CLICK at HOME…If it said this blog does not exist.

Friday 30 September 2011

Islam Menggalakkan..Mengejar Kekayaan


Bukti Islam Menggalakkan Umatnya Mengejar Kekayaan Dunia

http://cards.wahty.com/a/data/media/10/sadaka.jpg

Assalamulaikum dan salam sejahtera,


Kita beralih pulak kepada Rukun Islam. Rukun Islam ini lagi menggalakkan kita menjadi orang kaya. Percaya tak? Kalau tak percaya, jom baca lagi.

Rukun Islam adalah perkara-perkara asas yang sepatutnya setiap muslim lakukan. Contohnya, permulaan untuk setiap orang bergelar muslim adalah dua kalimah shahadah. Inilah titik permulaan kehidupan seorang muslim.

Dalam setiap rukun islam, ada hikmah yang perlu seorang muslim ambik iktibar dan pengajaran. Kalau tidak, anda akan terlepas untuk menjadi seorang muslim yang terbaik!

Rukun islam 1: Mengucap 2 kalimah syahadah


2 kalimah syahadahlah penentu amalan kita di dunia dan nasib kita diakhirat. Kenapa saya berkata begitu?

Terlafaznya 2 kalimah syahadah, seseorang telah berikrar dan berjanji bahawa tuhannya adalah Allah dan Rasulullah sebagai ikutan pedomannya. Bermakna, dia akan menggunakan manual yang diperkenalkan oleh sang pencipta alam untuk menggunakan produk yang paling terbaik iaitu Islam.

Apa kaitannya dengan kekayaan? Setiap kekayaan yang kita miliki, mempunyai tuan yang satu iaitu Allah swt. 4 kekayaan dan 7 langkah kekayaan tidak dapat dicapai jika kita menggunakan jalan yang tidak bermoral. Contohnya, nak kaya cepat, tipu orang dengan skim cepat kaya. Kita akan mewah dengan duit, tetapi kekayaan kebebasan kita tidak ada disebabkan asyik diburu oleh pihak berkuasa.

Begitu juga dengan membuat MLM. Menggunakan dan memanipulasi syarikat jualan langsung untuk mendapatkan kekayaan dengan cepat. Disebabkan itulah Syarikat Jualan Langsung terpalit kesan negetif disebabkan kaedah tidak bermoral sebegini.

Dengan lafaz kalimah syahadah, kita berjanji untuk mengikut Rasulullah sebagai role model untuk mencari kekayaan. Memberikan hak-hak yang sama adil kepada setiap orang. Membina masyarakat madani dengan kekayaan kita sendiri. Alangkah malangnya orang yang tidak mematuhi kalimah syahadah yang diucapkan oleh nya setiap hari.

Rukun Islam 2: Solat 5 waktu


Solat adalah ibadah yang lengkap iaitu rohani dan jasmani. Dari sudut kejiwaan dan kesihatan tubuh badan dengan pergerakan tubuh badan. Didalamnya ada disiplin yang kuat dan kepatuhan yang maha hebat. Solat juga adalah implementasi sebuah janji untuk menunaikan hak Allah sebagai tuhan yang layak disembah.

Kekayaan dibina dengan sifat tawaduk dan hemah yang tinggi. Kekayaan menuntut disiplin yang ketat untuk berjaya. Tidak ada istilah goyang kaki jadi kaya. Semua itu memerlu disiplin yang ketat untuk berjaya. Kekayaan juga memerlukan jasmani yang kuat dan kejiwaan yang kental.

Jasmani perlu sihat dan kuat untuk mencari kekayaan.otak juga perlu kuat focus untuk menarik kekayaan untuk datang. Kekayaan tidak datang daripada orang yang sakit terbaring di katil hospital. Tetapi kekayaan datang kepada orang berdiri dan focus.

