CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Thursday 17 January 2013

Kalimah Allah Adalah Kalimah Khusus


GOD IS NOT ALLAH ! THEY ARE NOT THE SAME.

Kalimah Allah Adalah Kalimah Khusus


DUA minggu lalu saya menulis mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama bukan Islam bagi merujuk kepada agama mereka. Rupa-rupanya isu ini masih belum lagi selesai sehingga ke hari ini. 

Ada yang dengan nada sinis menyuruh menutup mulut orang bukan Islam daripada menyebut kalimah mulia tersebut.

Sebenarnya mereka ini tidak memahami isu sebenar. Perkara yang perlu ditegah bukanlah kepada bukan Islam menyebut kalimah Allah tersebut tetapi menyebut kalimah mulia itu bagi merujuk kepada agama bukan Islam.

Pada minggu ini, saya merasa terpanggil untuk meneruskan tulisan saya dalam isu ini bagi menzahirkan apakah sebenarnya yang perlu dilakukan berdasarkan isu yang ditimbulkan ini.

Ada juga yang mempertikai lagu-lagu rasmi negeri juga menampilkan lirik yang menyebut kalimah Allah dan perlu juga dipinda. Ini juga merupakan pandangan yang menyongsang daripada apa yang diperkatakan.



Dalam lirik lagu rasmi kebanyakan negeri disebut kalimah Allah itu sebenarnya bagi merujuk kepada Allah yang Maha Esa. Tiada salahnya lirik tersebut walaupun ia dinyanyikan oleh orang bukan Islam. Ini adalah disebabkan Islam adalah agama bagi Persekutuan selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan di kesemua negeri di Malaysia, melainkan Sarawak, Islam juga merupakan agama negeri.

Persoalan di sini bukanlah bagi orang bukan Islam menyebut kalimah Allah tetapi polemik menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada agama bukan Islam.

Bukan juga menghalang orang bukan Islam membaca dan mengkaji al-Quran yang penuh dengan nama-nama Allah tetapi menyebut Allah dalam erti kata yang sebenar.

Adalah mustahil dengan hanya nyanyian lagu-lagu tersebut orang bukan Islam dipaksa memeluk Islam. Persoalan ini sebenarnya tidak pernah timbul dan sengaja dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu.


Penulis amat bersyukur apabila Majlis Syura PAS pada 13 Januari lepas telah membuat keputusan sebulat suara bahawa kalimah Allah adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

Oleh yang demikian, menterjemah kalimah God atau Lord daripada mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Keputusan ini juga sebenarnya menguatkan lagi saranan Sultan Selangor berkaitan dengan perkara yang sama. Penulis juga menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor yang begitu proaktif di dalam isu ini dan lantang menitahkan sedemikian bagi menjaga akidah umat Islam.

Majlis-Majlis Agama Negeri-Negeri dan para Mufti juga telah memainkan peranan aktif di dalam segala tindakan berkaitan dengan isu ini. Begitu juga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang dianggotai oleh beberapa NGO seperti Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muafakat, ISMA, Pembina dan banyak lagi.

Keputusan Majlis Syura itu juga sebenarnya menyanggah tohmahan segelintir golongan yang mengatakan isu ini dibangkitkan untuk populariti pihak tertentu. Isu ini adalah isu akidah dan umat Islam tidak kira daripada kelompok manapun perlu bersatu menanganinya bersama.

Penulis amat berharap isu ini tidak dijadikan agenda politik mana-mana pihak tetapi bersama-sama memperjuangkan isu ini agar tindakan dapat diambil sewajarnya.


Oleh : Zainul Rijal Abu Bakar



(Oleh Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 18 Jan: Mahasiswa perlu berani ke depan menyatakan pendirian dan pendapat berhubung kebobrokan sistem pendidikan negara, kata aktivis mahasiswa, KS Bawani.

Menurut beliau, mahasiswa harus berfikiran terbuka, bukan sekadar hanya pandai mengangguk.

Mahasiswa perlu bangkit dan tidak boleh takut untuk bersuara. Sistem pendidikan yang memperbudakkan mahasiswa sehingga menjadi robot yang menidakkan kebebasan untuk menyatakan pendapat perlu diubah.

“Apa yang saya lakukan tempohari bukan untuk menjadi hero atau sengaja bertindak kurang ajar. Ia lahir atas rasa kesedaran dan tanggungjawab saya untuk menyatakan pandangan selepas moderator, Sharifah Zohra (Jabeen Syed Shah Miskin) mengecam penglibatan mahasiswa dalam politik serta keperluan pendidikan percuma pada negara,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), pagi tadi.

Pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, tiga isu penting yang perlu dititikberat mahasiswa generasi kini adalah kebebasan bersuara, meneutralkan universiti dan menuntut pendidikan percuma.

“Seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara, perkara 10 menyebut seseorang rakyat bebas menyatakan pandangannya.

“Jadi suara mahasiswa perlu didengar kerana ia bukan saja terkandung dalam perlembagaan tapi ia adalah prinsip asas dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

“Pemerintah juga perlu ingat, mahasiswalah yang akan memimpin negara di masa akan datang,” katanya.

Tambah beliau, universiti harus diberikan autonomi dan terikat dengan mana-mana parti,” kata Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) itu.

“Ikatan dengan kerajaan terutamanya elit pemerintah (Umno BN) yang sering melakukan program mendoktrinasi dan membodohi pelajar akan melahirkan mahasiswa yang tidak matang fikirannya,” kata Bawani.

“Manakala pendidikan pula adalah keperluan asas untuk semua, kerana itu ia perlu diberikan percuma.

“Pendidikan bukan komoditi, maka ia tidak boleh diniagakan atau dijadikan sumber perniagaan,” tegas Bawani yang juga Pengasas Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).

Turut hadir, Penyelaras Segmentasi Mahasiswa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Wan Farel; Setiausaha Ameerah Muslimat PAS, Nurul Syuhada Shuib; wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Syukri Razab; Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan dan pimpinan mahasiswa lain.


Ini BLOG Pak Aji yg punya...yer..aper yg Pak Aji nak tulis..nak posting...itu HAK ASASI Pak Aji ...dijamin oleh PERLEMBAGAAN sebagai rakyat ...ini Malaysia demokerasi punya country ...ada taw kar...ini bukan KOMUNIS punya negara...kalo tarak suka...awak worang ...boleh BLOCK..

Wednesday 16 January 2013

Mulut Firaun disumbat Malaikat sebelum tenggelam

Akhil Khay - Selimut Putih


Mulut Firaun disumbat Malaikat sebelum tenggelam

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”[1]


Hadits di atas umumnya dapat kita temui pada perbahasan ayat tenggelamnya Fir’aun, surah Yunus ayat 90, di mana Allah berfirman: “Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); 


hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (Qs. 10:90) .

Pada detik-detik naza‘nya, malaikat Jibril melihat gelagat Fir’aun akan mempergunakan kesempatan dalam kesempitan. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat Jibril untuk mengambil nyawa Fir’aun dengan cara menyumbat mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucapkan keimanan dan pertaubatannya. 




Akhirnya Fir’aun mati dengan mulut disumbat dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.(Tafsir Al-Kasyaf, 21 202). Kerana iman dan taubat pada pada masa ini, tiada guna sama sekali.

Mengutip Tafsir Syeikh Sa’di, ada dua keadaan di mana iman tidak berguna pada masa itu iaitu beriman di hujung sakaratul maut dan beriman menjelang hari Qiamat, sesuai firman Allah dalam surah Al-Mu’min:85.

Fir’aun mati di Laut Merah atau laut Qalzum atau sebelumnya popular dengan nama FAM AL-HAIRUTS, dekat terusan Suez, pada tanggal 10 Muharram dan kerana itulah ada syari’at shaum ‘Asyura, setelah sebelumnya menyatakan taubat dan yakin akan Tuhan Allah s.w.t. Dan inilah taubat yang tertolak (Qs. 10:90)

Fir’aun kafir sejak bayi

Di antara perkara yang aneh dalam din Fir’aun adalah fitrah kejadiannya. Umum-nya bayi diciptakan oleh Allah dalam keadaan fitrah, tapi nampaknya hadits ini dikecualikan terhadap bayi Fir’aun. Kerana sejak bayi sudah kafir di dalam perut ibunya.

Bunyi hadits “wa khalaqa fir’aun fi bathni ummihi kafiran,” dan Fir’aun dijadikan (oleh Allah) dalam perut ibunya dalam keadaan kafir. (HR. Ibnu ‘Adi dalam Al-Kamil dan Imam Thabarani dalam Al-Ausath). Semasa menyampaikan hadits ini Rasulullah s.aw sedang berkhutbah di hadapan para sahabat pada petang hari.

Ahli sejarah terpecah dua; ada yang mengatakan Fir’aun itu nama orang (ismul ‘ajam), yang lain dan terbanyak mengatakan Fir’aun itu gelaran bagi raja yang lupa daratan. Tapi yang jelas, nama ini pertama kali dipakai oleh Walid bin Mush’ab bin Rayyan, keturunan Lois bin Sam bin Nuh.

