Multimedia Commissions had imposed a legal restriction on the website of HTM and all websites of Hizb ut Tahrir all over the world.
This is the “freedom of speech” practiced and exalted under the democratic system in Malaysia! Voices to restore the Islamic Khilafah are vigorously blocked, while voices calling for secularism, liberalism, pluralism, LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender), including voices insulting the Islamic laws by certain groups, are ignored! 

Islamic activities carried out by Hizb ut Tahrir have been heavily constrained and prevented in numerous ways, while crimes and vice activities such as bribery and corruption within the leadership of the country, the existence of gambling centres, liquor factories, immoral concerts, superstitious activities conducted openly by shamans, beauty pageants, gangsterism, snatch theft, rape, kidnapping and others, are still unattended to and some are even intentionally ignored!
It seems now that expressing “democracy is a failed system” has become a crime in Malaysia! And worse, expressing that the Khilafah State is the only solution for Muslims, is also a crime! This is despite the fact that the noble tongue of the Prophet (saw) has explained clearly that the leader of the Muslims is the Khalifah and that the State for the Muslims is the Khilafah, which shall soon be re-established to shade the world after the end of today’s dictatorship era. Uttering what had been uttered by Rasulullah (saw) has now been made a crime by the police and the government!
O those who hold the power! Know that Hizb ut Tahrir will continue to voice out that democracy is a Kufr and failed system originating from the West and it is haram (forbidden) for Muslims to take it, implement it and spread it. Know that Hizb ut Tahrir will never stop calling for Islam and Khilafah, in our noble effort to realize its establishment, because Khilafah is the only Islamic system to replace the Kufr and flawed democratic system.
O those who hold the power! You can detain as many members of Hizb ut Tahrir as you wish, but you can never stop the da’wah of Hizb ut Tahrir, let alone to halt the return of the Khilafah upon the method of the Prophethood that Hizb ut Tahrir is working on and that which has been promised by the Prophet (saw). 

Do take heed that you can choose to continuously prevent our da’wah and to continue living in misery and humiliation under this failed democratic system, or choose to support us and live with pride and dignity under the Khilafah State which shall soon be re-established by the will of Allah (swt). 

We remind you now because now (in this world), you can still make a choice, whereas in the Hereafter, there will only be infinite regret for those who turn away from the reminder.
﴿وَتَرَى الظَّالِمِينَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ يَقُولُونَ هَلْ إِلَىٰ مَرَدٍّ مِنْ سَبِيلٍ
And you will see the wrongdoers, when they behold the torment, they will say ‘Is there any way of return? [Ash-Shura: 44]
﴿وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ
And they will say, ‘Had we but listened or used our intelligence, we would not have been among the dwellers of the blazing Fire.” [Al-Mulk:10]
Finally, do release all our members in your detention, so that in the Hereafter Allah may release you from His severe torment.
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia
12/03/2017 CE
Sunday, 13th Jumada II 1438 AH
Ref: HTM/PR/05/1438

Baca juga:

  1. Kenyataan Media: Rohingya: Ketidakberperikemanusiaan Pemerintah dan Keperluan Mendesak Terhadap Khilafah
  2. Kenyataan Media
  3. Kenyataan Media : Umat Islam Memerlukan Penerapan Syariah Secara Kaffah Di Bawah Khilafah, Bukannya RUU 355!
  4. Demokrasi haram diamalkan kerana ia adalah sebuah sistem bukan proses melantik pemimpin