Kekayaan juga tidak pergi kepada orang yang tidak kuat rohaninya. Kekayaan tidak pergi kepada orang yang terlalu tamak dan tidak mampu mengawal nafsu untuk melihat wang dan pangkat. Tetapi kekayaan pergi kepada orang kuat rohaninya. 

Orang kuat berpegang dengan nilai moral yang tinggi walaupun terpaksa menentang hawa nafsu sendiri. Orang yang cukup berdisiplin dengan ilmu-ilmu yang dimiliki. Orang yang seperti ini, kekayaan akan pergi kepadanya.

Nak kaya, solatlah. Solat ajar cara untuk menarik kekayaan.


Rukun Islam 3: berpuasalah dibulan Ramadhan


Berpuasa adalah urusan kita dengan Allah. Tiada siapa pun mengetahui jika anda tidak berpuasa di bulan ramadhan. Hanya anda dan Allah sahaja yang mengetahui. Oleh sebab, hanya Allah sahaja yang mengetahui tentang puasa kita, maka hanya Allah sahaja yang akan memberikan kepada kita ganjaranNYA.

Bagitu juga dengan kekayaan. Tiada siapa yang tahu jika anda menggunakan jalan salah untuk mencari harta kekayaan. Tiada siapa pun kecuali anda dan tuhan yang maha mengetahui sahaja. Maka tuhan sahaja yang layak untuk memberikan kepada kita kekayaan yang kita mahukan.

Ramai orang diluar sana yang membina kekayaan dengan jalan salah. Dan kita lihat mereka kaya. Tetapi adakah 3 lagi kekayaan dia dapat? Adakah kekayaan tubuh badan, sosialnya dan kejiwaannya dia dapat? Itu hanya tuhan sahaja yang dapat memberikan kepada kita.

Nak kaya? Berpuasalah dibulan Ramadhan.


Rukun Islam 4: berzakatlah


Mentor saya berkata, “Orang yang betul-betul kaya sahaja yang keluarkan zakat. Orang yang macam kaya tidak keluar zakat”. Orang kaya adalah orang yang mencapai tahap “kebebasan kewangan”. Mereka dari sudut kira-kira pendapatan dan perbelanjaan adalah menghampiri seratus peratus.

Mereka sudah tidak mempunyai hutang dan pasif income sahaja sudah mampu untuk menyara hidupnya sepanjang hayatnya. Tetapi bagaimana zakat boleh menjadi indicator/penunjuk kepada kekayaan?

Setiap zakat mempunyai cara bayarannya yang tersendiri. Untuk membayar, kita memerlukan kunci kira-kira yang lengkap untuk memudahkan kita layak atau tidak untuk mengeluarkan zakat.

Contohnya, gaji RM1000 dan perbelanjaan kita RM1200, maka disitu ada deficit sebanyak RM200. Orang seperti ini tidak diwajibkan zakat malah silap hari bulan, dia yang sepatutnya dapat zakat.

Tetapi jika perbelanjaan bulanannya adalah RM3000, dan pendapatan bulanannya adalah mencecah RM30,000 maka orang seperti ini mungkin kena zakat.

Apa yang penting disini adalah personal financial. Zakat memerlukan kita membuat personal accounting. Mengapa hanya syarikat sahaja yang mengeluarkan zakat disebabkan syarikat mempunyai akauntan yang tersendiri. Maka, zakat boleh dikeluarkan. Tetapi diri sendiri bagaimana?

Rukun Islam 5: melakukan haji di Mekah


Untuk melakukan haji dimekah, kita perlu Mampu. Mampu disini adalah harta yang dibelanjakan untuk kemekah adalah mencukupi dan halal. Begitu juga dengan orang yang berada dibawah penjagaan sepanjang peninggalan, perlulah mencukupi dari sudut makan minum.

Jika  ke Mekah adalah sebulan, maka belanja perjalanan dan makan minum ke sana hendaklah mencukupi. Bagaimana pula dengan orang yang berada di bawah jagaan?