Fir’aun Di Zaman Nabi Musa naik takhta pada 1311 SM adalah firaun yang Allah di binasakan bersama 700.000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya Allah selamatkan, pada waktu syuruq (matahari terbit), menurut Tafsir Muqatil (Qs. 10:90).

Lalu siapa Firaun Tutankhamun yang sering dikatakan sebagai Firaun yang Tenggelam di Laut Merah?

Mayatnya diawetkan dengan pembalseman dalam bentuk mumi yang kini disimpan di museum Mesir di Kaherah dengan berbagai macam hikmah sejarah. Mumi ini ditemui pertama kali oleh ahli kaji purba Perancis, Loret, di Wadi al-Muluk (lembah raja-raja) Thaba Luxor Mesir pada tahun 1896 M. Pembalutnya dibuka oleh Eliot Smith, seorang ahli kaji purba Inggeris pada 8 Julai 1907.

Satu gelaran yang mengarah pada penghormatan. Pada masa inilah gelaran boleh makan tuan. Gelaran menyeret pemiliknya pada kesombongan, sehingga boleh lupa daratan. Fitnah ghuluw (penghormatan, fanatik) muncul dari pemujaan gelaran yang melewati batasan.

Perhatikanlah pesanan indah dari Imam as-Syafi’i rahimahullah berikut ini: Berkata Imam as-Syafi’i: “aku benci orang yang terlalu mengagungkan makhluk, hingga menjadikan kuburnya (di/sebagai) masjid. Aku khuatir terjadi fitnah atasnya dan fitnah atas orang sesudahnya.”

[1]Shahih, HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145], at-Thabari [11/163]; Ibnu Hibban [6215]; Nasa’i [6/363]. Dishahihkan oleh Syeikh Albani dalam as-Shahihah [2015] dan Shahih Sunan Turmudzi [2484]. Dishahihkan juga oleh Syeikh Syu’aib Arnouth, Tahqiq Shahih Ibnu Hibban [14/98]

http://tulahan.blogspot.com/



Imam al -Baihaki menceritakan sebuah hadis dari riwayat ibni Umar.

Ketika Rasulullah s.a.w duduk bersama sahabat-sahabat baginda, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang wajah dan pakaiannya amat buruk dan sangat busuk baunya. Dia datang sambil melangkah bahu mereka dan duduk di hadapan Rasulullah kemudian bertanya,


Siapakah yang menciptakanmu?

Allah,jawab baginda rasul

Siapakah yang menciptakan bumi? tanya iblis

Allah,jawab rasul

Siapakah yang menciptakan Allah?tanya Iblis

Subahanallah,sabda beliau

Rasulullah s.a.w memegang jubahnya dan menundukkan kepala, sementara lelaki tadi(iblis) bangkit dan pergi, baginda mengangkat kepala dan bersabda, bawakan kesini orang itu.

kami mencarinya ke mana-mana tapi dia seperti tidak pernah ada. Baginda bersabda

"Dia adalah iblis, dia datang untuk membuatkan kamu ragu-ragu terhadap agama kamu"..


Gambar bogel Anwar disebar sempena jamuan Hari Raya..20 Sept 2011

SEPERTI biasa, politik lucah terus dimainkan untuk merosakkan minda rakyat dan anak-anak kita.

Di internet, rakyat disajikan dengan video seks tanpa tapisan di blog-blog pro United Malays No Otak aka UMporNO, di dunia nyata bahan lucah juga digunakan untuk meraih sokongan rakyat kepada Parti Lucah, UMporNO.

Terbaru, seperti yang dilaporkan di Sinar Harian, gambar bogel Anwar Ibrahim disebarkan di Sungai Petani Kedah dipercayai sempena Jamuan Hari Raya yang bakal diadakan di kawasan tersebut [Sinar].


United Malays No Otak kini bergantung harap kepada bahan lucah untuk terus berkuasa. Bahan-bahan lucah akan terus disebarkan kepada orang kampung, ayam, itik, lembu dan kambeng. Biarkan minda anak-anak kita rosak asalkan parti lucah terus memerintah negara ini.

ReJaM© "Kalau tak melucah bukan UMporNO namanya..."


Ini BLOG Pak Aji yg punya...yer..aper yg Pak Aji nak tulis..nak posting...itu HAK ASASI Pak Aji ...dijamin oleh PERLEMBAGAAN sebagai rakyat ...ini Malaysia demokerasi punya country ...ada taw kar...ini bukan KOMUNIS punya negara...kalo tarak suka...awak worang ...boleh BLOCK..

