CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Friday 31 May 2013

BRITAIN akan berubah jadi NEGARA ISLAM??


Islam Dijangka ‘Tawan’ Britain - Daily Mail

Foto 
MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain. Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian. 

Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan. Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan. Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang. 

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang. Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi. 

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang. Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun. 

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail

Tuesday 28 May 2013

ROBITAH WASILAH 5



Antara rabitah dan wasilah yang benar itu seperti kisah Nabi Allah Yusof ‘alaihissalam dengan Siti Zulaikha yang mana Nabi Yusof ‘alaihissalam hampir-hampir tergoda dengan telatah dan godaan Siti Zulaikha ke atas dirinya. Maka di saat itulah ALLAH memperlihatkan rupa ayahandanya Nabi Allah Yaakob a.s kepada baginda. Maka ketika itu juga baginda terus lari dari godaan Siti Zulaikha dan Siti Zulaikha pula mengejar baginda dari arah belakang lalu memegang bajunya hingga baju baginda terkoyak.

Sebagai membuktikan kebenaran baginda ALLAH memerintahkan seorang kanak-kanak kecil yang sedang berada di dalam buaian bercakap dengan lidah yang fasih sebagai saksi yang memihak kepada Baginda nabi Allah Yusof a.s.

Maka rabitah dan wasilah yang sesat lagi menyesatkan adalah sebagaimana Musa As Samiri (Dajjal) laknatullah mengajar kepada pengikut-pengikut Nabi Allah Musa a.s sepeninggalan baginda pergi bermunajat di Bukit Tursina bagi menerima kitab Taurat. Musa As Samiri mengajar umat Nabi Allah Musa a.s menempa patung anak lembu daripada emas yang mereka rampas daripada orang qibti Mesir semasa mereka dihalau dan diburu oleh Fir’aun dan bala tenteranya.

Musa As samiri menghidupkan anak lembu itu dengan mencampurkan tanah bekas tapak kaki kuda Jibrail a.s kedalam emas yang ditempa itu. Setelah patung anak lembu itu hidup dan boleh bercakap-cakap maka Dajjal mengarahkan umat Nabi Allah Musa a.s mengadakan upacara pemujaan diluar batas syariat nabi Allah Musa a.s. sebagai memperhambakan diri dan menghormati mengikut selera hawa nafsu yang jahat dalam keadaan khayal, syak, dzon dan waham. 

Maka rabitah dan wasilah yang seumpama inilah yang diharamkan oleh seluruh ulama’-ulama’ islam ke atas orang-orang islam melakukan akan dia sepanjang zaman kerana menerjunkan diri seseorang murid itu kedalam kufur dan maksiat yang lebih mendalam.

Adapun Rabitah di atas nama tabarruk dan taqarrub seperti yang berlaku ke atas Nabi Allah yusof a.s maka ia diharuskan keatas mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada ulama’-ulama’ muhaqqiqin dan melatih diri dengan ilmu dan amal itu untuk keluar daripada dosa besar dan kecil menuju kepada baik, paling baik, agong baik dan maha baik dengan ijma’ seluruh ulama’ islam yang muhaqqiqin. 

Ulama’-ulama’ islam yang menolak rabitah dan wasilah di atas makna tabarruk dan taqarrub itu ialah orang-orang yang nakal yang masih berada di atas sifat-sifat mazmumah walaupun mempunyai sijil-sijil kelulusan (Ba, Ma & PhD) kedudukan pangkat dan banyak ilmu dan amal dan diharap mereka akan menjadi seperti Imam Ahmad Ibnu Hanbal dan Imam Al ghazali dan mereka yang seumpama dengannya

Orang-orang yang menerima Ilmu daripada rasul khasnya di zaman Nabi Muhammad S.A.W. berpecah kepada beberapa kelompok atau kumpulan antaranya:-

9.1 Kumpulan yang betul-betul menerima ilmu dan amal itu serta bersungguh-sungguh melatih diri zahir dan bathin dengan ilmu dan amal itu menuju kepada terpelihara dosa sepenuhnya serta istiqomah diatasnya selama-lamanya. Kelompok inilah yang menjadi pewaris kepada sekalian nabi-nabi dan rasul-rasul dalam ilmu dan amal dan menjadi uswatun hasanah pada zamannya. 

Contohnya Abu Bakar, Omar, Othman, Ali r.a dan baki daripada 10 sahabat dijamin syurga dan mereka yang lainnya yang seumpama mereka itu pada zahir dan bathin sepanjang zaman selagi tidak berlaku qiamah.

Mafhum Firman Allah :-

“ Dia (Allah) yang mengutus RasulNya dengan (membawa) petunjuk yang lurus dan agama yang (benar yang datang dari sisi hadzratNya) supaya jadilah agama Islam itu meninggi dan menang mutlak di atas semua agama yang lain ( kerana agama yang lain itu ciptaan manusia yang menjadi penganjur dan pelopornya sahaja, yang tidak ada padanya mukjizat) dan cukuplah Allah sahaja yang menjadi saksi .

Muhammad itu pesuruh Allah, orang2(mukmin) yang bersama dengan dia sangat keras tindakannya terhadap orang2 kafir dan sangat mesra kasih saying sesama mereka (mukminin/at) Engkau lihat mereka itu sentiasa ruku’, sujud dan semata-mata mengharapkan kurnia daripada Allah dan Keredhoannya sahaja. Mereka itu dapat dikenal pasti kerana ada pada diri mereka itu tanda sujud kepada Allah. ( zahir atau nyata cahaya keimanan, keselamatan dan keehsanan yang terang benderang pada diri mereka itu.) (Surah al fat-h ayat 28-29)

Kalau di zaman Rasulullah s.a.w puak-puak ini dapat dikenal pasti sebagai orang-orang yang paling kehadapan menolong Allah dan rasulNya dan agamaNya ialah mereka yang membentengkan diri mereka sendiri menangkis serangan-serangan musuh seperti yang berlaku di dalam peperangan Uhud. Mereka juga orang-orang yang pertama mengambil Bai’atul ridzuan di Hudaibiah daripada Rasulullah s.a.w.

Mereka juga orang-orang yang membariskan diri di dalam peperangan Hunain bersama Rasulullah s.a.w setelah jemaah tentera Islam yang banyak melarikan diri meninggalakan Rasulullah s.a.w kerana gerun dengan serangan bala tentera ahzab. Di dalam peperangan itu Allah memberi kemenangan total (mutlak) kepada Rasulullah s.a.w dan orang-orang mukmin. Orang yang seumpama tersebut memang wujud disepanjang zaman selagi tidak berlaku kiamat. Tetapi didalam sesuatu keadaan tertentu mungkin mereka ini menyembunyikan diri.

AIR KELAPA MUDA...Ubat DARAH TINGGI


UBAT DARAH TINGGI ORI DARI TANAH MELAYU


Hari ini Yong nak cerita keluar dari politik.

Yong kenal seorang pakcik di Sungai Manik. Boleh dikatakan 1Sungai Manik kenal pakcik ni. Namanya Mohd Salleh. Tapi orang kampung kenal dia sebagai Pak Salleh Kudung. Kenapa begitu? Sebab tangan kirinya kudung ketika berlawan dengan kominis. Pakcik ini boleh dikatakan "unsung heroes" juga kerana terlibat dalam Perang Parang Panjang Sungai Manik menentang kominis tu.

ALLAHYARHAM PAK SALLEH

Okay. Yong bukan nak cerita bab Perang Parang Panjang Sungai Manik. Tapi Yong nak berkisah kehidupan Pakcik ni.

Pakcik Salleh telah meninggal dunia pada tahun 2004 ketika usianya 102 tahun. Dia meninggal kerana sakit tua. Tapi, sampai ke akhir hayatnya pakcik Salleh tak nyanyuk. Pada usia 90 tahun Pakcik Salleh masih menunggang motorsikal untuk pergi ke kedai. Ya, dia menunggang motorsikal walaupun hanya ada sebelah tangan.

Apa yang menarik pada pakcik ini ialah cara hidup dia menjaga kesihatan.

Satu hari Pakcik Salleh pergi ke klinik kerajaan kerana kurang sihat. Doktor mendapati Pakcik Salleh ada hypertension. Hehehe…darah tinggi ler. Tapi takle serius sangat. Walau bagaimanapun disebabkan usianya dah tua (dalam 90an), doktor beri dia ubat darah tinggi dan minta Pakcik Salleh datang lagi untuk checkup.

Apa Pakcik Salleh buat?

Dia tahu apa itu penyakit darah tinggi. Tapi dia buang ubat darah tinggi itu.

Dia amalkan minun air ini sahaja.

KELAPA MUDA

Sebelum jumpa doktor dia pastikan minum air kelapa muda dulu. Bacaan di sphygmomanometerpun okay. Doktor pun tak bagi lagi ubat darah tinggi, tapi sentiasa pantau kesihatannya kerana usianya yang tua.

Apa ada pada air kelapa?

Air kelapa yang jadi minuman kegemaran komer itu terdapat di negara kita - Kepulauan Melayu. Pokok kelapa takde di England atau kawasan yang ada salji atau padang pasir. Maknanya Allah bagi kita pokok ini untuk kita mencari khasiatnya.

Kesan yang diperolehi daripada air kelapa ialah kesegaran, kerana air kelapa mengandungi elektrolit semula jadi yang sangat baik untuk menggantikan kehilangan cecair badan (body fluid/moisture).