Bermakna kita perlu mempunyai simpanan yang mencukupi untuk keperluan orang yang ditanggung. Makan minum, sewa rumah, hutang piutang dan sebagainya perlu lah cukup. Adakah kita sanggup untuk meninggalkan orang dibawah tanggungan hidup dalam sengsara selama sebulan disebabkan simpanan tidak cukup?

Bagaimana kalau kita mencapai kebebasan kewangan? Boleh kita ke Mekah? Mesti boleh..

Boleh kita tinggalkan orang jagaan kita dengan simpanan kita? Mesti boleh sebab keperluan sudah tersedia untuk mereka.

Maka resolusi terbaik untuk ke melakukan haji di Mekah adalah kebebasan kewangan. Betul, selagi mana kita tidak mencapai kebebasan kewangan, selagi itu kita dan ahli keluarga akan dihimpit beban kewangan, hutang dan sebagainya. Maka hasrat ke Mekah tidak terlaksana.

Inilah hikmah rukun islam yang wajib kita fahami. Islam menyuruh kita kaya disebabkan tanggungjawab kita kepada masyarakat. Oleh itu saya nak tanya, nak bayar zakat ke tak nak? Nak pergi haji ke tak nak?
Abang Long
http://tintamenulis.blogspot.com
By: ahmad fahmi


Darjat dan pangkat bukan jaminan masuk Syurga


RASULULLAH SAW bersabda bahawa orang fakir masuk syurga lebih dulu selama beberapa waktu daripada orang kaya. Boleh jadi, hal ini tidak berlaku umum kerana sebahagian orang kaya ada yang termasuk orang sentiasa bersyukur, memuji, mengabdi dan membenarkan Allah SWT. Mereka memiliki keutamaan yang besar serta konsisten dalam ketaatan dan pengabdian.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Takutlah kepada Allah dalam hal orang fakir kerana pada hari kiamat, Allah SWT berfirman: Di mana makhluk pilihan-Ku? Malaikat menjawab: Wahai Tuhanku, siapakah mereka? Allah SWT berfirman: Orang fakir yang sabar dan rela terhadap takdir-Ku. Mereka akan Aku masukkan ke dalam syurga.

Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya: Kemudian orang fakir itu masuk syurga lalu makan dan minum, sementara orang kaya masih sibuk dalam penghitungan amal mereka.”

Imam Tirmizi meriwayatkan hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Orang fakir yang berjuang di jalan Allah akan masuk syurga sebelum orang kaya, dengan jarak 500 tahun.”(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang fakir akan masuk syurga terlebih dulu daripada orang kaya, selama setengah hari akhirat, iaitu 500 tahun dunia.” (Hadis riwayat Tirmizi) Ia berkata hadis ini hasan sahih.


Hadis itu menunjukkan satu makna bahawa orang fakir akan masuk syurga lebih dulu. Dengan catatan mereka termasuk orang yang sabar, mengabdi kepada Allah, rela dan sabar terhadap kefakiran mereka selama hidup di dunia sehingga dari lisan mereka keluar kata-kata pujian kepada Allah bersyukur serta menghambakan diri kepada Allah.

Mereka inilah orang yang akan memperoleh kemuliaan pada hari kiamat, ketika mereka masuk syurga. Pada hari kiamat nanti Allah akan berfirman kepada orang yang sabar terhadap kefakirannya yang bermaksud: “Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu.” (Surah Al-Haqqah, ayat 24)

Ertinya, kesusahan yang telah engkau peroleh di dunia kerana fakir, benar-benar terasa perih buat kamu. Hal itu bukan cita-cita dan keinginan kamu tetapi semata-mata kehendak Allah.