Tuesday 15 January 2013

QS Berbicara Tentang Iman Melayu & Arab Badwi



Ini BLOG Pak Aji yg punya...yer..aper yg Pak Aji nak tulis..nak posting...itu HAK ASASI Pak Aji ...dijamin oleh PERLEMBAGAAN sebagai rakyat ...ini Malaysia demokerasi punya country ...ada taw kar...ini bukan KOMUNIS punya negara...kalo tarak suka...awak worang ...boleh BLOCK..

Saturday 12 January 2013

Sekolah Amerika


Sekolah Amerika
 1

Sekolah saya dahulu tak ada lif. Sekolah saya dahulu tak ada kolam renang. Sekolah saya dahulu suka suruh budak-budak minta derma sehingga mengumpan mereka dengan pelbagai hadiah yang tak seberapa. 

Apapun tahniah pada SRI Al-Amin dan SKS (1). Walaupun tak senasib dengan sekolah Amerika tapi saya tetap nak ucapkan tahniah pada para pengetua sekolah ini.

Saya dulu bertadika di Tadika Ihkam Taman Ibukota. Sebuah tadika yang istimewa. Penumpuannya pada para pelajar sangat eksklusif. Ada rak khas untuk setiap anak murid, tapi tak berkunci macam sekolah Amerika. Tak juga macam SMK Maxwell yang berupa seperti penjara. 

Tiada tingkap tapi hanya grill. Buku akan hilang jika diletak bawah meja. Maka terpaksalah para pelajar yang malas bawa buku itu menyembunyikan buka mereka di belakang papan kapur.

Sungguh pun banyak sekolah sudah beralih pada papan putih. Namun sekolah Amerika sudah menggunakan papan canggih Promethean. Tonton video di bawah kalau tak ada idea.




Ternyata sekolah kita kekurangan dana akibat kerakusan pak-pak Menteri yang suka menyapu duit ke dalam poket sendiri.

Memang menteri tak boleh sapu duit banyak-banyak. Sebab orang Malaysia taklah begitu mudah itu untuk membiarkan kelakuan keji berlanjutan. Namun, rakyat mana yang mampu mengenal kroni-kroni kepada menteri?

Kroni-kroni merupakan rakan kepada menteri yang digunakan untuk mengaut duit rakyat yang disebut sebagai peruntukan. Mereka (kroni-kroni) akan dihadiahkan projek dengan mudah tanpa rundingan apatah lagi nak ditender pada syarikat-syarikat. Sebab itu sesetengah sekolah beli barang keperluan pun boleh cecah 300% daripada harga biasa.

Persoalannya bukan berapa peratus untuk pak-pak Menteri ini. Tapi persoalannya bilakah rakyat kita boleh ada sekolah yang ada tempat letak kereta seperti Sunway Pyramid atau KLCC.

Sampai bilakah sekolah-sekolah Malaysia boleh memiliki stesen MRT di sebelahnya? Tak perlulah para ibubapa membuat jalanraya sesak di tengahari seperti mana umat Islam di Malaysia buat jalanraya sesak pada hari tengahari Jumaat.

Sampai bilakah kita boleh memiliki sekolah yang mempunyai jumlah guru yang lebih bagi memberi penumpuan eksklusif seperti sekolah Amerika?

Daripada kita undang sial dari para pekerja asing, lebih baik kita undang para guru (tak kira dari luar mahupun dalam negara) supaya kita dapat perkecilkan jumlah pelajar dalam sebuah kelas.

Dengan jalan itu juga kita dapat lahirkan para pelajar yang bukan setakat cemerlang, tapi dididik dengan lebih terperinci. Ini sangat penting. Ia mampu mengasah bakat seseorang murid sebelum mereka tersalah bidang dan mempertingkatkan mutu pendidikan yang sekali gus dapat mengatasi masalah brain drain.

Daripada tumpuan yang khas diberikan oleh para guru, mereka akan dapat maklum-balas yang berbeza-beza demi kreativiti atau pun penemuan baru yang dapat membantu sektor RND dari peringkat bangku sekolah rendah. Untuk mendapat maklum-balas yang pelbagai, ia harus didapati dengan ujian yang berupa soalan subjektif. Bukan daripada soalan yang objektif. A, B, C, D.

Saya nak katakan bahawa rakyat Malaysia dididik seperti lembu. Tak ada kebebasan dalam memberi jawapan yang luar rangkuman minda para guru. Terima kasih pada ujian objektif A, B, C, D. Anak murid dirotan berbirat-birat supaya menghafal, anak murid Amerika pula bebas berenang dan diajak berfikir.

Sebuah bentuk ujian yang menggalakkan teknik menghafal dan bukannya bersifat 'marilah berfikir' dan 'mencipta sesuatu yang unik'. Pendidikan seperti ini anti-kebebasan dan mirip pendidikan negara Komunis. Ia patut dihapuskan sama sekali.