Air kelapa terdiri daripada air (94 peratus) dan rendah kalori. Air kelapa juga merupakan sumber vitamin B, kalium, enzim dan asid amino dan memiliki kesan antioksidan badan.

Kajian saintifik mengenai manfaat air kelapa masih agak terhad, tetapi ramai penyelidik berkata, tekanan darah tinggi pesakit tekanan darah yang rutin meminum air kelapa boleh turun sehingga 71 peratus.

Kalium dan kalium dikenali sebagai bermanfaat untuk kesihatan jantung. Oleh itu, minum air kelapa murni (pure) tanpa gula boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Yong tak sarankan komer membuang ubat darah tinggi dari doktor. Tapi cubalah tip ini. Rezeki, ajal dan maut itu kuasa Allah. Tapi, tak salah mencuba kan?

Sunday 26 May 2013

MENGENAL DIRI 2 ..3..dan 4


http://rahsia8.blogspot.com/2012/07/mengenal-diri-dan-allah-4.html


MENGENAL DIRI 2

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Manusia di akhir zaman adalah manusia yang telah banyak membuat kerosakkan di muka bumi, sama ada manusia itu sedar ataupun tidak itu terpulang pada nilaian lembaga akalnya, semua manusia yang waras dan mampu melihat dan menilai keadaan tersebut pasti mengakuinya. 

Namun di sebabkan terlalu banyak suasana tamadun yang batil di perkenalkan dalam kehidupan manusia menyebabkan manusia terlupa untuk menilai keadaan tersebut, lalu manusia melihat keadaan kehidupannya tiada berbeza dengan kehidupan haiwan malah lebih buruk daripada haiwan ternakkan

Di mana-mana kita pergi di seluruh ceruk rantau dunia ini pasti kita dapat melihat manusia sedang di sebukkan oleh dunia, ada yang sedar dan ada pula yang tidak sedar langsung, namun hakikat itu akan di akui apabila umur sudah lanjut dan badan sudah tidak terdaya untuk mengejar tamadun, maka di sinilah datangnya penyesalan yang selalu lambat sampai untuk menyedarkan manusia.

Lalu kadangkala manusia tidak berkesempatan untuk menyesal dan bertaubat serta mencari bekal untuk berjumpa dengan Tuhannya, lalu dalam keadaan apa manusia mahu berjumpa dengan Tuhan? di mana Tuhan yang sepatutnya hendak di cari sedangkan tidak pernah ilmu di tuntut tentangNya

Jika umur masih lagi di panjangkan oleh Tuhan dan ada ikhtiar untuk menjadi hamba Allah yang soleh, itu sudah cukup baik untuk mengenali diri dan Tuhan supaya sifat tidak sedarkan diri selama hidup yang telah di lalui itu tidak berulang, cukuplah jika segala kesedaran membuatkan kita kembali untuk mengenal diri dan Tuhan

Cuba kita fikirkan bagaimana Tuhan telah memasukkan kalamNya di dalam Al Quran ayat satu dari surah Al Insan yang bermaksud "Tidakkah sudah datang dari masa yang telah berlalu yang tidak dapat di sebut-sebut" yang mana pada ketika itu manusia belum lagi di jadikan oleh Tuhan, selepas itu sikap semula jadi yang ada pada Tuhan yang diriNya suka untuk di kenali maka Allah s.w.t menjadikan makhluk yang pertama, iaitu awal makhluk

Ada pandangan yang mengatakan awal makhluk ialah Nur Muhammad, ada pula yang mengatakan Akal, Qalam, Nur dan ada juga yang mengatakan Roh, dan dari pandangan-pandangan ini kita di beritahu selepas mempelajari dan menilai kata maksud, maka kita dapati bahawa awal makhluk ialah HAKIKATUL MUHAMMADIYAH iaitu diri kemanusiaan yang batin yang belum lagi di lengkapkan oleh Allah dengan sifat Qudratnya,Iradatnya dan ilmunya. 

Ia semata-mata DIRI SEBENAR DIRI kemanusiaan, yang mana kemudiannya di kenal sebagai DIRI SEBENAR DIRI, dan diri inilah yang di maksudkan sebagai NAFSAHU iaitu diri yang untuk tangga permulaan bagi mengenal RABBAHU

Adapun diri yang dikatakan NAFSAHU itu ia berkeadaan tidak menyerupai apa juapun dan di kenali juga sebagai SIRULLAH (Rahsia Allah) ia telah di tetapkan oleh Allah sebagai makhluk pertama untuk di kenali walaupun ia bertarap rahsia Allah, dan dia juga di kenali sebagai LA YAKHLUQU bukan YAKHLUQU, di peringkat inilah kita perlu berhati-hati untuk mengenalinya kerana keadaannya yang mirip berkadaan tidak berupa apa jua pun namun dia adalah makhluk, dan setiap makhluk wajib di fikirkan kerana agama ada memberitahu "FIKIRKANLAH TENTANG MAKHLUK ALLAH DAN JANGAN FIKIRKAN TENTANG ZAT ALLAH"

Sekian dulu untuk renungan rengkas dan bertanya kepada orang yang arif

MENGENAL DIRI DAN ALLAH 3

Assalamu'alaikum Wr,Wb
Jika kita imbau sejarah yang terdahulu, bahawa ulamak terdahulu dan sekarang tentu banyak berbezaannya terutama dalam soal ijtihad dan beramal, ini mungkin kerana perkembangan arus tamadun kemanusiaan. 

Ulamak terdahulu banyak membuat penumpuan berfikir tentang masalah akidah dan sekarang banyak membuat penumpuan masalah semasa agama yang menjurus dalam soal tanggungjawab tugas khalifah di bumi, kerana itulah yang awal tugas manusia yang di perintahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia. 

Namun asasnya adalah terletak kepada akidah, jika akidah tidak di fahami maka tugas khalifah akan menjadi sia-sia dan tidak bermakna

Orang zaman dulu membuat penumpuan kepada ilmu akidah berasaskan kepada ilmu sifat 20, yang mana ilmu ini sudah tidak lagi di dengar di mana-mana kerana di katakan membawa kepada kesesatan dan menjurus kepada Jabariyah seratus peratus yang kesan akibatnya boleh menyebabkan manusia lupa kepada tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang sebenar. 

Kesannya akan membawa kepada bumi akan di penuhi oleh cara pentadbiran yang batil, ertinya bumi akan di tadbir oleh orang yang tidak mengambil akidah sebagai asasnya

Adapun ilmu sifat 20 itu di kaji dengan cara yang mendalam, maka kita akan dapat mengesan maksud yang terdapat di dalamnya berbagai-bagai istilah alam kehidupan yang membawa kepada akidah serta tamadun kepada seluruh alam ciptaan Tuhan. 

Ertinya di dalam ilmu itu terkumpulnya asal usul makhluk yang ghaib dan nyata dan istilah perhubungan di antara manusia dan Allah serta alam yang lain kerana itu terdapat istilah Nafsiyah, Salbiyah,Maani dan Maanawiyah serta maksud-maksudnya

Di dalam ilmu ini juga terdapat bab yang menyatakan soal Rububiyah dan Uluhiyah, tidaklah semata-mata Rububiyah sahaja kerana perhubungan di antara Rububiyah dan Uluhiyah adalah dua perkara yang tidak akan berpisah-pisahkan di antara satu dengan yang lainnya, oleh yang demikian ujudlah istilah Istaghna dan Iftiqar. 

Apabila ada istilah tersebut maka ujud pula istilah lazim melazimi, demikian juga dengan istilah kharij dan Zihin dan istilah-istilah yang lain yang membawa kepada puncak maksud kalimah LA ILAHA ILLALLAH DAN MUHAMMADARRASULLULLAH yang membawa kefahaman kepada kita bahawa Allah dan Muhammad itu tidak mungkin bercerai

MENGENAL DIRI DAN ALLAH 4

Assalamu'alaikum Wr,Wb
Mengenal diri dan Allah ini jika dipelajari kepada konsef sifat 20 sebagaimana yang di perkenalkan oleh para ulamak terdahulu maka jika ada yang meminatinya maka bertanyalah kepada yang arif tentang ilmu ini, dan untuk panduan asas apabila telah berjumpa dengan orang yang faham maka kita hendaklah AWAS kerana ada yang tidak begitu arif akan tetapi mengaku sebagai orang yang arif, kita lihat dahulu orang tersebut sama ada ia tidak melakukan sembahyang dan ibadat-ibadat yang lain maka jauhilah mereka itu

Di sini tidak di terangkan maksud sifat 20 itu dengan cara yang ditil, cuma di terangkan saja bab-bab dari ilmu ini dengan cara yang kasar sahaja. Adapun maksud Istaghna dan Iftiqar yang di perkenalkan oleh ulamak ialah

ISTAGHNA itu ialah sifat kaya Allah s.w.t yang mengandungi 11 sifat dan terbahagi pula kepada dua bahagian besar, satu di namakan sifat Jalal, sifat jalal ini mengandungi lima sifat iaitu Wujud, Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis,dan Qiyamuhu binafsih. 

Sifat Jalal ini menunjukkan adanya Tuhan dan adanya hujah-hujah sifat yang membezakan di antara Tuhan dan makhlukNya, ia di kenali juga sebagai sifat ke Agungan Tuhan, sementara sifat Jamal adalah menunjukkan sifat ke Elokkan atau sifat ke indahan Tuhan yang mengandungi sifat Sama'a Bashar, Kalam, Sami'un, Bashirun dan Mutakallimun. 