Berapa banyak ayat Allah yang mendorong orang mukmin rajin menabung dengan tabungan amal kebajikan. Allah akan melipatgandakan tabungan itu selama di dunia dan mereka dapat memetik hasilnya berupa pahala yang besar di akhirat nanti.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 245)

Banyak ayat al-Quran yang mengisyaratkan adanya kelebihan dan perbezaan darjat dalam segala sesuatu, bahkan antara para malaikat Al-Muqarrabun, Nabi dan Rasul. Demikian juga, antara manusia pada umumnya. Ini ketentuan Allah (sunnatullah) terhadap makhluk-Nya dan kesempurnaan hikmah dari Allah.

Hakikat kelebihan dan perbezaan darjat ini tidak terletak pada ketakutan seseorang kepada Allah. Hal ini terjadi semata-mata kerana ilmu dan keutamaan dari Allah. Sedangkan, kelebihan manusia adalah kerana amal, ilmu, ijtihad dan kesabarannya.

Antara nabi, ada yang dikenali sebutan Ulul Azmi, sedangkan sebahagian lain tidak memperoleh sebutan demikian. Sebahagian manusia ada yang menjadi pejuang (mujahid), mempunyai keutamaan tetapi sebahagian tidak memiliki semua itu.

Oleh itu, antara manusia ada memperoleh darjat dan kelebihan dari Allah yang berbeza dengan yang lainnya. Hal ini berdasarkan ketinggian darjat manusia dan amal perbuatannya selama di dunia.

Buku Bidadari, Syurga dan Penghuninya
http://www.islamituindah.my/darjat-pangkat-bukan-jaminan-masuk-syurga

Indahnya Islam di Eropah


Indahnya Islam di Eropah

http://www.majalah-alkisah.com/images/stories/baitullah/argentina1.jpg
Nuansa Timur Tengah di Argentina
Masjid megah bergaya Timur Tengah ini sangat menarik perhatian pengunjung. Setiap harinya tidak pernah sepi peziarah.
http://www.majalah-alkisah.com/images/stories/baitullah/masjid-schwetzingen-1.jpg
Masjid Schwetzingen: Berdiri demi Toleransi
“Jika muslim Turki hijrah ke negara ini dan mampu mengamalkan esensi ajarannya dengan baik dan benar, kita akan mendirikan masjid untuk mereka,” kata Raja Frederick II.
http://majalah-alkisah.com/images/stories/baitullah/masjid-agung-roma01.jpg
Masjid Agung Roma, Termegah di Eropah
Tempat ibadah dan kegiatan umat Islam di Italia ini menjadi simbol toleransi di jantung Katholik.
Rujukan:
http://majalah-alkisah.com/


Datuk Ini Terobsesi Jadi Penguin

BRUSSELS - Meski terhuyung-hayang berjalan menelusuri jalanan Kota Brussels, Alfred David (79), tetap terlihat ceria dan percaya diri dengan pakaian uniknya yang berbentuk penguin.

Lelaki Belgium tersebut memang memiliki minat yang tinggi akan burung laut yang tidak dapat terbang itu.

Hal tersebut disebabkan ketika dia mengalami kecelakaan 40 tahun lalu dan mengakibatkan dirinya mengalami kesakitan pada pinggul sehingga dia tidak dapat berjalan normal.

Kesakitan pada pinggulnya, membuat David berjalan seperti penguin yang terhuyung-hayang. David pun dijuluki oleh masyarakat sekitarnya sebagai si Bapak Penguin. Demikian lansir Dailymail, Jumaat (30/9/2011).

Penguin seperti sudah melekat dengan diri David, sebanyak 3.500 memorabilia penguin telah terkumpul di rumah David yang kini telah dijadikannya muzium penguin.

David pun berkeinginan dimakamkan di Antartika, tempat hidup para penguin, ketika dia mati nanti.(rhs)

Wednesday 28 September 2011

Persiapan sambut jemaah haji


Persiapan sambut jemaah haji sedang rancak
Sep 28, 11 11:02am


Segala persiapan untuk menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini berjalan rancak dengan pelbagai langkah diambil bagi menjamin keselesaan sepanjang tempoh mereka menjalankan ibadah di Madinah.