Tak hairanlah kalau pelajar yang kaki menghafal itu lulus cemerlang sehingga mengenepikan para pelajar yang tidak reti menghafal tetapi reti berfikir. 

Pembelajaran seperti ini juga menggalakkan murid-murid meniru. Ini kerana kurangnya unsur-unsur unik dalam jawapan. Ia dikonstrak dengan pilihan A, B, C, D. Bukannya dengan perenggan-perenggan karangan dan rajah yang difikirkan oleh seseorang pelajar.

ABM (Alat Bantu Mengajar) juga penting dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Umum harus tahu bahawa para murid terbahagi pada tiga. Ada yang mahir belajar melalui gambaran, lisan dan tulisan. Kita harus gunakan teknologi yang setanding dengan negara maju. Kita ada menteri yang kaya-raya dengan hasil bumi negara kita. Negara kita negara kondom dan juga negara minyak & gas. Tetapi bila buat lawatan ke luar negara, apa yang didapatinya? Beg tangan baru? Mana papan canggih Promethean? Jauh sekalilah nak berikan pendidikan percuma. HAHAHA!

p/s: Ada hikmah aku berhenti kerja SBS. Lepas ni aku boleh komen bab pembangunan sekolah. Nak jadi pemimpin ni kena ada banyak pengalaman. Bukan duduk atas kerusi tukar gear D,N dan R saja. Turun padangbro!



Sekolah Amerika 2


Aku tak tahu nak tulis apa, tapi aku rasa ramai yang dah tahu bahawa aku sekarang bekerja di sekolah Amerika di Singapura.

Aku bukan nak cerita mengenai rupa minah salleh dan kanak-kanak di situ. Memang kita kalah dari segi rupa dan ketinggian serta postur badan. Dari segi logik biasa-biasa, memang manusia akan menilai kecantikan luaran. Ini pertama kali saya lihat warga Amerika yang hadir dari golongan tenaga pengajar, mereka memang berbeza daripada pelancong tepi jalan. Lebih cantik dan lebih berbudi-bahasa.

Aku nak cerita bab sekolah Amerika ini dari segi penekanan antara akademik dan aktiviti luar kelas. Di sini murid-murid digalakkan bersukan dan berseni.Mereka nampaknya rajin bertanya dan tak ada rasa segan macam pelajar sekolah di Malaysia. Mungkin inilah impak sukan dan seni apabila ia disemat dalam jiwa kanak-kanak.

Aku tengah gilap lif, tiba-tiba masuk segerombolan budak-budak sekolah. Dari bau penggilap, tangga, siapa diri aku semuanya mereka tanya. Aku kagum melihat semangat ingin tahu mereka. Di Malaysia, kita digalakkan diam dan setuju. Kalau banyak tanya nanti kena gelak dan kena marah (kalau penulis blog/kartunis kena tangkap).

Hari ini saja aku puas hati dengan suasana pekerjaan di situ. Mungkin ini masanya untuk aku rehearsalAmerican English sebelum aku ke Amerika (manalah tahu?). Aku memang pernah angan-angan nak ke sana masa sepupu aku habiskan 4-5 tahun di sana. Mereka dah cakap persis lenggok orang Amerika, aku masa itu ke Singapura pun belum. 

Mungkin ini hikmah aku berhenti kerja SBS. Walaupun gaji cleaner kecil. Tapi suasananya mahal bagi aku. Aku dapat belajar cara mereka berkomunikasi dan budaya mereka. Kalau tak kenal, maka tak boleh aku nak cerita. Tak ada modal nak cerita. Hahaha!

Aku tak cuci tandas, sebab tandas orang perempuan handle. Mungkin nak senang cerita sebab perempuan tak rogol orang. Aku cuci bilik kelas pada waktu pulang. Selalunya ada cikgu di mejanya. Aku pun ambil peluang borak. Aku terkejut apabila mereka (cikgu-cikgu Amerika) lebih memahami English aku daripada warga Singapura sendiri (kalau pendatang di Little India lagi bengong. Aku kena borak broken English baru jalan).

Cikgu Amerika juga sangat mesra dengan aku. Aku hairan kenapa budak minah Melayu atau awek Cina atau  budak sekuriti Cina Singapura tarik muka masam bila nampak aku. Seolah-olah mereka ternampak orang jahat. Tapi kalau cikgu Amerika dan cikgu Filipina serta cikgu India nampak aku, mereka akan borak dengan aku yang mana ia akan didahulukan dengan "Hi!", "Hello", "Hi! There," "Morning", "Whatsup?".