Sifat ini menunjukkan Dia memilikki sifat mendengar,melihat dan berkata-kata dan lazim kepada sifat tersbut pula yang bertaraf AsmakNya yang membawa kepada maksud Yang Maha Mendengar, Yang maha Melihat dan Yang maha Berkata-kata, sifat ini menunjukkan ujudnya peraturanNya yang di berikanNya kepada manusia

IFTIQAR yang membawa maksud berkehendakkan sekalian yang baharu kepadaNya, istilah ini menunjukkan semua makhluk ciptaanNya wajib mengadu dan memohon kepadaNya sahaja, ini menunjukkan ujud makhluk pada istilah ini, yang kemudiannya di kenali sebagai sifat QAHAR.

Yang terdiri dari sifat kudrat,Iradat,Ilmu dan hayat dan ujud juga sifat Tuhan yang di namakan sifat KAMAL yang menunjukkan sifat Ketuhanan yang mengandungi Qadirun,Maridun,Alimun Hayyun dan Wahdaniyah, disinilah para ulamak menjelaskan bahawa jika mahu mengenal Allah maka kajilah sifat Istaghna dan jika mahu mengenal diri maka kajilah sifat Iftiqar, sesungguhnya semua istilah dan ilmu ini hendaklah di gurui dengan orang yang arif

Firasat Tok Kenali : Golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah


Firasat Tok Kenali : Golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah.


Tok Kenali, adalah seorang tokoh agama dan wali Allah di alam Melayu yang rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi berkaitan dengan ilmu dan kehebatannya . 

Syair karya arwah Tok Kenali seperti dibawah ini jarang jarang sekali kita temui dan baca , antaranya ialah : 

 “Maharaja Daulat Tuanku, umat islam mereka memangku, 
Adam dan Hawa nenek Tuanku, langit dan bumi ia memangku, 
Merah Puteh Bendera Muhammad, Kuning Hijau Auliya’ keramat, 
Kelabu Hitam dicela ummat, jangan menerima umat Muhammad, 
Simbol besi serta keris, 
sekeliannya itu dibinasakan Allah” 

Mengikut sumber syair ini dicetak dalam Risalah Gerak Kilat Menyambar dan Mutiara Di Tengah Mata, tulisan Syaikh Mahmud Nasri Uthmani, Baling Kedah.

Beliau merupakan khadam dan murid kepada Tok Kenali. Untuk makluman korang, risalah tersebut telah diharamkan Pada Hari Isnin 23/8/1976, Hari Isnin 25/10/1976 Dan 10/11/1976 . Sila baca di siniatau di sini  

Walau apa pun, saya ingin mengajak korang sama-sama mengikuti satu kupasan tentang Syair diatas:


Pada baris pertama syair itu ada perkataan atau kalimah “Daulat Tuanku”, kalaulah ini merupakan kalimah syirik seperti yang pernah didakwa oleh sesetengah pihak, takkan Tok Kenali masukkan kedalam syairnya pula, takkan beliau tidak faham akan maksudnya atau tidak tahu akan hakikat kalimah itu!

Siapakah golongan bendera merah puteh itu? Golongan Merah ialah golongan para mujahiddin yang menjaga agama dan berjuang menegakkan agama Allah dengan diri dan darah mereka! 

Contoh mereka yang berjuang dengan cara ini ialah Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Dol Said dan ramai lagi… Golongan Puteh pula ialah puak pondok, puak yang menjaga agama islam dengan kitab, mereka belajar dan mengajar ilmu. Golongan Kuning ialah puak Raja – Raja Melayu, puak yang menjaga agama dalam kesulthanan. 

Mereka juga memikul amanah untuk memastikan Melayu-Islam akan kekal sehingga ke akhir zaman. Golongan Hijau ialah ialah puak Al-Khaidir a.s, puak yang menjaga agama dengan kesaktian. 

Contoh mereka yang berada dalam puak ini ialah Tok Ku Paloh , semua Jundullah atau pendekar sufi. Nabi Khaidir a.s dikatakan pernah sembahyang sebanyak dua kali bersama Tok Ku Paloh, kali pertama Tok Ku Paloh berimamkan Nabi Khaidir a.s , kali kedua Nabi Khaidir a.s hadir sembahyang subuh berimamkan Tok Ku Paloh pula. 

 Kelabu pula ada 2 tafsiran iaitu merujuk kepada fahaman Ibnu Taimiyyah dan satu lagi merujuk kepada Syiah. 

Hitam pula merujuk kepada fahaman golongan wahabi. Kelabu dan hitam ini dicela pegangan dan fahaman mereka oleh Ahli Sunnah Waljamaah. 

Ramai diantara pengikut sebuah parti pembangkang sekarang ini yang berfahaman syiah dan wahabi. 

Simbol besi pula merujuk kepada dacing, alat penimbang yang digunakan oleh satu komponen beberapa parti di negara ini, manakala simbol keris pula digunakan oleh sebuah parti di negara ini.

 Mengikut Firasat dan Kasyaf Tok Kenali kesemua golongan kelabu,hitam dan golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!!

 Lihat dan renunglah sendiri wahai sahabatku sekalian, mutu dan keunggulan semua parti atau golongan diatas sudah semakin merosot kini , malah telah mengalami zaman kejatuhannya.

Para pemimpin mereka asyik mengejar harta dunia, pangkat, malah sudah ada yang sanggup bersekongkol dengan kafir demi kelansungan kuasa mereka.

Atas sebab itulah marilah kita bersatu agar kita termasuk kedalam 3 golongan iaitu golongan Merah atau Puteh atau Hijau manakala golongan Kuning berada dalam kategori nya yang tersendiri dan akan bangkit dengan sendirinya atas sokongan dari 3 golongan lain iaitu; [merah-puteh-hijau] InsyaAllah!!!

Ketepikan soal politik sempit yang menyebabkan perpecahan ummah ! Melayu -islam harus bersatu ! Melayu- islam harus kuat!

Bila tengok seruan akhir kalamnya, 'Melayu Islam harus bersatu' aku dah boleh agak fahaman politik mamat nih!

Tapi aku tak mahu pula nak ulas  mengenai pentafsirannya  di atas itu. Cumanya aku agak tertarik dengan konklusi diakhir yang menyeru :

 “marilah kita bersatu agar kita termasuk kedalam 3 golongan iaitu golongan Merah atau Puteh atau Hijau manakala golongan Kuning berada dalam kategori nya yang tersendiri dan akan bangkit dengan sendirinya atas sokongan dari 3 golongan lain iaitu; [merah-puteh-hijau] InsyaAllah!!!"


Korang kena perhati dengan teliti katanya , Simbol besi pula merujuk kepada dacing, alat penimbang yang digunakan oleh satu komponen beberapa parti di negara ini, manakala simbol keris pula digunakan oleh sebuah parti di negara ini.

Lebih baik  cepat-cepat korang caww dari Umno/BN tu! Kerana dia bagi tau, "golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!!" Subhanallah!

Korang nak tunggu dan fikir apa lagi? Korang tengoklah sendiri ~ Merah, Puteh, Hijau itu ada pada bendera PAS! Korang kena ikut seruan mamat nih! Ayuh apa lagi!

Merah, Puteh, Hijau itu ada pada bendera PAS !Allahu akbar!

Saturday 25 May 2013

Sejarah Singkat Imam Bukhari


Sejarah Singkat Imam Bukhari


 CREDIT TO :http://bukharimuslim.wordpress.com/2012/01/

Kelahiran dan Masa Kecil Imam Bukhari



Imam Bukhari (semoga Allah merahmatinya) lahir di Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah. Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Badrdizbah Al-Ju’fiy Al Bukhari, namun beliau lebih dikenal dengan nama Bukhari. Beliau lahir pada hari Jumat, tepatnya pada tanggal 13 Syawal 194 H (21 Juli 810 M). 

Kakeknya bernama Bardizbeh, turunan Persi yang masih beragama Zoroaster. Tapi orangtuanya, Mughoerah, telah memeluk Islam di bawah asuhan Al-Yaman el-Ja’fiy. Sebenarnya masa kecil Imam Bukhari penuh dengan keprihatinan. Di samping menjadi anak yatim, juga tidak dapat melihat karena buta (tidak lama setelah lahir, beliau kehilangan penglihatannya tersebut). Ibunya senantiasa berusaha dan berdo’a untuk kesembuhan beliau. Alhamdulillah, dengan izin dan karunia Allah, menjelang usia 10 tahun matanya sembuh secara total.

Imam Bukhari adalah ahli hadits yang termasyhur diantara para ahli hadits sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai, dan Ibnu Majah. Bahkan dalam kitab-kitab fiqih dan hadits, hadits-hadits beliau memiliki derajat yang tinggi. Sebagian menyebutnya dengan julukan Amirul Mukminin fil Hadits (Pemimpin kaum mukmin dalam hal Ilmu Hadits). Dalam bidang ini, hampir semua ulama di dunia merujuk kepadanya.

Tempat beliau lahir kini termasuk wilayah Rusia, yang waktu itu memang menjadi pusat kebudayaan ilmu pengetahuan Islam sesudah Madinah, Damaskus dan Bagdad. Daerah itu pula yang telah melahirkan filosof-filosof besar seperti al-Farabi dan Ibnu Sina. 