Pegawai Operasi Haji di Madinah Shahrunnajmi Basharuddin berkata pengurusan Tabung Haji sudah mula memantau tempat penginapan, selain membuat persediaan rapi dalam urusan pelbagai aspek lain seperti penyediaan pusat rawatan serta perancangan dari segi program ziarah dan penyediaan makanan untuk bakal-bakal haji.

Beliau berkata lebih separuh daripada 28,000 jemaah haji Malaysia tahun ini akan berada di Madinah terlebih dahulu sebelum mereka berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan haji.

"Lebih 200 petugas Tabung Haji, yang terdiri daripada petugas dari Malaysia dan penduduk tempatan, sudah bersiap sedia di sini untuk membantu para jemaah haji sepanjang tempoh mereka berada di sini," katanya kepada kumpulan petugas media Tabung Haji di Madinah.

Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia akan tiba di sini pada khamis kira-kira pukul 5.30 pagi waktu tempatan, diikuti kumpulan kedua pada kira-kira pukul 3 petang.

Shahrunnajmi berkata semasa berada di sini bakal haji Malaysia akan ditempatkan di Hotel Al-Haram, Hotel Safa Safer, serta Hotel Movenpick, dan mereka akan dibawa mengikuti program ziarah di lapan lokasi yang disediakan.

Beliau berkata selain petugas haji, bakal haji juga akan dibantu oleh sukarelawan dari kalangan 65 penuntut Malaysia yang melanjutkan pelajaran di sini dalam menyempurnakan program ziarah. 

"Tahun ini juga pihak Tabung Haji mengadakan kursus khas untuk dijalani oleh para sukarelawan ini bagi memantapkan sumbangan mereka dalam membantu para jemaah menunaikan ibadah di sini," katanya.

Beliau berkata aspek penyediaan makanan buat jemaah pula diserah kepada pihak TH Global yang sudah membawa kumpulan chef dari Malaysia khusus untuk menyediakan makanan yang memenuhi citarasa rakyat Malaysia di Madinah.



Petunjuk Ekonomi Berdasarkan Nilai Emas & Perak

Popout


Mike Maloney seorang pakar dalam bidang pelaburan logam berharga menjelaskan sandiwara US dan perbankan dalam manupulasi kewangan. Beliau menjelaskan juga bagaimanakah keadaan sebenar petunjuk aras ekonomi pasaran dunia bila dibandingkan dengan nilai emas dan perak; bukan nilaian wang kertas dollar.



Ada juga antara bahan mentah yang terpaksa dibawa dari Malaysia bagi memastikan makanan yang disediakan memenuhi kehendak jemaah, katanya.

Shahrunnajmi berkata selain itu sebuah pusat rawatan untuk jemaah juga disediakan di bangunan Alauddin di sini, yang merupakan ibu pejabat pengurusan haji jemaah Malaysia di Madinah.

Kumpulan media kemudiannya dibawa melawat bilik penginapan bakal haji di Madinah, yang semuanya terletak berhampiran Masjid Al-Nabawi, yang merupakan masjid kedua termulia selepas Masjidil Haram di Mekah.

Antara yang dilawati petugas media dengan diiringi pengurus zon 1 Tabung Haji Rosli Chin ialah bilik yang luas dan selesa di Hotel Movenpick, yang terletak bersebelahan dengan Masjid Al-Nabawi.

- Bernama

  

Tuesday 27 September 2011

Aku Tidak Hadir Kenduri Arwah 3


Aku Tidak Hadir Kenduri Arwah Abah Kerana Sunnah (III)

Aku harap ini adalah yang terakhir bagi tajuk ini. Aku dalam proses cuba mengubah keluarga aku dahulu untuk menjadi Ahlussunnah Wal Jamaah (ikut Al-Quran, Sunnah Nabi SAW, Sahabat r.a. & Ijma' Ulama Salaf). Disamping itu, aku perasan melalui perbincangan aku sepanjang Syawal dengan sahabat- sahabat aku, ramai yang mengaku tidak tahu punca amalan, tidak tahu tentang hadith dan bid'ah dan yang paling mengejutkan tidak pernah mendengar perkataan Ahlussunnah wal Jamaah. Paling sedih, mereka pernah pula mendengar perkataan Syiah.