Masa cuti sekolah dahulu aku kerja dari 8 pagi - 6 petang. Tapi kali ini dari 10 pagi hingga 9 malam. Aku berbasikal dan dah dekat sebulan aku tak naik bas SBS/MRT.


Ini BLOG Pak Aji yg punya...yer..aper yg Pak Aji nak tulis..nak posting...itu HAK ASASI Pak Aji ...dijamin oleh PERLEMBAGAAN sebagai rakyat ...ini Malaysia demokerasi punya country ...ada taw kar...ini bukan KOMUNIS punya negara...kalo tarak suka...awak worang ...boleh BLOCK..

Perubahan Drastik Bandaraya Dubai Dari 1991 Hingga 2012


Perubahan Drastik Bandaraya Dubai Dari 1991 Hingga 2012

Bandaraya Dubai mencatatkan rekod dunia sebagai bandaraya paling berkembang pesat dunia. Mana tidaknya, dalam tempoh tidak sampai dua dekad, ia berkembang menjadi sebuah kota metropolitan yang paling pantas di muka bumi. 

Dianggarkan satu per tiga daripada kren-kren pembinaan di seluruh dunia ini, terletak di bandaraya ini sahaja. Bayangkan betapa pesatnya pembangunan di sana.



#KL112: Kukuh perpaduan rakyat rentas kaum


PASCA merdeka Tanah Melayu dilengkapi dengan sistem Raja Berperlembagaan yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. 

Kita tidak lagi perlu bersusah payah mengangkat senjata atau buluh runcing untuk mempertahan anak dara kita daripada dirogol askar Jepun atau bertempur menumpah darah melawan British untuk membebaskan tanah air.

Masa berlalu dengan pantas dan kini kita dapat melihat mercu tanda Malaysia, KLCC berdiri megah di tengah ibu kota mengalahkan Bangunan Dayabumi yang pernah menjadi sejarah kebanggaan negara sekitar tahun 70-an lalu.

Bagaimanapun, pembangunan rancak negara ini disulami dengan penularan melampau gejala rasuah oleh pemimpin UMNO-BN ‘melantak’ duit cukai rakyat seiring dengan pencabulan berterusan terhadap demokrasi, keadilan dan kebebasan rakyat.

Akibatnya, rakyat berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi saban tahun dan ketidakadilan pembahagian sumber hasil negara. Segala projek, perniagaan utama terus dimonopoli syarikat dan individu tertentu. 

Melalui akhbar arus perdana, rakyat dimomokkan dengan sentimen agama dan kaum yang berpanjangan. Umat Melayu Islam terus ditipu buta-buta dengan mainan kalimah Allah dan negara Kristian biarpun di luar daripada logik akal. Sampai bila kita harus begini?

Najib terbeban, dibeban dan membebani

Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pelbagai pendedahan skandal terus  tersembul keluar. Beliau adalah simbol beban negara; terbeban, dibebani dan membebani. BN tidak serius menuntun negara ke arah yang lebih baik.

Malapetaka buat Malaysia. Semuanya dapat dilihat melalui dakwaan serius membabitkan pengaliran keluar wang haram secara ‘mega’, kes pembelian kapal selam Scorpene, pembunuhan Altantuya, kes cincin RM24 juta, kes rasuah 19 bentuk cincin bernilai RM13 juta. 

Pembolotan tanah oleh kroni dan pimpinan BN, kes jenayah yang makin meningkat, salah guna kuasa polis, kematian tahanan dalam lokap, isu penerokaan balak haram, royalti petroleum, penaklukan kilang asing Lynas yang membahayakan, pengusiran berstrategi penduduk Pengerang dan banyak lagi.

Gejala salah guna kuasa dan rasuah ini melingkupkan segala dasar dan slogan yang dirangka UMNO-BN sendiri. Sebab itulah, segala projek membangunkan Malaysia termasuk Dasar Ekonomi Baru, Bersih Cekap Amanah, Islam Hadhari, 1Malaysia dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) mengalami kegagalan dan terbantut.

Sebagai rakyat yang mengaku rasional dan bijak, adakah wajar membiarkan kelahapan dan kebobrokan UMNO-BN ini berterusan? Siapakah pula yang bakal menanggung rugi jika perkara ini dibiarkan?

Kebangkitan rakyat Timur Tengah: Arab Spring

Apabila daerah Sidi Bouzid memulakan sejarah baru bagi bumi Tunisia, maka berangkatlah Presidennya Zainal Abidin Ali yang super korup bermohon suaka ke bawah keluarga Raja Saud di bumi Jeddah.