Bahkan ulama-ulama besar seperti Zamachsari, al-Durdjani, al-Bairuni dan lain-lain, juga dilahirkan di Asia Tengah. Sekalipun daerah tersebut telah jatuh di bawah kekuasaan Uni Sovyet (Rusia), namun menurut Alexandre Benningsen dan Chantal Lemercier Quelquejay dalam bukunya “Islam in the Sivyet Union” (New York, 1967), pemeluk Islamnya masih berjumlah 30 milliun. Jadi merupakan daerah yang pemeluk Islam-nya nomor lima besarnya di dunia setelah Indonesia, Pakistan, India dan Cina.

Keluarga dan Guru Imam Bukhari

Bukhari dididik dalam keluarga ulama yang taat beragama. Dalam kitab As-Siqat, Ibnu Hibban menulis bahwa ayahnya dikenal sebagai orang yang wara’ dalam arti berhati-hati terhadap hal-hal yang hukumnya bersifat syubhat (ragu-ragu), terlebih lebih terhadap hal-hal yang sifatnya haram. Ayahnya adalah seorang ulama bermadzhab Maliki dan merupakan mudir dari Imam Malik, seorang ulama besar dan ahli fikih. Ayahnya wafat ketika Bukhari masih kecil.

Perhatiannya kepada ilmu hadits yang sulit dan rumit itu sudah tumbuh sejak usia 10 tahun, hingga dalam usia 16 tahun beliau sudah hafal dan menguasai buku-buku seperti “al-Mubarak” dan “al-Waki”. Bukhari berguru kepada Syekh Ad-Dakhili, ulama ahli hadits yang masyhur di Bukhara. Pada usia 16 tahun bersama keluarganya, ia mengunjungi kota suci Mekkah dan Madinah, dimana di kedua kota suci itu beliau mengikuti kuliah para guru-guru besar ahli hadits. Pada usia 18 tahun beliau menerbitkan kitab pertamanya “Qudhaya as Shahabah wat Tabi’ien” (Peristiwa-peristiwa Hukum di zaman Sahabat dan Tabi’ien).

Bersama gurunya Syekh Ishaq, beliau menghimpun hadits-hadits shahih dalam satu kitab, dimana dari satu juta hadits yang diriwayatkan oleh 80.000 perawi disaring lagi menjadi 7275 hadits. Diantara guru-guru beliau dalam memperoleh hadits dan ilmu hadits antara lain adalah Ali bin Al Madini, Ahmad bin Hanbali, Yahya bin Ma’in, Muhammad bin Yusuf Al Faryabi, Maki bin Ibrahim Al Bakhi, Muhammad bin Yusuf al Baykandi dan Ibnu Rahwahih. Selain itu ada 289 ahli hadits yang haditsnya dikutip dalam kitab Shahih-nya.

Kejeniusan Imam Bukhari

Bukhari diakui memiliki daya hapal tinggi, yang diakui oleh kakaknya Rasyid bin Ismail. Kakak sang Imam ini menuturkan, pernah Bukhari muda dan beberapa murid lainnya mengikuti kuliah dan ceramah cendekiawan Balkh. Tidak seperti murid lainnya, Bukhari tidak pernah membuat catatan kuliah. Ia sering dicela membuang waktu karena tidak mencatat, namun Bukhari diam tak menjawab. 

Suatu hari, karena merasa kesal terhadap celaan itu, Bukhari meminta kawan-kawannya membawa catatan mereka, kemudian beliau membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan selama dalam kuliah dan ceramah tersebut. Tercenganglah mereka semua, lantaran Bukhari ternyata hafal di luar kepala 15.000 hadits, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.

Ketika sedang berada di Bagdad, Imam Bukhari pernah didatangi oleh 10 orang ahli hadits yang ingin menguji ketinggian ilmu beliau. Dalam pertemuan itu, 10 ulama tersebut mengajukan 100 buah hadits yang sengaja “diputar-balikkan” untuk menguji hafalan Imam Bukhari. Ternyata hasilnya mengagumkan. Imam Bukhari mengulang kembali secara tepat masing-masing hadits yang salah tersebut, lalu mengoreksi kesalahannya, kemudian membacakan hadits yang benarnya. 

Ia menyebutkan seluruh hadits yang salah tersebut di luar kepala, secara urut, sesuai dengan urutan penanya dan urutan hadits yang ditanyakan, kemudian membetulkannya. Inilah yang sangat luar biasa dari sang Imam, karena beliau mampu menghafal hanya dalam waktu satu kali dengar.

Selain terkenal sebagai seorang ahli hadits, Imam Bukhari ternyata tidak melupakan kegiatan lain, yakni olahraga. Ia misalnya sering belajar memanah sampai mahir, sehingga dikatakan sepanjang hidupnya, sang Imam tidak pernah luput dalam memanah kecuali hanya dua kali. Keadaan itu timbul sebagai pengamalan sunnah Rasul yang mendorong dan menganjurkan kaum Muslimin belajar menggunakan anak panah dan alat-alat perang lainnya.

Karya-karya Imam Bukhari

Karyanya yang pertama berjudul “Qudhaya as Shahabah wat Tabi’ien” (Peristiwa-peristiwa Hukum di zaman Sahabat dan Tabi’ien). Kitab ini ditulisnya ketika masih berusia 18 tahun. Ketika menginjak usia 22 tahun, Imam Bukhari menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci bersama-sama dengan ibu dan kakaknya yang bernama Ahmad. Di sanalah beliau menulis kitab “At-Tarikh” (sejarah) yang terkenal itu. Beliau pernah berkata, “Saya menulis buku “At-Tarikh” di atas makam Nabi Muhammad SAW di waktu malam bulan purnama”.

Karya Imam Bukhari lainnya antara lain adalah kitab Al-Jami’ ash Shahih, Al-Adab al Mufrad, At Tharikh as Shaghir, At Tarikh Al Awsat, At Tarikh al Kabir, At Tafsir Al Kabir, Al Musnad al Kabir, Kitab al ‘Ilal, Raf’ul Yadain fis Salah, Birrul Walidain, Kitab Ad Du’afa, Asami As Sahabah dan Al Hibah. Diantara semua karyanya tersebut, yang paling monumental adalah kitab Al-Jami’ as-Shahih yang lebih dikenal dengan nama Shahih Bukhari.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, Imam Bukhari berkata: “Aku bermimpi melihat Rasulullah saw., seolah-olah aku berdiri di hadapannya, sambil memegang kipas yang kupergunakan untuk menjaganya. Kemudian aku tanyakan mimpi itu kepada sebagian ahli ta’bir, ia menjelaskan bahwa aku akan menghancurkan dan mengikis habis kebohongan dari hadits-hadits Rasulullah saw. Mimpi inilah, antara lain, yang mendorongku untuk melahirkan kitab Al-Jami’ As-Sahih.”

Dalam menghimpun hadits-hadits shahih dalam kitabnya tersebut, Imam Bukhari menggunakan kaidah-kaidah penelitian secara ilmiah dan sah yang menyebabkan keshahihan hadits-haditsnya dapat dipertanggungjawabkan. Ia berusaha dengan sungguh-sungguh untuk meneliti dan menyelidiki keadaan para perawi, serta memperoleh secara pasti kesahihan hadits-hadits yang diriwayatkannya.

Imam Bukhari senantiasa membandingkan hadits-hadits yang diriwayatkan, satu dengan lainnya, menyaringnya dan memilih mana yang menurutnya paling shahih. Sehingga kitabnya merupakan batu uji dan penyaring bagi hadits-hadits tersebut. Hal ini tercermin dari perkataannya: “Aku susun kitab Al Jami’ ini yang dipilih dari 600.000 hadits selama 16 tahun.”

Banyak para ahli hadits yang berguru kepadanya, diantaranya adalah Syekh Abu Zahrah, Abu Hatim Tirmidzi, Muhammad Ibn Nasr dan Imam Muslim bin Al Hajjaj (pengarang kitab Shahih Muslim). Imam Muslim menceritakan : “Ketika Muhammad bin Ismail (Imam Bukhari) datang ke Naisabur, aku tidak pernah melihat seorang kepala daerah, para ulama dan penduduk Naisabur yang memberikan sambutan seperti apa yang mereka berikan kepadanya.” 

Mereka menyambut kedatangannya dari luar kota sejauh dua atau tiga marhalah (100 km), sampai-sampai Muhammad bin Yahya Az Zihli (guru Imam Bukhari) berkata : “Barang siapa hendak menyambut kedatangan Muhammad bin Ismail besok pagi, lakukanlah, sebab aku sendiri akan ikut menyambutnya.”

Penelitian Hadits

Untuk mengumpulkan dan menyeleksi hadits shahih, Bukhari menghabiskan waktu selama 16 tahun untuk mengunjungi berbagai kota guna menemui para perawi hadits, mengumpulkan dan menyeleksi haditsnya. Diantara kota-kota yang disinggahinya antara lain Bashrah, Mesir, Hijaz (Mekkah, Madinah), Kufah, Baghdad sampai ke Asia Barat. Di Baghdad, Bukhari sering bertemu dan berdiskusi dengan ulama besar Imam Ahmad bin Hanbali. Dari sejumlah kota-kota itu, ia bertemu dengan 80.000 perawi. Dari merekalah beliau mengumpulkan dan menghafal satu juta hadits.