Aku tetap membuka lantai komen tanpa suntingan atau halangan jika ada sesiapa yang mahu me"wahabi"kan aku (demi Allah, kitab Muhammad Bin Abd Wahab pun aku belum baca). Mungkin mereka lebih kenal wahabi dari Sunnah Rasul SAW. Mereka aku jangka adalah golongan orang hebat yang berdakwah di dalam kelambu. Tidak bernama dan tidak berpandukan kitab. Dari dalam kelambu mereka, mereka mendapat ilham. Hebat.

Dan, suka aku berterima kasih pada pemberi komen bernama samaran PapaD yang memberi link youtube; suatu penjelasan oleh Ustaz Maulana Mohd Asri Yusoff berkenaan isu Bid'ah. Dalam video-video tersebut (ada 4 video bagi satu ceramah), jelas penjelasan berkenaan mana datangnya tahlil, bid'ah menurut Syeikhul Islam Al Imam As- Syafie, jenis Bid'ah (membetulkan kesilapan aku di penulisan sebelum ini) dan penjelasan yang mungkin dapat merungkai "Ijma'-Ijma' orang jahil" yang memayahkan umat Islam untuk bertaqwa dan memberi persepsi - "MENJADI UMAT ISLAM YANG BAIK ITU SUKAR".

Akan datang, aku cuba mengetuk minda kita semua dengan isu tareqat, sufi dan benda-benda pelik yang orang "kita" anggap hebat dan lebih dekat dengan Allah. Muqaddimah sikit, tidak ada satu ayat atau perkataan dari Rasulullah SAW atau para Sahabah RadiAllahu Ajmain tentang Sufi atau Tareqat. Malah, "SUFI" juga bukan perkataan Arab. Dan penghidupnya adalah orang yang sama dengan penghidup fahaman Syiah. Nauzubillah. Akan aku tulis cuma tidak tahu bila. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Wahai orang-orang Islam, berlapang dada dan tonton video dibawah. (saya letrak 2 video dan kalian tegok juga 2 video yang lain di youtube.


PopoutPopout







SEJARAH HITAM MEMALI
-------------------


Nama Dr Mahathir Mohamed diingat lagi setelah 25 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali, Baling Kedah.


Dr Mahathir ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia dan Musa Hitam adalah Menteri Dalam Negeri.


Memali tidak jauh dari kampung saya Keroh Perak. Saya pernah beberapa kali ke situ menaiki motosikal yang mengambil masa tidak lebih dari empat puluh minit.


Malah sesudah beberapa jam polis dan kereta perisai menjalankan operasi mereka di kawasan Madrasah berkenaan, saya dan beberapa orang wartawan media perdana sampai ke tempat kejadian selepas berjaya melepasi sekatan-sekatan jalanraya.


Saya masih ingat lagi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya yang pernah datang ke Dewan Orang Ramai di Pekan Keroh untuk menyampaikan ceramah. Saya dan kawan-kawan mengambil kesempatan mendengar ceramah politiknya yang dikira berapi.
Peristiwa tahun 1985 itu melakarkan sejarah apabila Ustaz Ibrahim Mahmud dan tiga belas pengikutnya terbunuh ketika berdepan dengan lebih beribu anggota Polis.