Dalam senggang waktu pesta demokrasi Tunisia, Mesir pula bergoncang dengan suara rakyat menuntut keadilan, ketelusan dan demokrasi yang lebih adil. Akhirnya, Presiden Hosni Mubarak, seorang lagi pemerintah yang angkuh mohon mengundur diri. Saat ini, Mesir mula mengorak langkah baru membina negara berpaksikan demokrasi, keamanan dan keadilan untuk semua rakyatnya.

Kebangkitan dunia Arab yang dinamai Arab Spring ini terus melakar sejarah di negara Arab yang lain seperti di Algeria, Syria, Libya, Yemen, Oman, Bahrain, Lubnan, Maghribi dan beberapa negara lagi menuntut kedaulatan buat negara dan rakyat.

Rakyat Malaysia, kebangkitan dan demokrasi

Minda rakyat Malaysia yang makin tercerah mewajarkan suara dan tuntutan mereka didengar pemerintah UMNO-BN. Rakyat tidak lagi dungu, namun, ibarat anjing menyalak bukit, suara suci rakyat menuntut perubahan tidak dipedulikan.

Apabila peti undi menjadi sarang manipulasi, apabila suara rakyat bawahan terbungkam dijerkah penguasa, apabila bumi yang subur diracun bahan berbahaya, apabila nelayan diusir dari tanah mereka, apabila peneroka tanah ditipu syarikat kroni. 

Maka seluruh rakyat malaysia yang mendokong aspirasi keadilan dan demokrasi harus bangkit bersama hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, pada 12 Januari ini (Sabtu).

Sudah tentu, kita tidak mahu kebangkitan rakyat ini bakal berakhir dengan tindakan anarkisme yang bakal menyusahkan semua pihak apalagi anak kita baru masuk sekolah, graduan universiti baru mula bekerja, kehangatan tahun baru masih terasa dan Tahun Baru Cina sudah makin hampir dengan tawaran jualan murah di sana sini.

Lagipun, jauh jarak Dataran Tahrir Mesir ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur memakan lebih 16,000 kilometer jika melalui jalan darat. Ibarat langit dan bumi, tentu sekali demografi politik, geografi dan sosial negara arab jauh bezanya dengan Malaysia.

Kita mahu Himpunan Kebangkitan Rakyat, KL112 ini berlangsung secara aman dan suara kita diambil pusing oleh pemerintah.  Adakah UMNO-BN akan peduli? atau, merekalah yang bakal membunuh diri sendiri dalam riak gelombang rakyat menuntut perubahan. Jumpa di Kuala Lumpur, KL112! – Roketkini.com


HKR bermula, Stadium Merdeka penuh, dijangka melimpah 100,000


KUALA LUMPUR 12 Jan: Dijangka 100,000 peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat memenuhi ruang dalam dan luar Stadium Merdeka hingga lewat petang ini, berikutan jumlah peserta sekarang mencecah 70,000.

Setakat jam 3.12 minit petang, hampir 40,000 masih berada di luar stadium.

Mereka bergerak dari pelbagai penjuru mengikut kontinjen masing-masing sejak pagi tadi dan berarak ke sana untuk memulakan perhimpunan jam 2 petang.

Baru sahaja tiba dan disambut sorakan, Pemimpin Pakatan Rakyat – Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengarah HKR, Mohamad Sabu; Pengerusi DAP, Karpal Singh, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Badrul Hisham Shaharin tiba dan masuk ke dalam stadium.

Himpunan dimulakan dengan ucapan Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke kira-kira jam 1.45 petang dalam bahasa Cina dan Melayu. Turut berucap Karpal.

Turut berucap, Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga. Beliau disambut laungan ‘Hidup Bersih’ dan Hidup Rakyat’.
“Kita berkumpul kerana kita sayangkan negara. Hari ini nkita bersatu pelbagai bangsa untuk berjuang ke arah yang lebih baik. Bersih berjuang untuk rakyat dan pilihan raya yang bersih,” tegas Ambiga.

Sebelum itu, nyanyian ‘Lagu Negaraku’ berkumandang dalam stadium.

Berucap sama, wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang. Katanya, hari ini bukan sahaja masasiswa tetapi rakyat cipta sejarah senada menuntut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuh.

Wakil Pengajaran dan Pembelanjaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggersis (PPSMI), Hasni Abas juga menyampaikan ucapan.

Katanya, 30,000 pelajar gagal sejak PPSMI dilancar ekoran ia adalah projek untuk Tun Mahathir Mohamad dan kroni.
“Ini rancangan Mahathir untuk kayakan kroni. Rakyat Korea, Jepun, Jerman maju dengan bahasa ibundanya, ” kata Hasni.