Namun tidak semua hadits yang ia hapal kemudian diriwayatkan, melainkan terlebih dahulu diseleksi dengan seleksi yang sangat ketat, diantaranya apakah sanad (riwayat) dari hadits tersebut bersambung dan apakah perawi (periwayat / pembawa) hadits itu terpercaya dan tsiqqah (kuat). Menurut Ibnu Hajar Al Asqalani, akhirnya Bukhari menuliskan sebanyak 9082 hadis dalam karya monumentalnya Al Jami’ as-Shahih yang dikenal sebagai Shahih Bukhari.

Dalam meneliti dan menyeleksi hadits dan diskusi dengan para perawi tersebut, Imam Bukhari sangat sopan. Kritik-kritik yang ia lontarkan kepada para perawi juga cukup halus namun tajam. Kepada para perawi yang sudah jelas kebohongannya ia berkata, “perlu dipertimbangkan, para ulama meninggalkannya atau para ulama berdiam dari hal itu” sementara kepada para perawi yang haditsnya tidak jelas ia menyatakan “Haditsnya diingkari”. Bahkan banyak meninggalkan perawi yang diragukan kejujurannya. 

Beliau berkata “Saya meninggalkan 10.000 hadits yang diriwayatkan oleh perawi yang perlu dipertimbangkan dan meninggalkan hadits-hadits dengan jumlah yang sama atau lebih, yang diriwayatan oleh perawi yang dalam pandanganku perlu dipertimbangkan”.

Banyak para ulama atau perawi yang ditemui sehingga Bukhari banyak mencatat jati diri dan sikap mereka secara teliti dan akurat. Untuk mendapatkan keterangan yang lengkap mengenai sebuah hadits, mencek keakuratan sebuah hadits ia berkali-kali mendatangi ulama atau perawi meskipun berada di kota-kota atau negeri yang jauh seperti Baghdad, Kufah, Mesir, Syam, Hijaz seperti yang dikatakan beliau “Saya telah mengunjungi Syam, Mesir dan Jazirah masing-masing dua kali, ke Basrah empat kali menetap di Hijaz selama enam tahun dan tidak dapat dihitung berapa kali saya mengunjungi Kufah dan Baghdad untuk menemui ulama-ulama ahli hadits.”

Disela-sela kesibukannya sebagai sebagai ulama, pakar hadits, ia juga dikenal sebagai ulama dan ahli fiqih, bahkan tidak lupa dengan kegiatan kegiatan olahraga dan rekreatif seperti belajar memanah sampai mahir, bahkan menurut suatu riwayat, Imam Bukhari tidak pernah luput memanah kecuali dua kali.

Metode Imam Bukhari dalam Menulis Kitab Hadits

Sebagai intelektual muslim yang berdisiplin tinggi, Imam Bukhari dikenal sebagai pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadits, tapi juga ilmu-ilmu lain, seperti tafsir, fikih, dan tarikh. Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan umat sehingga ia menduduki derajat sebagai mujtahid mustaqil (ulama yang ijtihadnya independen), tidak terikat pada mazhab tertentu, sehingga mempunyai otoritas tersendiri dalam berpendapat dalam hal hukum.

Pendapat-pendapatnya terkadang sejalan dengan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi, pendiri mazhab Hanafi), tetapi terkadang bisa berbeda dengan beliau. Sebagai pemikir bebas yang menguasai ribuan hadits shahih, suatu saat beliau bisa sejalan dengan Ibnu Abbas, Atha ataupun Mujahid dan bisa juga berbeda pendapat dengan mereka.

Diantara puluhan kitabnya, yang paling masyhur ialah kumpulan hadits shahih yang berjudul Al-Jami’ as-Shahih, yang belakangan lebih populer dengan sebutan Shahih Bukhari. Ada kisah unik tentang penyusunan kitab ini. Suatu malam Imam Bukhari bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw., seolah-olah Nabi Muhammad saw. berdiri dihadapannya. Imam Bukhari lalu menanyakan makna mimpi itu kepada ahli mimpi. Jawabannya adalah beliau (Imam Bukhari) akan menghancurkan dan mengikis habis kebohongan yang disertakan orang dalam sejumlah hadits Rasulullah saw. Mimpi inilah, antara lain yang mendorong beliau untuk menulis kitab “Al-Jami ‘as-Shahih”.

Dalam menyusun kitab tersebut, Imam Bukhari sangat berhati-hati. Menurut Al-Firbari, salah seorang muridnya, ia mendengar Imam Bukhari berkata. “Saya susun kitab Al-Jami’ as-Shahih ini di Masjidil Haram, Mekkah dan saya tidak mencantumkan sebuah hadits pun kecuali sesudah shalat istikharah dua rakaat memohon pertolongan kepada Allah, dan sesudah meyakini betul bahwa hadits itu benar-benar shahih”. Di Masjidil Haram-lah ia menyusun dasar pemikiran dan bab-babnya secara sistematis.

Setelah itu ia menulis mukaddimah dan pokok pokok bahasannya di Rawdah Al-Jannah, sebuah tempat antara makam Rasulullah dan mimbar di Masjid Nabawi di Madinah. Barulah setelah itu ia mengumpulkan sejumlah hadits dan menempatkannya dalam bab-bab yang sesuai. Proses penyusunan kitab ini dilakukan di dua kota suci tersebut dengan cermat dan tekun selama 16 tahun. Ia menggunakan kaidah penelitian secara ilmiah dan cukup modern sehingga hadits haditsnya dapat dipertanggung-jawabkan.

Dengan bersungguh-sungguh ia meneliti dan menyelidiki kredibilitas para perawi sehingga benar-benar memperoleh kepastian akan keshahihan hadits yang diriwayatkan. Ia juga selalu membandingkan hadits satu dengan yang lainnya, memilih dan menyaring, mana yang menurut pertimbangannya secara nalar paling shahih. Dengan demikian, kitab hadits susunan Imam Bukhari benar-benar menjadi batu uji dan penyaring bagi sejumlah hadits lainnya. “Saya tidak memuat sebuah hadits pun dalam kitab ini kecuali hadits-hadits shahih”, katanya suatu saat.

Di belakang hari, para ulama hadits menyatakan, dalam menyusun kitab Al-Jami’ as-Shahih, Imam Bukhari selalu berpegang teguh pada tingkat keshahihan paling tinggi dan tidak akan turun dari tingkat tersebut, kecuali terhadap beberapa hadits yang bukan merupakan materi pokok dari sebuah bab.

Menurut Ibnu Shalah, dalam kitab Muqaddimah, kitab Shahih Bukhari itu memuat 7275 hadits. Selain itu ada hadits-hadits yang dimuat secara berulang, dan ada 4000 hadits yang dimuat secara utuh tanpa pengulangan. Penghitungan itu juga dilakukan oleh Syekh Muhyiddin An Nawawi dalam kitab At-Taqrib. 

Dalam hal itu, Ibnu Hajar Al-Atsqalani dalam kata pendahuluannya untuk kitab Fathul Bari (yakni syarah atau penjelasan atas kitab Shahih Bukhari) menulis, semua hadits shahih yang dimuat dalam Shahih Bukhari (setelah dikurangi dengan hadits yang dimuat secara berulang) sebanyak 2.602 buah. Sedangkan hadits yang mu’allaq (ada kaitan satu dengan yang lain, bersambung) namun marfu (diragukan) ada 159 buah. 

Adapun jumlah semua hadits shahih termasuk yang dimuat berulang sebanyak 7397 buah. Perhitungan berbeda diantara para ahli hadits tersebut dalam mengomentari kitab Shahih Bukhari semata-mata karena perbedaan pandangan mereka dalam ilmu hadits.

Terjadinya Fitnah

Muhammad bin Yahya Az-Zihli berpesan kepada para penduduk agar menghadiri dan mengikuti pengajian yang diberikannya. Ia berkata: “Pergilah kalian kepada orang alim dan saleh itu, ikuti dan dengarkan pengajiannya.” Namun tak lama kemudian ia mendapat fitnah dari orang-orang yang dengki. Mereka menuduh sang Imam sebagai orang yang berpendapat bahwa “Al-Qur’an adalah makhluk”.

Hal inilah yang menimbulkan kebencian dan kemarahan gurunya, Az-Zihli kepadanya. Kata Az-Zihli : “Barang siapa berpendapat bahwa lafadz-lafadz Al-Qur’an adalah makhluk, maka ia adalah ahli bid’ah. Ia tidak boleh diajak bicara dan majelisnya tidak boleh didatangi. Dan barang siapa masih mengunjungi majelisnya, curigailah dia.” Setelah adanya ultimatum tersebut, orang-orang mulai menjauhinya.

Sebenarnya, Imam Bukhari terlepas dari fitnah yang dituduhkan kepadanya itu. Diceritakan, seseorang berdiri dan mengajukan pertanyaan kepadanya: “Bagaimana pendapat Anda tentang lafadz-lafadz Al-Qur’an, makhluk ataukah bukan?” Bukhari berpaling dari orang itu dan tidak mau menjawab kendati pertanyaan itu diajukan sampai tiga kali.

Tetapi orang itu terus mendesak. Ia pun menjawab: “Al-Qur’an adalah kalam Allah, bukan makhluk, sedangkan perbuatan manusia adalah makhluk dan fitnah merupakan bid’ah.” Pendapat yang dikemukakan Imam Bukhari ini, yakni dengan membedakan antara yang dibaca dengan bacaan, adalah pendapat yang menjadi pegangan para ulama ahli tahqiq (pengambil kebijakan) dan ulama salaf. Tetapi dengki dan iri adalah buta dan tuli. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa Bukhari pernah berkata : “Iman adalah perkataan dan perbuatan, bisa bertambah dan bisa berkurang. 