"Operasi Hapus" seperti yang dinamakan Polis turut melibatkan ayah kepada rakan sekelas saya. Beliau merupakan diantara orang terpenting dalam menerima dan melaksanakan 'arahan orang atasan'.
Menurut Naib Presiden PAS Dato' Hj Mahfuz Omar pada The Malaysian Insider, "kehilangan jiwa bukanlah disebabkan mereka itu pengganas atau mengangkat senjata menentang kerajaan tetapi penduduk Mukim Siong itu dijadikan “kambing hitam” oleh kerajaan pusat demi menutup beberapa kelemahan Umno dan Barisan Nasional"


“Perkembangan Islam di Memali dianggap ancaman pada Umno ketika itu" tegas Mahfuz lagi.


Saya tidak bercadang mengulas isu ini dari pengalaman saya. Biarlah perhimpunan tiga hari itu mengkisahkan detik hitam atau sebaliknya untuk dijadikan tatapan dan iktibar generasi baru.


Pada hermat saya, sejarah semalam pasti kelabu dengan dapatan hari ini dan hari-hari mendatang jika muwarikhnya bermuslihat.


Cuma saya nak tanya Dr Mahathir dan Musa Hitam. Rata-rata mereka menuding jari bahawa lukanya masih berdarah dan Memali masih menangis dek angkara 'kerajaan dua M' itu.


Apakah ianya benar ?


Tidakkah ada rasa bersalah atau penyesalan pada diri masing-masing - mahu memohon maaf kepada keluarga mangsa, penduduk di situ, parti yang terlibat dan seluruh rakyat Malaysia ?

 ·  · Share · June 24

    • Ibni Battutah Ib sorak suka Kerana Pasukan Bersih Juara menentang Lubnan itu...ade ke Umno kata IB Otak Kunin dah mai!!!..so Otak BERSIH la kita ler...tak sangka Otak Kunin itu kira Otak BERSIH la..Sebab Kunin!!!....yeeaahhh...heeheheehe'
      June 24 at 1:10am · 

    • Jom Lawan Umno sbb tu la kutty brsungguh inginkn umnoporn menag agar kes tu terus d tutup dn makok tu tidak askn mati dlm pnjara
      June 24 at 2:17am · 

    • Jom Lawan Umno sorg india yg mmbunuh melayu dn d sokong oleh golongan melayu bebal
      June 24 at 2:18am · 

    • Ahmad Al-Rawanji Al-Segambuti kalau komen pr takla menghasut pulak.tun madey mmg ngaku dia india malayalam.
      June 24 at 7:25am · 

    • Kamaruzzaman Nuruddin kita tunjuk org 1 salah nya , tapi pd kita 3,
      June 24 at 7:39am · 

    • Ahmad Al-Rawanji Al-Segambuti ada ke org tunjuk org jari mcm ultraman?
      June 24 at 7:46am · 

    • Asmaa' Annawwarah itulah mahazalim...nyawa manusia tiada nilai bg mrk,demi kerakusan utk terus berkuasa..
      June 24 at 3:03pm · 

    • Pak Mael siap dgn kereta kebal....ala2 rejim zionis serang rakyat palestin.....mangkok punya 2M.....korang tanggung le nanti....!!!!
      June 24 at 3:11pm · 

    • Sepian Muhammad aku ckp marah dgn kes memali ni,,,,,,,,,,, ckp kojaq la natang 2org 2,,,
      June 24 at 3:31pm · 

    • Langau Hijau UMPUNDEK NAK BELA MELAYU KONONNYA BUNUH MELAYU LAGI ADA!!!
      June 25 at 9:26am · 

    • Taiping Mali Cian orang Memali diperbodohkan oleh Hadi Dajal dgn Amanatnya
      June 25 at 10:36am · 

    • Sepian Muhammad ha saja la,,,,hang srupa tau sgt,,,,apa pon xble,,'
      June 25 at 10:37am · 

    • Kamaruzzaman Nuruddin org yg selalu kata kesah org lain, dia byk buat. lg pun x tahu buat keja, cakap x serupa bikin
      June 26 at 1:07am ·