Ini BLOG Pak Aji yg punya...yer..aper yg Pak Aji nak tulis..nak posting...itu HAK ASASI Pak Aji ...dijamin oleh PERLEMBAGAAN sebagai rakyat ...ini Malaysia demokerasi punya country ...ada taw kar...ini bukan KOMUNIS punya negara...kalo tarak suka...awak worang ...boleh BLOCK..

Friday 11 January 2013

Hadi Betul dari Sudut Agama - Dr Asri


Isu Kalimah Allah: Hadi Betul dari Sudut Agama - Dr Asri



[FMT] Pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu kalimah Allah adalah betul dari sudut agama, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Dari sudut agama, pandangan Hadi betul. Umat bukan Islam mempunyai hak memanggil Supreme Being sebagai Allah. Orang Yahudi dan Kristian juga boleh menggunakan kalimah Allah,” kata Asri.

Beliau menambah bahawa pandangannya turut disetujui oleh ramai ulama Islam di peringkat antarabangsa seperti Yusuf Qardawi.

Beliau turut mengulas titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dengan menyifatkannya sebagai urusan pentadbiran.

“Ia seperti kelajuan kereta. Meskipun kereta tersebut milik anda, kerajaan ada hak untuk menghadkan kelajuan kereta,” kata Asri.

Penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam menjadi isu hangat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan oleh masyarakat Kristian pada bulan lepas.

Ekoran itu, Pakatan Rakyat turut mengambil pendirian membenarkan penggunaan kalimah Allah. Sultan Idris Sharafuddin Shah bagaimanapun telah bertitah melarang nama Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam. Pendirian sama turut dipegang oleh para pemimpin Umno.

Terdapat segelintir pemimpin PAS yang turut sama menentang meskipun Hadi telah menyatakan bahawa bukan Islam boleh menggunakan nama Allah pada hari Selasa lalu.

Asri turut menjelaskan kebimbangan masyarakat Melayu Islam berkenaan penggunaan kalimah Allah.

“Orang Islam takut nama Allah akan digunakan ke atas berhala,” katanya.

Malaysia beza dengan Timur Tengah

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Fathul Bari Mat Jahaya tidak bersetuju berasaskan faktor budaya.

“Budaya masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Timur Tengah. Mana ada kalimah Allah digunakan oleh masyarakat selain masyarakat Islam dalam kehidupan seharian,” kata Fathul.

Beliau menambah bahawa bukan semua orang Kristian yang bertegas untuk menggunakan kalimah Allah.

“Terdapat 9.2 peratus orang Kristian di Malaysia. Majoritinya tidak membuat tuntutan sama.

Kristian Protestan tidak bersetuju.

“Tak pernah ada tuntutan dari Paus Benedict XVI agar masyarakat Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah,” jelas Fathul.

Penguasa yang BAKAL menjaga keselamatan ISLAM

Gaya hidup Raja Muda Selangor, Tengku Amir

Apo nak dikato laie… Gaya hidup Raja Muda Selangor, Tengku Amir. Bakal 'ketua agama' negeri selangor??? Tengah tuang air apa tuuuuu....... Baca Artikel penuh klik disini

Nota: Kawan aku kata (waris sultan perak yang terbuang)… setiap majlis keraian orang besar istana, mesti ada stok botol-botol air setan. Begitu juga halnya di Pahang. Ada yang tak mahu mengaminkan bila nama sultan disebut ketika khutbah jumaat. Sebab depa tahu aktiviti kehidupan sosial super VVIP ini yang luarbiasa lebih dari mat saleh. Terlalu 'bercanggah' sebagai seorang muslim yang beriman….. 

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa? Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.


WAJIB TENGOK 'ERTI KEMERDEKAAN' - USTAZ AZHAR IDRUS | Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnyaberusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 



WAJIB tengok VIDEO ni

Popout




Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon" iaitu Kuil Sulaiman.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.


Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah Masjid)
Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa 'kuasa' itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai "Free Mason". Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat "all seeing eye" yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

Tuhan Ra
Tuhan Osiris
Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu "Dajjal". Apa Yang Islam DanNabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjaladalah "Master of Deception".

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan". Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Gambaran Temple of Salomon oleh pelukis
Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.


Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya. Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.


Ini BLOG Pak Aji yg punya...yer..aper yg Pak Aji nak tulis..nak posting...itu HAK ASASI Pak Aji ...dijamin oleh PERLEMBAGAAN sebagai rakyat ...ini Malaysia demokerasi punya country ...ada taw kar...ini bukan KOMUNIS punya negara...kalo tarak suka...awak worang ...boleh BLOCK..