Al-Quran adalah kalam Allah, bukan makhluk. Sahabat Rasulullah SAW, yang paling utama adalah Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali. Dengan berpegang pada keimanan inilah aku hidup, aku mati dan dibangkitkan di akhirat kelak, insya Allah.” Di lain kesempatan, ia berkata: “Barang siapa menuduhku berpendapat bahwa lafadz-lafadz Al-Qur’an adalah makhluk, ia adalah pendusta.”

Wafatnya Imam Bukhari

Suatu ketika penduduk Samarkand mengirim surat kepada Imam Bukhari. Isinya, meminta dirinya agar menetap di negeri itu (Samarkand). Ia pun pergi memenuhi permohonan mereka. Ketika perjalanannya sampai di Khartand, sebuah desa kecil terletak dua farsakh (sekitar 10 Km) sebelum Samarkand, ia singgah terlebih dahulu untuk mengunjungi beberapa familinya. Namun disana beliau jatuh sakit selama beberapa hari. 

Dan Akhirnya meninggal pada tanggal 31 Agustus 870 M (256 H) pada malam Idul Fitri dalam usia 62 tahun kurang 13 hari. Beliau dimakamkan selepas Shalat Dzuhur pada Hari Raya Idul Fitri. Sebelum meninggal dunia, ia berpesan bahwa jika meninggal nanti jenazahnya agar dikafani tiga helai kain, tanpa baju dalam dan tidak memakai sorban. Pesan itu dilaksanakan dengan baik oleh masyarakat setempat. Beliau meninggal tanpa meninggalkan seorang anakpun.

Saturday 11 May 2013

Islam lebih tinggi daripada bangsa


ISLAM LEBIH TINGGI DARIPADA BANGSA.

Tetapi ingatlah bahawa Islam itu dipertahankan di muka bumi oleh majoriti sesuatu bangsa manusia yang menganuti agama Allah.




AKIBAT daripada usaha demotivate [rujuk arkib Umat Terakhir di laman Abatasa di link:http://abatasa2.blogspot.com/2011/10/mind-game-demotivate.html] yang digerakkan oleh sebilangan pemimpin politik untuk menghakis semangat kebangsaan Melayu - demi mencapai cita-cita politik - kelompok orang Melayu yang mengikuti jalan politik itu akhirnya mengalami konflik jati diri.

Mungkin istilah konflik jati diri itu kurang tepat untuk menggambarkan situasi ini, namun orang-orang Melayu yang mengikut jalan politik itu kelihatan tidak terdetik rasa bangga dan kecintaan terhadap perjuangan bangsa mereka sendiri yang tidak pernah letih berjuang demi agama yang dijadikan kompas kehidupan.

Islam hadir ke bumi Melayu pada ketika negeri-negeri Melayu berada di ambang kegemilangan perdagangan dunia. Sejak raja-raja Melayu menerima Islam sebagai ad-deen, orang-orang Melayu sentiasa berjuang demi agama mereka sehingga melangkau ke beberapa generasi seterusnya. Selama beratus tahun sejak sebelum zaman imperial, orang Melayu yang majoriti di bumi Malaysia moden sangat setia mempertahankan Islam.

Islam tidak mensyaratkan bangsa bagi para penganutnya kerana agama wahyu yang terakhir itu bersifat universal. Namun, bangsa-bangsa manusia secara kolektif melibatkan bilangan majoriti penganut yang menganut agama itulah yang bertindak mempertahankan agama Islam.

Memang Islam tidak mensyaratkan bangsa bagi penganutnya, tetapi bangsa-bangsa manusialah yang bertindak mempertahankan agama itu. Ia kerana Allah menciptakan manusia berlainan bangsa, dan, bangsa-bangsa yang menganut agama itulah yang wajib mempertahankan agama-Nya.

Di rantau Timur Tengah atau Asia Barat, orang Arab menjadi bangsa majoriti yang mempertahankan Islam meskipun ada sebilangan Arab yang menganut Nasrani. Terasnya ialah orang Arab mempertahankan Islam di rantau sebelah sana. Maka, survival bangsa Arab yang beragama Islam dari segi maruah mereka, ekonomi, politik dan sosial harus dipertahankan oleh orang Arab sendiri.

Manakala di rantau sebelah sini, orang Melayu (induk bangsa di Asia Tenggara) menjadi bangsa majoriti yang menganut dan mempertahankan Islam. Maka, survival orang Melayu beragama Islam dalam segala aspek termasuk maruah, politik, ekonomi dan sosio-kehidupan juga harus dipertahankan oleh orang Melayu sendiri.

Bangsa-bangsa manusia sentiasa meletakkan maruah di tempat pertama, melibatkan maruah agama dan maruah bangsa, maruah itulah yang wajar dipertahankan supaya tidak dipandang hina dan supaya tidak mudah dihina sewenang-wenangnya. Dalam sejarah manusia, siri peperangan dalam tamadun-tamadun besar selalunya berpunca daripada rasa tercabar maruah mereka oleh sesuatu bangsa. Tamadun-tamadun besar itu akan melancarkan perang apabila maruah dan kedaulatan mereka diperlekehkan atau tidak dihormati oleh tamadun lain.

Kalau disingkap sejarah Perang Salib, bangsa Eropah memasuki Palestin dan menyembelih orang Arab Palestin yang beragama Islam. Laskar-laskar Eropah bertindak sedemikian selepas seorang pembesar agama Nasrani (ulama Nasrani) mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa orang Arab adalah seperti ‘roh yang tersesat’ (lost souls) yang tercari-cari erti ketuhanan Jesus. 

Akibat daripada fatwa itu, laskar-laskar Eropah memburu semua orang Arab di Palestin dan sekitar Jerusalem untuk dibunuh, ia kerana langkah berkesan untuk mencari orang Islam ialah mereka harus mencari orang Arab terlebih dahulu kerana majoriti orang Arab adalah Muslim. Di rantau sebelah sana, orang Arab adalah majoriti bangsa yang menganut dan mempertahankan Islam, maka mereka dicari untuk dibunuh pada ketika era Perang Salib.

Akibat daripada itu, tentera Arab beragama Islam (majoriti adalah tentera Arab, ada juga tentera Islam dari lain-lain bangsa) pimpinan Salahuddin al-Ayoubi melancarkan serangan balas demi mempertahankan agama yang dianuti oleh majoriti bangsa mereka di rantau sebelah sana. Andai hilang bangsa Arab di rantau sana, maka lemahlah Islam di rantau itu. Maruah bangsa itu diangkat semula oleh Salahuddin demi survival agama Islam.

Di rantau sebelah sini pula, hanya orang Melayu (bersama sub-sub bangsanya: Bugis, Jawa, Palembang dan sebagainya) yang mempertahankan Islam, jika semangat orang Melayu dilemahkan dalam kewajipan mempertahankan maruah mereka, maka tiada bangsa lain yang akan menolong mengembalikan maruah orang Melayu.

Andai maruah itu dipermain-mainkan oleh orang Melayu sendiri di halaman rumah mereka sendiri, maka tiada bangsa lain yang akan menolong mempertahankan maruah mereka. Jangan harap ada bangsa lain yang akan membantu kita untuk mempertahankan maruah kita. Jangan harap.

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.

 Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)

Allah berkata dengan jelas bahawa Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah diri mereka sendiri. Allah juga berkata dengan jelas bahawa Dia akan mendatangkan bencana kepada mereka andai melakukan kesalahan terhadap diri mereka sendiri. Jadi, apakah kesalahan yang sedang orang Melayu lakukan kepada diri mereka sendiri?

Antara kesalahan itu ialah tidak berusaha mengubah nasib, maruah agama dan maruah bangsa ke arah yang lebih tinggi selari dengan tuntutan agama-Nya. Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu berubah jika mahu berjaya di jalan-Nya. Itu perintah.

Kalau orang Melayu bertindak mempertahankan Islam di rantau ini, maka taatilah perintah itu. Bangsa yang disegani dalam apa jua tamadun ialah bangsa yang bangga dengan semangat kebangsaan mereka, simpan dulu ayat penyata ini. Itu dari segi semangat kebangsaan politikal perang zaman tamadun besar awal.

Namun kita diterangi Islam, walaupun begitu, Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu mengubah diri mereka dan Allah akan menurunkan bencana apabila sesuatu kaum itu melakukan kesalahan kepada diri mereka sendiri. Ingat perintah itu. Ulang soalan tadi, apakah kesalahan yang sedang orang Melayu lakukan kepada diri mereka sendiri?

Orang Melayu tidak harus malu menjadi Melayu, ia kerana Melayu itu ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau sebelah sini. Wajarkah malu kepada diri sendiri kerana ditakdirkan untuk mempertahankan agama Allah? Orang Melayu sewajarnya bersemangat dan berbangga menjadi Melayu, ia kerana semangat itulah yang akan mendorong kita supaya lebih tabah mempertahankan agama-Nya. Andai kita dalam keadaan rendah maruah, adakah kita akan mampu berhadapan dengan musuh yang bangga dengan bangsa mereka sendiri?

Kalau dipelajari daripada sejarah-sejarah perang, panglima perang akan berucap di hadapan ribuan askar untuk menaikkan semangat askar-askarnya. Semangat askar wajar disemarakkan terlebih dahulu sebelum anak panah pertama dilancarkan terhadap musuh. Itulah pentingnya semangat. Kalau orang Melayu malu kepada diri sendiri, berasa rendah diri terhadap bangsa lain, tidak bersemangat, agak-agaknya boleh berjayakah orang Melayu dalam menempuh cabaran?

Namun, jangan pula orang Melayu lupa kepada perintah Allah dalam ayat-Nya yang lain.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Quran, al-Maedah: 8)

Di sebalik ayat di atas, difahami secara langsung bahawa Allah memerintahkan kepada kita supaya berlaku adil kepada bangsa lain. Untuk berlaku adil, orang Islam terlebih dahulu harus mempunyai kelebihan iaitu kelebihan dalam pemerintahan. Bagi menepati terhadap maksud ayat itu, orang Melayu beragama Islam wajar sentiasaberada dalam kategori dominan pemerintahan di Malaysia. Dengan menjadi bangsa yang bermaruah dan mendominasi pemerintahan, maka baharulah orang Islam boleh menjalankan keadilan. Andai orang Islam tidak menjadi pemerintah yang menjalankan keadilan, maka selarikah perintah Allah kepada orang Islam terhadap ayat itu?

Allah memerintahkan (melalui kata hendaklah seperti dalam ayat 8 surah al-Maedah) supaya orang Islamsentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan. Jadi, apa syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum keadilan dapat ditegakkan? Mestilah terlebih dahulu orang Islam perlu menjadi orang bermaruah tinggi yang mentadbir keadilan, setuju?

Masih tidak faham? Untuk berlaku adil, orang Islam harus menjadi pemerintah yang bermaruah, bukan menjadi ‘orang melukut di tepi gantang’ yang tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan keadilan. Pemerintah adalah orang yang menjalankan keadilan, bukan menjadi orang yang tertakluk kepada keadilan yang ditetapkan oleh orang bukan Islam.

Untuk menjalankan keadilan, seseorang harus menjadi pemerintah yang menjalankan keadilan. Andai orang Islam tidak menjadi pemerintah, bagaimana orang Islam mahu menjalankan atau memberi keadilan? Untuk menjalankan keadilan, orang Islam harus menjadi dominan terlebih dahulu, dalam erti kata lain ialah mempunyai maruah dan disegani. Itu dari segi konteks negara, bukan dari konteks individual.

Untuk berlaku adil, orang Islam harus mempertahankan maruah mereka sebagai pemerintah andai berada di sebuah negara yang bermajoriti orang Islam seperti negara anda ini. Kalau sesebuah negara yang majoriti orang Islam diperintah oleh orang bukan Islam dari segi penetapan dasarnya, di manakah maruah orang Islam? Siapa pula orang Islam di negara ini kalau bukan majoriti orang Melayu?

Jangan hanya membaca al-Quran tanpa memahami pengertian perintah-Nya. Jangan pula ambil ayat itu sekerat-sekerat seperti yang biasa diucapkan di pentas-pentas politik, fahamilah keseluruhan ayat itu dan taatilah perintah itu. Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu berlaku adil kepada kaum yang lain. Maka berfikirlah mengenai syarat-syarat yang diperlukan sebelum mampu menjalankan keadilan. Antara syaratnya ialah menjadi pemerintah yang berkuasa terhadap sistem keadilan. Bukan menjadi pak turut yang tidak bermaruah, malu menjadi Melayu yang ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau ini, tidak bermaruah sehingga tanpa segan menunduk taat di hadapan orang bukan Islam.

Orang Melayu harus mengembalikan semangat mereka, berbangga menjadi Melayu yang beragama Islam dan ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau ini. Semangat memperjuangkan agama yang dianuti oleh orang Melayu, semangat itu harus disemarakkan, bukan dilemahkan dengan sentimen tidak bermaruah sehingga berasa malu dilahirkan sebagai orang Melayu.

Memang, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Tetapi ingat, bangsa-bangsa yang menganut Islam itulah yang mempertahankan Islam. Andai lemah semangat bangsa yang mempertahankan agama Allah, maka lemahlah umat Islam di rantau ini. Bangsa-bangsa itulah yang mempertahankan ketinggian agama Allah. Di Malaysia, bangsa itu adalah Melayu.

Untuk memahami perkara yang mana perlu didahulukan, wajar kita mengingati satu riwayat hadis. Saya tidak ingat keseluruhan susunan ayat hadis itu secara tepat bagi tiap-tiap pemilihan perkataan, cukuplah sekadar mengimbas kisah yang terdapat di dalam hadis itu.

Penceritaan hadis itu berbunyi seperti ini (bukan dari segi susunan ayat hadis, tetapi dari segi penceritaan):

Fatimah bertanya kepada Rasulullah (ayahandanya) mengenai siapakah wanita pertama yang akan memasuki syurga kerana taat kepada suami dan agama Allah. Rasulullah menjawab, ia adalah seorang wanita yang tinggal di sebuah rumah di Madinah. Mendengar jawapan daripada baginda, Fatimah pun pergi ke rumah wanita itu dan melihat bagaimana wanita itu taat kepada suaminya dan perintah Allah. Setelah menyaksikan sendiri ketaatan wanita itu, Fatimah kembali menemui Rasulullah dan bertanya adakah dia akan menjadi wanita pertama memasuki syurga andai melakukan perkara yang sama. 

Baginda menjawab, tidak, baginda memberitahu bahawa Fatimah akan menjadi wanita kedua memasuki syurga selepas wanita itu masuk. Fatimah kemudian menangis kerana tidak menjadi wanita pertama masuk ke syurga. Rasulullah tersenyum melihat tangisan puterinya dan berkata, wanita itu masuk ke syurga terlebih dahulu kerana dialah yang akan menyambut dan meraikan kehadiran Fatimah ke dalam syurga Allah. Fatimah kemudian tersenyum.

Ia bermaksud, wanita itu masuk ke syurga terlebih dahulu kerana dia akan menyambut dan meraikan Fatimah yang masuk selepas itu.

Melalui kisah antara Rasulullah dengan puterinya, fahamkah kita terhadap pengertian yang mana satu di-kemudiankan dan mengapa ia tidak didahulukan?
Diulangi, memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Tetapi ingat, bangsa-bangsa yang menganut Islam itulah yang mempertahankan Islam. Andai lemah semangat bangsa yang mempertahankan agama Allah, maka lemahlah umat Islam di rantau ini. Bangsa-bangsa itulah yang mempertahankan ketinggian agama Allah. Di Malaysia, bangsa itu adalah Melayu.

Allah sentiasa memelihara Islam, tetapi Islam juga akan terus terbela jika ada kelompok manusia yang mempertahankannya. Di Malaysia, siapakah kelompok itu? Andai Melayu adalah bangsa yang majoriti mempertahankan Islam, maka orang Melayu wajar diperkuatkan semangat mereka, bukan diperlemahkan oleh doktrin politik yang dicanang bangsa mereka sendiri. Tanpa semangat yang kental iaitu berselaput rasa malu dalam diri dengan tidak bangga menjadi Melayu, adakah orang Melayu beragama Islam akan mampu menghadapi cabaran yang sengit daripada bangsa lain?

Cuba lihat bangsa lain di Malaysia. Adakah mereka menghina bangsa sendiri dan berasa malu dilahirkan dalam kelompok bangsa mereka? Tidak, mereka tidak menghina bangsa mereka dan mereka berbangga dengan kebangsaan mereka. Apabila ada orang Melayu yang menghina bangsa sendiri dan malu menjadi Melayu, adakah bangsa lain melahirkan simpati kepada bangsa Melayu? Jawapannya juga tidak. Mereka langsung tidak ambil peduli kalau orang Melayu berasa begitu.

Tetapi apabila bangsa lain berasa terhina akibat sesuatu perbuatan kaum-kaum lain, apakah yang bangsa itu akan lakukan terhadap kaum-kaum yang disifatkan menghina mereka apabila mereka berasa seperti dihina? Mereka akan segera bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka. Mereka akan tegas mengatakan bahawa kaum yang membuat mereka berasa terhina itu sebagai racist. Tetapi apakah yang orang Melayu lakukan kepada bangsa lain apabila orang Melayu dihina? Orang Melayu hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa, kerana apa? Kerana orang Melayu berasa malu kepada diri sendiri, apatah lagi untuk mempertahankan maruah bangsa sendiri.

Apabila Melayu melaungkan semangat kebangsaan, orang Melayu akan segera dilabel sebagai racist. Orang Melayu seperti tidak boleh langsung berbuat apa-apa untuk membangkitkan semangat kecintaan terhadap bangsa mereka yang ditakdirkan mempertahankan Islam di bumi Malaysia ini. Apa sahaja yang orang Melayu lakukan demi survival agama dan bangsa, orang Melayu akan sentiasa segera dilabel sebagai racist. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Semua serba salah jadinya.

Untuk memahami keadaan sedemikian kita wajar meneliti sikap orang Yahudi yang sangat mudah melabel seseorang sebagai anti-Semitik apabila bangsa mereka dikritik, ditempelak atau mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membuat mereka berasa seperti dihina.

Namun apabila ada orang menghina bangsa Arab, tidak pula orang Yahudi terhegeh-hegeh melabel orang itu sebagai anti-Semitik kerana orang Arab juga adalah dari keluarga bangsa Semitik. Hanya apabila bangsa Yahudi dikritik, maka orang yang mengkritik itu akan segera dilabel sebagai anti-Semit, tetapi tidak berlaku perkara yang sama apabila keluarga bangsa Semitik lain yang dikritik.

Yahudi dan Arab adalah dari kelompok bangsa Semitik dari keturunan Sem iaitu salah seorang daripada puteraNabi Nuh selepas peristiwa Banjir Besar. Namun, apabila dirujuk kepada istilah anti-Semitik, ia diistilahkan kepada anti-Yahudi semata-mata tanpa merujuk kepada pengertian Semitik yang sebenarnya. Malah di Amerika, seseorang yang mengeluarkan kenyataan anti-Semitik akan segera dihadap ke mahkamah untuk dibicarakan dan diberi hukuman kerana bersikap racist.

Keadaan yang berlaku di Malaysia pula hampir sama, namun hukumannya pula adalah dari segi tekanan kepada bangsa Melayu. Hal ehwal agama, budaya dan hak orang Melayu sentiasa dipersoal, ia bukan sahaja dipersoal oleh bangsa lain, tetapi ada di kalangan bangsa Melayu sendiri yang melakukannya. Namun apabila ada orang Melayu yang mempersoal kebiadapan bangsa lain, maka orang Melayu akan segera dilabel sebagai racist. Bangsa lain boleh mempersoalkan, tetapi orang Melayu tidak boleh mempersoalkan mereka. Hampir sama dengan situasi masalah istilah anti-Semitik.
-----
Orang Melayu menghadapi konflik identiti yang kronik dalam sudut semangat kebangsaan mereka. Ia menjadi lebih parah apabila ada orang Melayu sendiri yang melemahkan semangat itu sebagai alasan supaya berlaku adil kepada bangsa lain sebagaimana diperintahkan Allah. Cuba renungkan kembali pengertian ayat 8 dalam surah al-Maedah, apakah yang kita faham mengenai syarat-syarat yang diperlukan sebelum boleh menjalankan keadilan?

Pertama sekali ialah orang Islam wajar menjadi pemerintah yang bermaruah, mempunyai kuasa membuat keputusan dalam menjalankan keadilan, berperanan dominan dalam hal ehwal yang teras demi kepentingan semua pihak terutama umat Islam, tidak malu menjadi diri sendiri untuk mengubah nasib diri, tidak berasa rendah diri, tetapi tidak pula bongkak di atas muka bumi. Apabila sudah cukup syarat-syarat itu, baharulah orang Islam yang majoritinya orang Melayu di negara ini akan dihormati dan menghormati diri sendiri serta berupaya menjalankan keadilan seperti yang diperintahkan Allah.

Andai orang Melayu beragama Islam yang rendah maruah dirinya tidak mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dan rendah maruah diri, adakah orang Melayu akan dihormati? Tidak, tidak dan tidak. Kalau orang Islam tidak menghormati diri sendiri, jangan harap akan ada orang lain yang akan menghormati kita. Jangan harap.

Kalau syarat-syarat itu tidak dipenuhi, bagaimana orang Islam mahu menjalankan keadilan terhadap kaum lain? Untuk menjadi bapa yang baik, seseorang lelaki harus berkahwin dan mempunyai anak terlebih dahulu sebagai langkah pertama. Itulah syarat pertama yang wajar dipenuhi untuk menjadi bapa yang baik. Bagaimana untuk menjalankan keadilan kepada kaum-kaum lain? Syarat pertama ialah menjadi dominan dalam pemerintahan terlebih dahulu supaya semua urusan keadilan tertakluk di bawah keputusan orang Islam. Bukannya menjadi orang Islam yang melukut di tepi gantang mengharapkan ehsan supaya diberikan sedikit kuasa oleh orang bukan Islam. Faham?

Bagi memenuhi syarat itu, langkah pertama ialah orang Melayu wajar kembali bersemangat mempertahankan maruah, bukan terus hidup terhimpit bagai ditelan mati emak dan diluah mati bapa. Bangsa-bangsa lain tidak pernah merendah-rendahkan bangsa mereka sendiri, tetapi mengapa mesti ada orang Melayu yang berasa malu dengan bangsa sendiri sedangkan orang Melayu adalah ditakdirkan untuk menjaga maruah Islam di rantau sebelah sini? Allah memilih orang Melayu untuk menjadi bangsa majoriti di rantau ini untuk menganut agama-Nya. Andai semangat bangsa Melayu makin lemah disebabkan oleh lidah-lidah pemimpin yang melemahkan jati diri mereka, bagaimana orang Melayu mahu terus kuat dalam mempertahankan Islam?

Ada yang berkata, mereka tidak bangga menjadi Melayu tetapi berbangga menjadi Islam. Tetapi ingatlah bahawa Islam itu dipertahankan di muka bumi oleh bangsa-bangsa manusia yang menganuti agama Allah. Manusia dijadikan berbilang bangsa, agama Allah pula adalah untuk seluruh manusia, manakala bangsa-bangsa manusia yang menganut agama Islam itulah yang mempertahankan agama Allah.

Sama juga kalau diibaratkan seperti: Hanya roh yang kekal, tetapi bukan jasad. Tetapi ingatlah bahawa jasad itulah yang menjadi alat kepada roh untuk melakukan kebaikan. Islam diibaratkan sebagai roh, jasad itu pula adalah Melayu. Andai jasad itu mati, maka jasad akan hanya tinggal jasad yang akan musnah reput di dalam tanah. Maka roh akan kembali kepada Tuhannya. Apabila Melayu menjadi lemah dan tidak bersemangat dalam mempertahankan bangsanya yang majoriti Islam, maka Islam akan terkapai-kapai di Malaysia.

Mungkin akan ada yang mengatakan Umat Terakhir sebagai racist apabila berbicara mengenai Melayu. Kita tidak menghina bangsa lain, tetapi sebaliknya kita menjelaskan bahawa bangsa lain sangat berbangga dengan diri mereka. Kita tidak menghina bangsa lain, tetapi kita menceritakan mengenai ada orang Melayu sendiri yang malu dilahirkan sebagai Melayu sehingga luntur semangat jati dirinya. Malu tidak bertempat di tempat sendiri seperti sudah tiada tempat untuk memahkotakan maruah di bumi sendiri.

Kalau mahu berperang, pilihlah panglima yang mampu menaikkan semangat para laskar-laskarnya. Bukan memilih sang pengecut yang luntur semangatnya dan galak pula melemahkan semangat orang lain supaya menjadi pengecut dan pemalu sepertinya. Orang tidak menunduk malu di medan juang kerana kepala yang tunduk itu lebih mudah dicantas pedang pihak lawan. Orang berperang dengan penuh semangat juang, berbangga menjadi bangsa bermaruah di medan juang untuk agamanya. Itulah caranya orang pergi berperang.

Maruah orang Melayu diperlekeh selama 457 tahun. Sepanjang 457 tahun, orang Melayu berusaha mengembalikan maruah mereka sehingga mengecap merdeka. Sesudah merdeka pula, orang Melayu terus cekal berusaha mengembalikan maruah mereka supaya tidak lagi dipermain-mainkan di tanah air mereka sendiri, gigih memartabatkan bangsa serta agama dan institusi raja-raja Melayu. 

Malangnya, ada orang Melayu sendiri yang memperlekeh perjuangan bangsa sendiri disebabkan bantal dan tilam empuk yang menghadirkan mimpi-mimpi politik, kuasa membuat keputusan dalam berpolitik pula tidaklah sehebat mana, hanya seperti hidup berpoligami dalam politik. Wajarkah orang seperti itu yang diangkat menjadi panglima bagi orang Melayu beragama Islam?

Melayu dan Islam itu tidak sama. Islam itu lebih tinggi daripada Melayu. Tetapi ingatlah bahawa Islam itu dipertahankan di muka bumi oleh bangsa-bangsa manusia yang menganuti agama Allah. Di Malaysia, bangsa itu adalah Melayu. Berbanggalah menjadi Melayu, bersemangatlah Melayu, bermaruahlah Melayu, demi agama mu.

Aku pula bukan 100 peratus berdarah Melayu. Tetapi aku meminta supaya orang Melayu berbanggalah menjadi Melayu, tanpa rasa malu, bersemangat kental menempuh cabaran dan tidak mudah layu apabila ada di kalangan bangsamu sendiri yang melemahkan jati diri mu, bersemangatlah Melayu demi agama mu, Islam, yang sama dengan agama ku.

Orang-orang Melayu yang memahami maksud aku ini, aku mohon bantuan kamu semua supaya bersegera bangkitkan semangat bangsa kamu tanpa menyakiti bangsa lain, jadikan bangsa kamu sebagai bangsa yang bermaruah dan berbangga dilahirkan Melayu untuk memartabatkan Islam di rantau ini. Ajarkan Islam kepada sesama manusia, jangan terlalu asyik mengajar politik kepada mereka hanya semata-mata mahu sokongan bangsa lain. Jatuh bangun bangsa Melayu berada di atas bahu orang Melayu sendiri. Jangan harap bangsa lain akan membantu kamu melainkan orang Melayu sendiri berusaha mengubah diri sendiri.
-----
Fahamilah ayat Allah, taatilah perintah-Nya:

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana(disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Quran, al-Maedah: 8)